Virus 666 adalah sejenis virus yang mampu mengganggu sistem dan aplikasi komputer.

Kemunculan virusSunting

Kehadiran virus itu dapat dikesan pada pemacu utama C (C Drive) melalui fail internet bertajuk HELP.ME!!.html . Jika fail itu dibuka, satu fail lain lagi akan muncul pada skrin komputer yang memaparkan Kiriman dari Neraka (Messages From Hell) yang turut menyentuh beberapa isu dunia sekarang.

Dipercayai semua sistem komputer boleh dijangkiti virus itu sebaik membuka fail Kiriman Dari Neraka.

Tersebarnya virusSunting

Beberapa cara telah dikenal pasti menjadi punca penyebaran virus itu terutamanya penggunaan disket, cakera liut atau pemacu kilat USB (pendrive) yang berkemungkinan dijangkiti. Penggunaan disket, cakera liut, dan pemacu kilat USB tanpa megimbasnya terlebih dahulu adalah punca utama virus itu merebak.

TandaSunting

Antara tanda virus itu menyerang komputer ialah kelajuan RAM komputer mula menurun dan proses menutup semua tetingkap window menjadi lambat dan perlahan.

Selain itu, jika anda menekan kekunci Alt, Ctrl dan Delete serentak untuk melihat proses pada Windows Task Manager, akan muncul fail baru seperti:

  • Flash.10.exe
  • msconfig.com
  • cmd.com
  • ping.com
  • regedit.com
  • aweks.pikz
  • seram.pkz
  • msn.msn

Virus itu tidak menghilangkan data namun kesannya dapat dilihat pada kelajuan komputer.

RujukanSunting

  1. Harian Metro Edisi Johor bertarikh 3 Jun 2008, Selasa mukasurat 4.

Lihat jugaSunting