Haji Wanjor bin Abu Bakar merupakan ilmuwan Islam, aktivis masyarakat dan ahli politik Singapura berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia dan Angkatan Islam Singapura. Beliau merupakan Pengerusi pertama Angkatan Islam Singapura selepas pendaftaran AIS disahkan pasca pemisahan Malaysia-Singapura.

Aktiviti Agama & Kemasyarakatan sunting

Haji Wanjor merupakan pengasas bersama Pertubuhan Seruan Islam Singapura (Jamiyah). Beliau telah menjadi setiausaha pertubuhan itu sejak 1940, iaitu selama 33 tahun. Beliau juga merupakan anggota aktif Persatuan Belia Islam Singapura di mana beliau telah menceburkan dri selama 14 tahun. Beliau juga pernah dilantik sebagai anggota Majlis Penasihat Islam Singapura.[1]

Aktiviti Politik sunting

Haji Wanjor merupakan penggerak PAS Cawangan Singapura dan pernah menjadi calon pilhanraya mewakili PAS dalam Pilihan Raya Umum Singapura 1959.[1]

Keputusan pilihan raya sunting

Kerusi Yang Ditandingi oleh Wanjor Abu Bakar[2]
Tahun Kawasan Individu Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti
1959 Siglap[3] Wanjor Abu Bakar (PAS) 234 1.8% Sahorah Ahmat (PAP) 4,407 34.3% 12,832 999
Koh Tee Kin (Bebas) 3,408 26.6%
John Anthony Snodgrass (LSP) 1,511 11.8%
Mohamed Sidik bin Abdul Hamid (UMNO) 1,418 11.1%
Abdullah Masood (Bebas) 1,267 9.9%
Pang Toon Tin (PR) 587 4.6%

Kematian sunting

Haji Wanjor telah meninggal dunia pada usia 77 tahun, iaitu pada 6 November 1979 di kediaman beliau di Marine Terrance, Singapura akibat sakit tua.[1]

Rujukan sunting