White Album 2
White Album 2 (ホワイトアルバム2 , Howaito Arubamu 2) adalah trilogi novel visual yang dibangungkan oleh Leaf bagi sistem komputer Microsoft Windows, dan sekuel kepada White Album, siri novel visual Leaf terdahulu.[1] Siri pertamanya, White Album 2: Introductory Chapter dikeluarkan pada 26 Mac 2010.
Bahagian kedua siri ini bernama White Album 2: Closing Chapter dan dikeluarkan pada 22 Disember 2011. [2] Versi PlayStation 3 untuk keluaran umum pelbagai yang menggabungkan kedua-dua bab diterbitkan oleh Aquaplus dan telah dikeluarkan pada 2012 dan kemudian dialih pasarkan untuk PlayStation Vita pada 2013.
Epilognya White Album 2 - Mini-After Story telah dikeluarkan untuk Windows pada tahun 2014. White Album 2: Extended Edition, menggabungkan kedua-dua bab berserta epilog dikeluarkan pada 2018, juga untuk platform Windows. Permainan White Album 2 mengikut garis plot lurus yang menawarkan senario pra-tentu dengan ruang interaksi. Siri televisyen adaptasi anime disiarkan di Jepun antara Oktober dan Disember 2013.
Permainan
suntingTatapermainan dalam White Album 2 memerlukan interaksi minimum daripada pemain kerana pemain menghabiskan kebanyakan masa untuk membaca teks yang dipaparkan di bahagian bawah skrin. Tidak seperti novel visual yang lain, hanya ada satu pengakhiran dalam Introductory Chapter dan tiada pilihan tersedia dipilih pemain.
Satu-satunya interaksi pemain dengan permainan semasa "introductory chapter" dan "mini after story" adalah dengan mengklik butang untuk memajukan cerita permainan ke baris teks seterusnya dalam skrin, sementara "closing chapter" dan "CODA" memerlukan pilihan pelbagai komprehensif untuk mengendalikan corak pembangunan plot.
Plot
suntingKetetapan
suntingWhite Album 2 berlaku dalam sebuah dunia sama seperti pendahulunya dengan sepuluh tahun telah berlalu sejak peristiwa White Album pertama. [3] Introductory Chapter bermula pada lewat pertengahan bulan Oktober. [4] Closing Chapter bermula tiga tahun selepas peristiwa Introductory Chapter .
Jalan cerita
suntingKisah Introductory Chapter bermula sekitar lewat pertengahan Oktober [4] dengan Haruki Kitahara dan Takeya Iizuka menjadi serabut kerana semua ahli kumpulan yang mereka kumpulkan untuk festival sekolah keluar dari kumpulan. [5] Selepas berusaha keras, Setsuna Ogiso dan Kazusa Touma telah direkrut masuk ke dalam kelab tersebut. Bersama Haruki, mereka bertiga membuat persembahan bersama di festival sekolah. [4] Mereka mempersembahkan "White Album" nyanyian Yuki Morikawa, [6] "Sound of Destiny" nyanyian Rina Ogata, dan lagu ciptaan asal bernama "Todokanai Koi". [7] [8] Di penghujung hari itu, Setsuna berhadapan dengan Haruki dan kemudian meluahkan rasanya seterusnya mula menjadi pasangan kekasih. [9] Selepas detik itu, segala plot dan perasaan hati watak berkembang. Selepas Introductory Chapter, cerita diteruskan dengan "Closing Chapter", "Coda" (yang diserta sekali dengan "Closing Chapter") dan, penghujungnya, "After Story" yang menjadi epilog. Cerita ini juga telah dikembangkan dalam pelbagai siri CD Drama dan novel.
- ^ "注目の2タイトルとLeafのこれからをプロデューサーに直撃! 下川直哉氏スペシャルインタビュー", Dengeki Hime (dalam bahasa Jepun), ASCII Media Works (December 2009): 105, 2009-10-30, Templat:JAN Unknown parameter
|trans_title=
ignored (bantuan) - ^ "Official White Album 2: Closing Chapterwebsite" (dalam bahasa Jepun). Leaf. 2011-09-09. Dicapai pada 2011-09-18.
- ^ Push!! (dalam bahasa Jepun), Max (December 2009): 34, 2009-10-21, Templat:JAN Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ a b c Tech Gian (dalam bahasa Jepun), Enterbrain (January 2010): 96, 2009-11-21, Templat:JAN Missing or empty
|title=
(bantuan) Ralat petik: Tag<ref>
tidak sah, nama "tg-201001-p96" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Translated quote: "Ah, what should we do, Haruki? It's down to just you and me now..." Ralat: {{Cite video game}} memerlukan parameter title dan developer
- ^ Translated quote: "Ah, for the song we performed just now...let me introduce it to those that are not familiar with it just in case. / It's called "White Album", from about ten years ago or so I guess...it's Yuki Morikawa's debut song." Ralat: {{Cite video game}} memerlukan parameter title dan developer
- ^ Translated quote: "It's an original song we just completed yesterday." Ralat: {{Cite video game}} memerlukan parameter title dan developer
- ^ Translated quote: "The title is..."Todokanai Koi"." Ralat: {{Cite video game}} memerlukan parameter title dan developer
- ^ Translated quote: "So I...well, um, I...I'm going out with Setsuna." Ralat: {{Cite video game}} memerlukan parameter title dan developer