Who! (album single)

album single 2023 oleh BOYNEXTDOOR

Who! ialah album single pertama dan album penampilan sulung bagi kumpulan muzik lelaki Korea Selatan, BoyNextDoor. Ia dikeluarkan pada 30 Mei 2023, oleh KOZ Entertainment, anak syarikat Hybe Corporation. Album single ini mengandungi tiga buah lagu, "돌아버리겠다", "One and Only" dan "Serenade", di mana kesemuanya dilancarkan sebagai single.

Who!
Album single oleh
Dilancarkan pada30 Mei 2023 (2023-05-30)
TempatKorea Selatan
Genre
Panjang8:08
BahasaKorea
Syarikat
Penerbit
  • Zico
  • Pop Time
  • Kako
  • Nmore
  • Daily
  • Likey
Kronologi BoyNextDoor
Who!
(2023)
Why..
(2023)
Single daripada Who!
  1. "돌아버리겠다"
    Dikeluarkan: 22 Mei 2023
  2. "One and Only"
    Dikeluarkan: 25 Mei 2023
  3. "Serenade"
    Dikeluarkan: 30 Mei 2023
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Latar belakang dan pelancaran sunting

Pada 12 April 2023, KOZ Entertainment (KOZ) mengumumkan penubuhan kumpulan lelaki pertama mereka melalui siaran klip di YouTube. Beberapa hari kemudian pada 16 April, logo kumpulan tersebut diterbitkan di YouTube melalui saluran rasmi Hybe Label, mendedahkan nama mereka sebagai BoyNextDoor.[1]

Bulan berikutnya iaitu pada 2 Mei, KOZ mengumumkan bahawa kumpulan itu akan membuat penampilan sulung dengan album single pertama mereka berjudul Who!.[2] Kemudian pada 14 Mei, KOZ mengeluarkan satu siri profil bergerak setiap anggota kumpulan di platform media sosial kumpulan itu.[3]

Penggubahan sunting

Serupa dengan nama mereka, BoyNextDoor mentakrifkan lagu mereka daripada Who! sebagai "mudah didengar" dan "semula jadi" di mana orang ramai boleh menyanyi bersama.[4]

Album single tersebut dimulakan dengan "Akukan Menjadi Gila" (tajuk asal: 돌아버리겠다), sebuah lagu pop remaja berasaskan rock yang menyatakan keseronokan jatuh cinta. Anggota BoyNextDoor Jaehyun, Taesan, dan Woonhak turut mengambil bahagian dalam menulis dan menggubah lagu itu.[5]

Lagu "One and Only" (Satu-satunya) menggambarkan kedua-dua keunikan dan keazaman kumpulan untuk meluahkan cinta mereka dengan irama yang ceria. Lagu ini dihasilkan oleh pemilik syarikat dan penyanyi rap Zico.[6]

"Serenade" (Senandung) yang merupakan lagu terakhir di dalam album digambarkan sebagai lagu "patah hati" tentang kumpulan yang mendekati orang yang mereka sukai dan luahan cinta kepada mereka.[7] Jaehyun mengambil bahagian dalam menulis lirik untuk lagu ini dan memetik kisah cinta ibu bapanya sebagai ilham di sebalik seni kata lagu tersebut.[8]

Promosi sunting

Who! diumumkan pada 22 Mei 2023, bahawa kumpulan BoyNextDoor akan mengadakan rancangan penampilan sulung mereka sendiri berjudul "BoyNextDoor Tonight" yang ditayangkan di Mnet dan M2 pada hari pelancaran album.[9] Pada 1 Jun, kumpulan ini membuat persembahan debut mereka di program M Countdown, di mana mereka mempersembahkan lagu "One and Only". Promosi diteruskan hingga 10 Jun di mana kumpulan tersebut tampil di Weverse Con Festival 2023 di Seoul.[10]

Senarai runut sunting

Senarai runut Who![a]
No.TajukSeni kataGubahanSusunanMasa
1."돌아버리겠다"
"Akukan Menjadi Gila"
  • Pop Time
  • Kako
  • Jaeyhun
  • Taesan
  • Woonhak
  • Nmore
  • Kako
  • Jaeyhun
  • Taesan
  • Woonhak
  • Pop Time
  • Kako
  • Nmore
2:17
2."One and Only"
"Satu-satunya"
  • Zico
  • Pop Time
  • Pop Time
  • Zico
2:48
3."Serenade"
"Senandung"
  • Pop Time
  • Kako
  • Daily
  • Likey
  • Jaehyun
  • Taesan
  • Woonhak
  • Pop Time
  • Kako
  • Daily
  • Likey
  • Pop Time
  • Kako
  • Daily
  • Likey
3:03
Jumlah masa: 8:08

Catatan sunting

  1. ^ Kredit penulisan, penggubahan dan susunan lagu diambil daripada laman muzik Flo![11]

Rujukan sunting

  1. ^ HYBE Labels (April 16, 2023). "BOYNEXTDOOR (보이넥스트도어) Official Logo Motion". YouTube. Dicapai pada June 12, 2023.
  2. ^ KOZ Entertainment [@BOYNEXTDOOR_KOZ] (May 2, 2023). "BOYNEXTDOOR, 1st Single Album [WHO!] 2023. 5. 30 6PM (KST) #BOYNEXTDOOR #BOYNEXTDOOR_WHO #WHO" (Twit). Dicapai pada June 12, 2023 – melalui Twitter.
  3. ^ Puah, Ziwei (17 Mei 2023). "Here's everything we know about BOYNEXTDOOR" [Inilah semua yang kita ketahui tentang BOYNEXTDOOR]. NME. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Julai 2023. Dicapai pada 12 Jun 2023.
  4. ^ Choi, Ji-won (May 30, 2023). "Produced by Zico, BoyNextDoor debuts under Hybe". The Korea Herald. Dicapai pada June 12, 2023.
  5. ^ Park, Jae-hwan (26 Mei 2023). "'2023년 K-팝 기대주' 보이넥스트도어, 'One and Only' 뮤직비디오 공개" ['Jangkaan K-pop 2023' BoyNextDoor melancarkan video muzik 'One and Only']. Naver (dalam bahasa Korea). KBS Media. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2023. Dicapai pada June 12, 2023.
  6. ^ Panda, Shreya (26 Mei 2023). "BOYNEXTDOOR drops mind-blowing music video of new debut track One and Only produced by Zico" [BOYNEXTDOOR menurunkan video muzik bagi runut baharu debut One and Only yang diterbitkan oleh Zico]. Pinkvilla (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Jun 2023. Dicapai pada 12 Jun 2023.
  7. ^ Ziwei, Puah (30 Mei 2023). "BOYNEXTDOOR make their official debut with 'Serenade' MV" [BOYNEXTDOOR membuat debut rasmi mereka dengan MV 'Serenade']. NME. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2023. Dicapai pada 12 Jun 2023.
  8. ^ Oh, Min-ji (7 Jun 2023). "JAEHYUN: "We might be there when you open the door one day." BOYNEXTDOOR debut interview" [JAEHYUN: "Kami mungkin berada di situ apabila anda membuka pintu suatu hari nanti"] (Temu ramah). Weverse. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2023. Dicapai pada 12 Jun 2023.
  9. ^ M2 (May 22, 2023). "[BOYNEXTDOOR TONIGHT] 보이넥스트도어 투나잇 (Teaser) (ENG/JPN)". YouTube. Dicapai pada June 13, 2023.
  10. ^ Hwang, Hye-jin (9 Jun 2023). "하이브 신인 보이넥스트도어, 음반 차트 최상위권 데뷔" [Pendatang baharu Hybe BoyNextDoor debut di puncak carta album]. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Julai 2023. Dicapai pada 13 Jun 2023.
  11. ^ Kredit lagu dalam album WHO!:
    • "돌아버리겠다" [Akukan Menjadi Gila]. Flo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2023. Dicapai pada 19 Julai 2023.
    • "One and Only" [Satu-satunya]. Flo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2023. Dicapai pada 19 Julai 2023.
    • "Serenade" [Senandung]. Flo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Julai 2023. Dicapai pada 19 Julai 2023.

Pautan luar sunting