Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/2 Januari
2 Januari: Hari Perayaan Gregory dari Nazianzus (Gereja Roman Katolik); Perihelion Bumi (04:38 UTC, 2013).
- 366 – Perikatan Jermanik Alamanni menyeberangi Sungai Rhine yang beku untuk menyerang Empayar Rom.
- 533 – Mercurius menjadi Paus Ioannes II, paus pertama yang menerimaguna nama baharu apabila dilantik.
- 1492 – Reconquista berakhir apabila Ratu Isabel I dan Raja Fernando II menewaskan pemerintah Moor terakhir Muhammad XII dari Granada.
- 1905 – Perang Jepun-Rusia: Pengepungan Pelabuhan Arthur berakhir apabila armada Rusia menyerah kalah kepada tentera Jepun, di Lüshunkou, China kini.
- 1959 – Luna 1 Soviet (gambar), kapal angkasa pertama yang menghampiri Bulan, dilancarkan oleh roket Vostok dari Kosmodrom Baikonur di RSS Kazakh.
Hari-hari sebelum: 1 Januari – 31 Disember – 30 Disember