Wikipedia:Pertemuan/Bulanan/Disember 2022

Pertemuan bulanan Wikipedia Bahasa Melayu Disember 2022 ialah pertemuan bulanan Wikipedia Bahasa Melayu terakhir pada tahun 2022. Acara ini telah diadakan pada:

  • Tarikh: Sabtu, 31 Disember 2022
  • Masa: 2:00–3:15 petang
  • Tempat: Dalam talian (Zoom)
  • Medium komunikasi: Bahasa Melayu

Peserta sunting

Minit Perbincangan sunting

WikiTemu pada hari ini adalah berdasarkan soal selidik yang dijalankan dan diedarkan beberapa hari sebelum pertemuan diadakan.

Bahagian 1: Tumpuan 2023 sunting

Keputusan - Bahagian 1
Jawapan Bilangan
Pengemaskinian dan pengemasan rencana 7
Penciptaan dan pengembangan rencana baharu 2
Penyelenggaraan teknikal 1
Anjuran program-program Wikipedia 1
Jumlah 11

Apakah yang patut kami tumpukan pada tahun depan di Wikipedia Bahasa Melayu?

Bahagian 2: Hal Semasa sunting

Topik apa (cth. isu semasa, pengetahuan am) yang kamu rasa patut diberi perhatian di Wikipedia Bahasa Melayu sepanjang bulan depan?

WikiProjek Jawi

Satu perkara yang dibangkitkan ialah usaha penerapan paparan tukar ganti tulisan Jawi di Wikipedia Bahasa Melayu, yang dilaksanakan oleh WikiProjek Jawi. Keterangan tentang sejarah usaha penerapan telah diberikan yang bermula dari akhir 2000-an. Satu isu utama yang dibangkitkan ialah kekangan daripada aspek teknikal, yakni kekurangan pakar pengaturcaraan untuk meneruskan usaha ini. P-Tanah telah mencadangkan seorang ahli yang memiliki projek pengaturcaraan berkenaan tulisan Jawi, sekaligus memberi harapan kepada WikiProjek Jawi.

Satu lagi isu ialah kekurangan dasar berkenaan penerapan dan tulisan Jawi di rencana. Kadangkala, nama rencana dalam tulisan Jawi diberikan di kotak info atau permulaan rencana, tetapi masih tiada penyelerasan berkenaan hal ini.

Rujukan:

Rencana kritikal

Satu responden mengetengahkan untuk memberi tumpuan terhadap (50 ribu, kata responden) rencana-rencana berkepentingan tinggi, yakni rencana-rencana pengetahuan am lazim. Buat pengetahuan semua, pihak induk Wikipedia telah menyediakan senarai 1,000 dan 10,000 rencana sebegini, termasuk dengan rekod senarai rencana yang masih tiada/tunas mengikut versi bahasa, dan senarai versi bahasa mengikut darjat kelengkapan senarai. Sementara itu, Wikipedia Bahasa Inggeris juga memiliki senarai 50 ribu rencana seperti yang diminta responden (tetapi masih tidak lengkap dan tidak komprehensif seperti senarai induk).

Dasar kerajaan baharu Malaysia

Hal ini ialah kesinambungan terhadap tumpuan Wikipedia terhadap politik Malaysia sejak musim pilihan raya umum Malaysia ke-15 yang lalu. Hal ini memerlukan pemerhatian yang berterusan agar dapat dikemas kini dengan baik dan tepat.

Penyakit-penyakit mental

Hal ini berada di bawah WikiProjek Perubatan, dan dicadangkan agar satu anjuran dibuat bertemakan penyakit mental dan kesihatan jiwa seperti WikiSihat pada yang dibuat 2021.

Topik-topik lain

Topik-topik yang diketengahkan para responden termasuk:

  • Biografi
  • Etimologi bahasa dan pembangunan kata asal bahasa Melayu
  • Geografi
  • Pengetahuan am
  • Peristiwa
  • Sukan
  • Teknologi
Keputusan - Bahagian 2
Jawapan Bilangan
Hari keputeraan kerabat diraja 6
Tahun Baru Cina 2
Hari Tahun Baharu 2
Lain-lain 1
Jumlah 11

Pilih topik yang kamu rasa patut diberi perhatian di Wikipedia Bahasa Melayu sepanjang bulan depan.

Secara am, tumpuan perlu diberikan berdasarkan mana-mana isu semasa yang berlaku.

Bahagian 3: Kualiti Rencana sunting

Keputusan - Bahagian 3
Jawapan Bilangan
Gaya penulisan yang tidak betul 3
Rencana kekurangan maklumat 2
Kekurangan rujukan 1
Pautan merah 1
Vandalisme 1
Lain-lain 1
Jumlah 11

Apakah isu-isu kualiti Wikipedia Bahasa Melayu yang patut diberi perhatian?

Gaya penulisan (cth isu tatabahasa, ejaan, pemformatan) merupakan antara suntingan-suntingan Wikipedia yang paling mesra pemula, dan pengajaran terhadap penyunting baharu boleh ditumpukan kepada suntingan-suntingan ini sebelum berkecimpung dalam penulisan/suntingan yang lebih berat dan kompleks.

Secara lebih khusus, rencana topik manakah yang kamu lihat patut diberi perhatian daripada aspek kualiti? (Contoh: rencana biografi, petempatan dll.)

Rencana berkenaan Nusantara

Rencana berkenaan dunia Nusantara (khususnya, menurut responden, berkenaan negara Malaysia, Brunei dan Singapura) perlu diberi perhatian, dan tidak terbatas kepada perihal geografi, tetapi juga termasuk perihal sosial, ekonomi, ketokohan dengan yang lain. Isu utama di sini ialah kekurangan wakil penyunting dari Brunei dan Singapura. Kami cuba untuk menyelesaikan masalah ini ketika sidang Wikimania di Singapura pada tahun ini.

Rencana sejarah

Rencana sejarah perlu memperoleh penelitian oleh pihak dari pelbagai latar belakang agar naratif yang disampaikan dalam rencana sejarah adalah tidak berat sebelah.

Topik-topik lain

Topik-topik yang diketengahkan para responden termasuk:

  • Biografi
  • Geografi
  • Sains dan teknologi
  • Sukan

Perkara-perkata berbangkit lain sunting

Program-program Wikipedia

Beberapa program yang dicadangkan akan diadakan di Wikipedia Bahasa Melayu telah dijelaskan.