Wikipedia:Tajuk rencana (gunakan bahasa Melayu)

Gunakan versi bahasa Melayu paling meluas digunakan sebagai nama judul rencana, sebagaimana yang anda dapati dalam sumber yang dipercayai. Ini memudahkan ia dicari, dan dibandingkan dengan sumber lain. Sering kali ini merupakan sumber nama dalam bahasa tempatan, sepertimana Madrid. Kadang kala versi bahasa Melayu berbeza dengan bentuk tempatan contoh Yogjakarta/Batawi atau ia mungkin lain sama sekali.

Rujukan bagi rencana mestilah dari sumber yang boleh dipercayai; sekiranya ada satu nama paling biasa digunakan dalam sumber rujukan bahasa Melayu bagi rencana tersebut, gunakannya. Sekiranya (sebagaimana mungkin berlaku kadangkala) tiada nama khas Melayu diketahui, gunakan nama asal tersebut.

Nama yang tidak berasal dari huruf Latin, sebagaimana nama Yunani, China atau Russi, perlu diterjemah/alih (transliteration) kepada huruf yang boleh difahami umum kepada penutur Melayu terpelajar. Sistem pengalihan sedia ada (contoh. Hanyu Pinyin) lebih diterima. Jangan guna nama alihan sistematik sekiranya terdapat nama Melayunya; dengan itu, guna Tchaikovsky atau Chiang Kai-shek sungguhpun ia tidak sistematik.

Ejaan asal tempatan nama perlu dimasukkan dalam garis pertama rencana, dengan transliterasi sekiranya transliterasinya anglicization tidak sama; pengalihan dari nama bukan-Melayu adalah digalakkan. Sekiranya terdapat nama Melayu yang sama bagi judul tersebut, ia perlu disebut, sungguhpun ia mungkin bukan nama biasa dalam penggunaan bahasa Melayu.

Masukkan pilihan lain

Dalam setiap rencana, digalakan menyenaraikan semua nama biasa subjek terutama pada perenggan pertama. Apabila nama tempatan diberikan dalan huruf bukan Latin ia perlu dimasukkan bersama nama dalam pengalihan transliterasi huruf Latin. Sebagai contoh, rencana Beijing perlu menyebut bahawa bandar ini juga dikenali sebagai Peking, dan kedua nama dihasilkan dari nama Cina 北京. Ia juga berguna bagi mempunyai banyak lencongan kepada rencana utama, terutama seperti Sverige yang dilencongkan kepada Sweden. Sekiranya terdapat jumlah nama atau bentuk lain yang banyak ia mungkin berguna bagi meletakkan hanya dua atau tiga yang paling biasa dalam perenggan pertama dan menyenaraikan yang lain dalam perenggan lain atau sebagai nota kaki bagi mengelak memenuhi permulaan rencana.

Variati kebangsaan Melayu

Kesemua variati ejaan Melayu diterima, kedua-dua bagi tajuk dan kandungan. Oleh itu bagi nama haiwan, tumbuhan, yang tiada dalam bahasa Melayu, ejaan Melayu Brunei, Indonesia, Singapura, Sabah, dan Sarawak tidak perlu dialih kepada ejaan Melayu piawaian jika tiada nama padanan; . Bagaimanapun rencana berkenaan topik yang mempunyai ikatan kuat dengan negeri penutur Melayu tertentu patut menggunakan variati bahasa Melayu yang sesuai bagi negeri tersebut.

Pecahan penggunaan

Kadang kala terdapat pecahan penggunaan istilah bahasa Melayu. Sekiranya ini berlaku rujuk kepada laman DBP. Walau yang manapun dipilih, tajuk yang satu patut diletakkan lencongan kepada tajuk satu lagi dan kedua bentuk disebut dalam awalan rencana.

Apabila cuba menentukan antara dua istilah yang samar dan tidak mempunyai rujukan yang boleh diharap, carian di enjin gelintar walaupun bukanlah satu bentuk ujian yang boleh diharapkan, boleh digunakan bagi sebagai sokongan memilih antara kedua istilah. Sekiranya kedua istilah memiliki jumlah carian hampir seimbang kemungkinan berlaku pecahan penggunaan istilah. Sekiranya keliru, carian sumber berkelayakan perlu diberikan lebih pandangan berbanding carian kurang boleh diharapkan (sperti komen dalam forum, daftar persuratan dan sebagainya). Sila rujuk karya rujukan umum berbahasa Melayu yang dipercayai.

Wikipedia bukannya bola nujum. Bukan matlamat wikipedia menujum istilah yang akan digunakan, tetapi adalah bagi melihat apa yang sedang dan telah digunakan, dan dengan itu menjelaskan lagi kepada pembaca kita.

Jika penggunaan terbahagi dan panduan lain tidak jelas, tinggalkan nama rencana dalam versi stabil. Sekiranya kurang jelas nama rencana telah stabil, gunakan nama yang digunakan penyumbang utama kepada rencana selepas rencana tidak lagi menjadi rencana putung (stub).[1]

Penggunaan tidak rasmi

Kadangkala terdapat tahun penting yang belum menerima perhatian dalam dunia penutur Melayu, dengan itu tiada kegunaan rasmi wujud. Sekiranya ini berlaku, ikut kebiasaan bahasa di mana ianya paling banyak dibicarakan (Jerman bagi ahli politik Jerman, Turki bagi sungai Turki, dsb.).

Sekiranya terdapat banyak istilah bersaing, gunakan yang berkecuali; contoh guna spesies Latin dalam kebanyakan keadaan.

Huruf diubah

Wikipedia tidak menentukan huruf yang digunakan dalam nama rencana; bahasa Melayu ada. Wikipedia membenarkan semua bentuk huruf digunakan. Versi nama yang berbeza dalam kegunaan atau huruf diubah dianggap sebagaimana versi lain; ikut kegunaan umum bahasa Melayu rujukan dipercayai dalam semua kes, bagi menentukan penggunaan huruf khas.

Kegunaan dalam bahasa Melayu terbaik ditentukan dengan merujuk kepada rujukan umum yang berkenaan subjek tersebut dan melihat cara ia digunakan. Kegunaan enjin gelintar adalah bermasalah kecuali jika hasilnya amat jelas. Untuk pengecualian, dapatkan perbincangan dan persetujuan ramai.

Lihat juga

Nota

  1. ^ Perenggan ini digunakan bagi menghentikan perang suntingan.