William Chapman Ralston

William "Billy" Chapman Ralston (12 Januari 1826 - 27 Ogos 1875) ialah peniaga dan ahli kewangan San Francisco, California, serta pengasas Bank California. Sebuah biografi yang berjudul "Tokoh Yang Membina San Francisco: ..." ("The Man Who Built San Francisco: ...") mengenainya telah ditulis.

William Ralston, 1872.

Biografi sunting

Dilahirkan di Wellsville, Ohio timur pada tebing Sungai Ohio, William Chapman Ralston ialah anak lelaki Robert Ralston III dan Mary Wilcoxen Chapman. Beliau dikenali sebagai "Chap" ketika masih muda lagi.

Dengan kekayaan yang diperoleh dari Comstock Lode di Nevada, Ralston menjadi salah seorang yang terkaya dan yang paling berkuasa di California. Beliau mengasaskan Bank California dan dikenali untuk memiliki sikap tiadanya perkara yang mustahil.

Projek-projek sunting

Ralston membina Kediaman Ralston di Belmont, California sebagai kediaman musim panasnya. Direka bentuk oleh John Painter Gaynor, kediaman Ralston kini tersenarai dalam Daftar Tempat-tempat Bersejarah Negara.

Impiannya ialah pembinaan Hotel Palace di simpang antara New Montgomery dan Market di San Francisco, California. Beliau membelanjakan AS$5 juta untuk membina hotel tersebut dan dalam proses itu, menyusutkan sumber kewangan empayar perbankannya. John Painter Gaynor ialah arkitek dan jurutera hotel itu. Hotel itu mempunyai lif terawal atau "bilik penaik" yang dilengkapi dengan butang-butang panggilan elektrik. Masih terdapat Bilik Ralston di dalam hotel itu yang berhampiran dengan koridor utama di sebelah kiri.

Selepas kemarau yang teruk di California pada tahun 1871, Ralston memulakan kerja-kerja mengukur untuk skim pengairan di Lembah San Joaquin, dan pelobiannya berjaya mendapatkan kongres meluluskan akta penubuhan Suruhanjaya Air untuk memberi nasihat tentang pengairan di California.

Pada tahun 1872, Ralston terbabit dalam tipu helah pelombongan intan.

Kejatuhan empayar kewangannya sunting

Pada tahun 1875, empayar kewangan Ralston jatuh, akibat gabungan:

Kejatuhan empayarnya itu terjadi hanya beberapa minggu sebelum pembukaan Hotel Palace.

Kematian sunting

Pada hari selepas kejatuhan empayarnya, mayat Ralston ditemui di Teluk San Francisco, akibat angin ahmar semasa berenang atau pembunuhan diri. Sebanyak 50,000 orang dikatakan menonton perarakan pengebumian Ralston, dan 8,000 orang kawannya dikatakan oleh Brereton menghadiri perjumpaan awam yang diadakan di Dewan Union pada 8 September 1875 untuk mengungkapkan kerugian komuniti. Pekongsinya, Senator William Sharon, memperoleh banyak hartanya, termasuk Hotel Palace serta Dewan Ralston.

Pautan luar sunting