William Hobson
Kapten William Hobson RN (26 September tahun 1792 – 10 September 1842) merupakan seorang pegawai angkatan tentera laut diraja British yang berkihdmat sebagai Gabenor New Zealand. Beliau ialah penggubal bersama Perjanjian Waitangi.
Kehidupan awal
suntingWilliam Hobson dilahirkan di Waterford, Ireland dan anak kepada Samuel Hobson, seorang peguam bangsa Inggeris-Ireland.[1]
Beliau menyertai Tentera Laut Diraja pada 25 Ogos 1803 sebagai seorang anggota sukarelawan kelas kedua. Beliau terlibat dalam perang Napoleon dan kemudian terlibat dalam kempen penghapusan kegiatan lanun di Caribbean. Beliau menjadi kadet kanan pada tahun 1806 dan kemudiannya seorang leftenan pertama tujuh tahun selepas itu.
Karier di New Zealand
suntingPada 26 Mei 1837 Hobson berlayar ke Bay of Islands berdekatan New Zealand atas permintaan pertolongan Residen James Busby yang merasa terancam oleh perang antara puak-puak Māori di situ. Hobson kembali ke England pada tahun 1838 dengan laporan mengenai New Zealand, di mana beliau mencadangkan penjajahan British ke atas pulau-pulau ini secara kecil-kecilan, sepertimana yang dilakukan Syarikat Teluk Hudson di Kanada.[2]
Pada bulan November 1840, Ratu Victoria menandatangani piagam diraja memisahkan New Zealand daripada tanah jajahan mahkota New South Wales. Hobson mengangkat sumpah sebagai Gabenor dan Panglima Tertinggi jajahan baru ini pada 3 Mei 1841.
Hobson meninggal akibat angin ahmar pada 10 September 1842 sebelum beliau sempat ditarik balik jawatannya. Beliau dikuburkan di Tanah Perkuburan Symonds Street di Auckland.
Nota
sunting- ^ Simpson, K. A. "Hobson, William". Dictionary of New Zealand Biography. Kementerian Kebudayaan dan Warisan (New Zealand). Dicapai pada 12 July 2015.
- ^ Paul Moon, penyunting (2010). New Zealand Birth Certificates – 50 of New Zealand's Founding Documents. AUT Media. ISBN 978-0-9582997-1-8.
Rujukan
sunting- Templat:Dictionary of Australian Biography
- Biography in 1966 Encyclopaedia of New Zealand
- Simpson, K. A. "Hobson, William – Biography". Dictionary of New Zealand Biography. Kementerian Kebudayaan dan Warisan (New Zealand). Dicapai pada 3 April 2011.
Dictionary of New Zealand Biography pula memetik sumber-sumber berikut:
- Hobson, W. Papers, 1833–1846. MS Papers 46. WTU
- Moon, P. Hobson: governor of New Zealand, 1840–1842. Auckland, 1998
- Orange, C. The Treaty of Waitangi. Wellington, 1987
- Scholefield, G. H. Captain William Hobson. London, 1934
- Parlimen United Kingdom. Correspondence and other papers relating to New Zealand, 1835–1845. Dalam Irish University Press series of British parliamentary papers. Colonies: New Zealand. Jld 3 & 4. Shannon, 1970