Tentera Laut Diraja British

Tentera Laut Diraja (TLD) atau Royal Navy (RN) merupakan cabang perkhidmatan peperangan laut yang utama dalam Angkatan Tentera British (dan disebabkan ini merupakan satu cabang Perkhidmatan Kanan). Dari awal abad ke-18 sehinggalah ke pertengahan abad ke-20, TLD merupakan salah satu tentera laut terbesar dan terkuat di dunia, ia memainkan peranan penting dalam pembentukan Empayar British sebagai satu kuasa dominan abad ke-19 dan awal abad ke-20. Sewaktu Perang Dingin berlangsung, TLD ditukarkan menjadi satu tentera laut khas untuk peperangan anti-kapal selam, dan merupakan tentera laut paling aktif di Lautan Atlantik Utara. Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet, peranan TLD pada abad ke-21 kembali kepada angkatan tentera laut khas untuk ekpedisi ketenteraan sejagat dan operasi laut lepas.

Tentera Laut Diraja
Royal Navy
Bendera Tentera Laut Diraja
Ditubuhkan padaAwal kurun ke-16 (5 kurun yang lalu)
Negara United Kingdom[nb 1]
KesetiaanRaja Charles III
CawanganTentera laut
JenisAngkatan laut lepas
Saiz98 buah kapal termasuk RFA
66 buah kapal Marin Diraja
149 pesawat FAA
Sebahagian daripadaPerkhidmatan Laut, Angkatan Tentera British
Pejabat Staf LautBangunan Utama Kementerian Pertahanan
Whitehall, London, United Kingdom
Nama samaranPerkhidmatan Kanan
Moto"Si vis pacem, para bellum"
"Jika anda inginkan keamanan, bersedialah untuk berperang"
ColoursRed and White
Kawat"Heart of Oak"
Laman webwww.royalnavy.mod.uk
Komander
Lord High AdmiralPutera Philip, Duke Edinburgh
First Sea LordLaksamana Sir George Zambellas KCB DSC
Panglima ArmadaLaksamana Madya Philip Jones CB
Second Sea LordLaksamana Madya David Steel CBE
Komander
terkenal
Laksamana Madya Viscount Horatio Nelson, Laksamana Armada Viscount Andrew Cunningham, Laksamana Armada Earl Louis Mountbatten
Tanda kebesaran
Panji Putih[nb 2]
Bendera Tentera Laut[nb 3]
Pesawat terbang
PenyerangLynx
PerondaMerlin, Lynx, Sea King ASaC.7
PelatihTutor, Hawk[perlu rujukan]
PengangkutSea King

TLD merupakan pasukan tentera laut kedua terbesar dalam NATO dari segi tanan armadanya [1]. Keupayaan unjuran kuasa sejagatnya cuma kalah dengan Tentera Laut Amerika Syarikat [2]. Buat masa ini, terdapat 91 kapal berada dalam perkhidmatan Tentera Laut Diraja, termasuklah kapal induk, kapal selam, kapal penyapu ranjau dan kapal rondaan. Seterusnya terdapat pula kapal-kapal dalam Armada Auxillary.

Tentera Laut Diraja ini turut merupakan sebuah komponen berkumpulan dalam Perkhidmatan Laut, yang mana turut mengandungi Kor Marin Diraja British, Armada Auxiliary Diraja dan pasukan simpanan berada di bawah pimpimnan TLD. Pada November 2006 Perkhidmatan Laut mempunyai 38,710 ribu orang anggota tetap.

Peranan sunting

Peranan Tentera Laut Diraja (TLD) ialah untuk melindungi aset-aset kepentingan dan strategik British tidak kira lingkungan domestik ataupun secara global, melaksanakan dasar pertahanan dan luar negeri Kerajaan Ratu Britain melalui latihan ketenteraan, aktiviti diplomasi dan aktivit serta agenda lain yang menyokong objektif-objektif ini. TLD juga merupakan elemen penting untuk sumbangan United Kingdom kepada NATO, dengan beberapa jumlah asetnya diletakkan kepada tugasan-tugasan NATO pada bila-bila masa. Objektif-objektif ini dicapai melalui beberapa kebolehan.

  • Pengekalan 'Nuclear Deterrent' (angkatan perang yang dilengkapi senjata nuklear) United Kingdom melalui polisi 'Continuous at Sea Deterrence ("Pertahanan Laut Berterusan")
  • Penghantaran pasukan Komando UK
  • Sumbangan aset terhadap Join Force Harrier (Angkatan Gabungan Harrier)
  • Sumbangan aset terhadap Kawalan Gabungan Helikopter
  • Pengekalan komitmen terhadap Kawalan Patrol; Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Utara), Pasukan Tugas Patrol Atlantik (Selatan), Pasukan Tugas Teluk Parsi
  • Penghantaran kebolehan kapal penyapu ranjau UK kepada negara-negara bersekutu
  • Penyediaan kebolehan Hydrografi dan meterologi secara global
  • Perlindungan kawasan perikanan United Kingdom dan European Union

Pemerintahan, kawalan dan organisasi sunting

TLD ditubuhkan dibawah Prerogatif Diraja, oleh itu, ahli dibawah kendalian tentera laut ini (tidak seperti Tentera Darat British dan Tentera Udara Diraja) tidak perlu mengangkat sumpah kesetiaan kepada monarki British. Pemimpin tertinggi Tentera Laut Diraja ialah Lord High Admiral (Panglima Besar Laksamana), satu posisi yang sejak tahun 1964 lagi dipegang oleh monarki British yang juga merupakan pemerintah keseluruhan Angkatan Tentera British.

Ketua profesional kepada perkhidmatan ini adalah First Sea Lord, yang merupakan seorang ahli Majlis Pertahanan United Kingdom dan Lembaga Admiralti, yang mana, melaksanakan pengurusan seperti yang dibahagikan oleh Majlis Pertahanan. Lembaga Tentera Laut, sebuah jawatan kuasa kecil Lembaga Admiralti, bertanggung jawab terhadap pengurusan Perkhidmatan Laut. Semua jawatan kuasa ini adalah berdasarkan Kementerian Pertahanan United Kingdom. Bangunan pejabat utamanya terletak di London, di mana First Sea Lord, juga dikenali sebagai Ketua Turus Laut, dibantu oleh Jabatan Staf Tentera Laut.

Organisasi sunting

Pemerintahan penuh terhadap semua unit armada yang boleh dikerahkan, termasuklah Marin Diraja dan Armada Auxiliary, adalah tugas Panglima Armada (Fleet Commander), dengan satu Markas Pemerintahan Tentera Laut di pangkalan HMS Excellent di Portsmouth dan sebuah Pusat Kawalan Operasi di Northwood, Middlesex, yang berada di Markas Tetap Bersama dan sebuah Markas Wilayah NATO, Markas Komponen Maritim Bersekutu Northwood (English: Allied Maritime Component Command Northwood, (AMCNN)), Panglima Armada juga merupakan Komander AMCNN.

Panglima Armada turut disokong oleh:

  • Second Sea Lord, yang berpangkalan di HMS Excellent, Pegawai Pemerintah di Perkhidmatan Tentera Laut. Dan juga seorang Laksamana Muda Pasukan Udara Armada.
  • Timbalan Panglima Armada, berpangkalan di HMS Excellent, yang memerintah Ibu Pejabat.
  • Panglima Operasi, berpangkalan di Northwood, bertanggung jawab dalam kawalan operasi aset-aset TLD. Juga merupakan seorang Laksamana Muda dan Panglima Angkatan Kapal Selam Tentera Bersekutu Utara NATO.
  • Panglima Pasukan Maritim UK, pasukan yang boleh dikerah untuk Staf Tempur Armada, Pasukan Petugas UK, Pasukan Petugas Amfibia UK, dan Markas Komponen Maritim UK.
  • Panglima Pasukan Amfibia UK British

Senarai Aset sunting

Ini merupakan senarai kapal-kapal perang dan kapal-kapal lain yang berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja pada waktu ini.

Dalam keseluruhan 91 kapal perang yang aktif 2 merupakan kapal pengangkut pesawat, 3 kapal amfibi, 25 kapal armada pengiring (17 Frigat dan 8 Pembinasa) dan 13 kapal selam berkuasa nuklear (9 SSNs dan 4SSBNs). Ini tidak meliputi senarai kapal dalam Armada Auksilari ataupun simpanan.

Kapal Pengangkut Pesawat Kelas Invincible (2) sunting

  • HMS Illustrious (R06)
  • HMS Ark Royal (R07) (Kapal flagship)

Kapal Pembinasa Kelas Type 45 (6) sunting

  • HMS Daring (D32) (dilancar 1 Februari 2006, belum ditauliah)
  • HMS Dauntless (D33) (dilancar 23 Januari 2007, belum ditauliah)
  • HMS Diamond (D34) (dilancar 27 November 2007, belum ditauliah)
  • HMS Dragon (D35) (dalam pembinaan)
  • HMS Defender (D36) (dalam pembinaan)
  • HMS Duncan (D37) (dalam pembinaan)

Kapal Pembinasa Kelas Type 42 (8) sunting

  • HMS Exeter (D89)
  • HMS Southampton (D90)
  • HMS Nottingham (D91)
  • HMS Liverpool (D92)
  • HMS Manchester (D95)
  • HMS Gloucester (D96)
  • HMS Edinburgh (D97)
  • HMS York (D98)

Kapal Frigat Kelas Type 23 (13) sunting

  • HMS Argyll (F231)
  • HMS Lancaster (F229)
  • HMS Iron Duke (F234)
  • HMS Monmouth (F235)
  • HMS Montrose (F236)
  • HMS Westminster (F237)
  • HMS Northumberland (F238)
  • HMS Richmond (F239)
  • HMS Somerset (F82)
  • HMS Sutherland (F81)
  • HMS Kent (F78)
  • HMS Portland (F79)
  • HMS St Albans (F83)

Kapal Frigat Kelas Type 22 (4) sunting

  • HMS Cornwall (F99)
  • HMS Cumberland (F85)
  • HMS Campbeltown (F86)
  • HMS Chatham (F87)

Pasukan Pendarat Amfibi sunting

Landing Platform Helicopter (LPH) Kelas Ocean (1) sunting

  • HMS Ocean (L12)

Landing Platform Docks (LPD) Kelas Albion (2) sunting

  • HMS Albion (L14)
  • HMS Bulwark (L15)

Lencana pangkat dan gred sunting

Lencana pangkat pegawai Royal Navy

Rujukan sunting

  1. ^ "Chapter II: REGIONAL OVERVIEW AND CONTRIBUTIONS OF KEY ALLIES: Contributions of Selected NATO Allies". Allied Contributions to the Common Defense: A Report to the United States Congress by the Secretary of Defense. United States Department of Defense. Mac 2001. Dicapai pada 2006-10-14.
  2. ^ "Sea Vision UK". Why is the maritime sector so important?. Sea Vision UK. 2006. Dicapai pada 2006-11-16.
Notes
  1. ^
  2. ^
    1630–1707
    1707–1800
  3. ^
    1545–1606
    1606–1800

Pautan luar sunting

  Angkatan Tentera British
  Tentera Darat British  Tentera Laut Diraja  Tentera Udara Diraja