Windhound sutera

baka anjing dari Amerika Syarikat

Windhound sutera atau silken windhound[a] ialah satu baka anjing pemburu penglihatan Amerika. Seperti kebanyakan anjing pemburu penglihatan, windhound sutera ialah courser terkenal.

Windhound sutera
Nama lainSilken windhound, silken, windhound
Negara asalAmerika Syarikat
Trait
Tinggi 47–60 cm (19–24 in)[1]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Trait sunting

Penampilan sunting

 
Seekor windhound sutera hitam dengan tanda-tanda piebald

Windhound sutera ialah anjing pemburu penglihatan anggun bersaiz kecil hingga sederhana dengan lapis bulu sutera sederhana panjang. Warna lapis bulu sutera dapat terdiri daripada putih hingga hitam, dengan brindle bersinar dan merah padu di antaranya. Ia dapat bertompok, bertanda tuksedo, atau berwarna padu.

Perangai sunting

Windhound sutera adalah penyayang dan suka bermain dan merupakan anjing bagus untuk keluarga dengan kanak-kanak. Oleh sebab keramahannya, ia bukan anjing pengawal bagus tetapi mudah dilatih dalam hal buang air dan dapat dilatih untuk tinggal bersama dengan haiwan peliharaan rumah lebih kecil. Windhound sutera khususnya menyukai ketangkasan, terapi, flyball, dan kepatuhan.[perlu rujukan]

Pelatihan sunting

 
Seekor windhound sutera kelabu

Windhound sutera adalah cerdas dan mudah dilatih dengan menggunakan ganjaran dan kasih sayang dalam sesi singkat dan positif. Ia bekerja dengan penuh semangat dan menjalin hubungan kukuh dengan pemiliknya jika dilayan dengan baik. Seperti banyak anjing pemburu penglihatan, windhound sutera dapat terselit daripada kolar geleding. Maka, kebanyakan pemilik menggemari kolar separa gelincir.

Kesihatan sunting

 
Seekor windhound sutera dan seekor borzoi yang lebih besar

Windhound sutera biasanya hidup sehingga usia pertengahan hingga lewat belasan tahun.[perlu rujukan] Penyakit tulang dan sendi seperti displasia pinggul dan kembung adalah jarang. Sesetengah individu windhound sutera peka terhadap ivermektin dan ubat-ubatan berkaitan; ujian ringkas kini tersedia untuk mengetahui sama ada seseekor anjing membawa MDR1 rosak, iaitu gen tahan berbilang ubat.[2] Sesetengah pemilik melaporkan kes kriptorkidisme, hernia umbilikus, dan sindrom teratai, serta kepekakan dan katarak pada usia tua.

Sejarah sunting

 
Francie Stull yang menunjukkan seekor windhound sutera

Windhound sutera diasaskan dan dikembangkan di Austin, Texas oleh Francie Stull, seorang pembiak baka berjaya bagi borzoi dan anjing pemburu rusa pertunjukan dan prestasi American Kennel Club dengan menggunakan susur galur kegemaran beliau bagi borzoi dan lurcher. Perinduk windhound sutera pertama dilahirkan pada tahun 1985 dan sebuah kelab baka, International Silken Windhound Society, dibentuk pada tahun 1999. Pada awal tahun 2011, windhound sutera diiktiraf oleh United Kennel Club. Windhound sutera kini turut berada di 24 negara.

Acara sunting

 
Perlumbaan lurus windhound sutera

Windhound sutera menyertai sukan prestasi dan penunjukan di seluruh dunia, termasuk NAKC, IABCA, dan NCA, sebagai sebahagian daripada kumpulan hound. Di Slovenia, windhound sutera diterima sebagai sebahagian daripada Kelab Kenel Slovenia, anggota FCI, juga dalam kumpulan hound. Windhound sutera juga menyertai sukan prestasi anjing pemburu penglihatan yang bertanding bersama dengan anjing pemburu penglihatan lain dalam acara lure coursing dan perlumbaan lurus Finland. ISWS telah mengasaskan program perlumbaan trek lurus dan bujur yang membolehkan windhound sutera bertanding dan memenangi mata ke arah gelaran prestasi.

Pada lewat tahun 2009, windhound sutera diterima sebagai baka Limited Stakes dalam ASFA. Lebih daripada empat puluh ekor anjing bertanding dalam limited stakes ASFA pada bulan pertama penerimaannya.

Pada lewat tahun 2010, windhound sutera diterima sebagai baka dalam NOFCA, National Open Field Coursing Association, dan boleh menyertai acara padang terbuka. Pada 18 Mac 2011, windhound sutera diterima ke dalam United Kennel Club.[3]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: وينهاءون سوترا; سيلکن وينهاءون; bahasa Inggeris: silken windhound

Rujukan sunting

  1. ^ "Silken Windhound Breed Standard - International Silken Windhound Society". Silkenwindhounds.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024.
  2. ^ "Multidrug Sensitivity (e.g. ivermectin)" (dalam bahasa Inggeris). Koleh Perubatan Veterinar Universiti Negeri Washington. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 April 2015. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  3. ^ "Breed Standards : Silken Windhound - United Kennel Club (UKC)". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 Mac 2024.