Yayasan Amal Malaysia
Yayasan Amal Malaysia (Jawi: يايسن عمل مليسيا,) ialah sebuah pertubuhan di Malaysia yang menawarkan khidmat kebajikan, kemasyarakatan dan misi kemanusiaan. Yayasan ini mula ditubuhkan pada 30 Mei 2001[1] dan diasaskan oleh Presidennya, Senator Hussin Ismail[2][3].
![]() Pintu masuk ibu pejabat Yayasan Amal Malaysia di Kampung Labohan Dagang, Selangor, Malaysia | |
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Yayasan |
No. pendaftaran | PPM-014-10-30052001 |
Keluaran |
|
Anggota bagi | Persekutuan Antarabangsa untuk Bantuan dan Pembangunan, Aid4Palestine ![]() |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 30 Mei 2001 |
Pengurusan | |
Presiden | Hussin Ismail |
Gabungan | Persekutuan Antarabangsa untuk Bantuan dan Pembangunan (IFRD) Aid4Palestine |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor, Malaysia |
Lokasi | |
Asalan | Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpegang kepada slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”. Yayasan ini aktif dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kebajikan, kesihatan, kemanusiaan, dan pembangunan masyarakat.[4]
Sejak penubuhannya, Yayasan Amal Malaysia telah melaksanakan pelbagai misi bantuan kemanusiaan, termasuk dalam dan luar negara. Antaranya ialah bantuan kepada mangsa tsunami di Acheh (2004), gempa bumi di Pakistan (2005), serta misi kemanusiaan di Lubnan, Kemboja, dan Palestin.[perlu rujukan] Di peringkat tempatan, yayasan ini turut terlibat dalam program seperti Dapur Rakyat, Warung Makan Sahabat, dan Wakaf AMAL, Water4Life, Energy4Life, Pembangunan Komuniti, Tadika Amal, Villa Mawaddah, Pusat Dakwah Serantau, Amal Kongsi Rezeki, Amal Ambulance, dan Surau Amal.
Pada tahun 2022, Yayasan Amal Malaysia telah berpindah ke ibu pejabat baharu di Banting, Selangor, yang merangkumi Kompleks Yayasan Amal Malaysia, Pusat Dakwah Serantau, serta beberapa premis perniagaan di bawah Divisyen Perusahaan seperti perkhidmatan parkir, homestay, dan kolam pancing air masin. Langkah ini mencerminkan komitmen yayasan dalam memperkukuh infrastruktur dan memperluas impak sosialnya.[perlu rujukan]
Dengan lebih daripada 3,000 sukarelawan berdaftar, Yayasan Amal Malaysia terus komited dalam usaha memperkasa ummah melalui pendekatan holistik dan bersepadu.[perlu rujukan]
Sejarah
suntingYayasan Amal Malaysia telah terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan antarabangsa pada tahun 2004 di Acheh ketika bencana tsunami. Bantuan yang disampaikan oleh Yayasan Amal Malaysia ketika itu ialah khidmat perubatan melalui Hospital Lapangan di Meolaboh.
Pada tahun 2005, Yayasan Amal Malaysia telah terlibat menghantar bantuan perubatan dan makanan ke kawasan bencana gempa bumi di Balakot, Pakistan.
Yayasan Amal Malaysia juga pernah menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia kepada masyarakat Lubnan yang dilanda bencana perang ketika itu.
Pada tahun 2007, Yayasan Amal Malaysia terus mengorak langkah di dalam bantuan kemanusiaan antarabangsa ke kawasan terdekat, di Bangkulu Sumatera (Gempa Bumi), di Kemboja dan di Johor (Banjir).
Bermula tahun 2008, Yayasan Amal Malaysia mula menyampaikan bantuan kemanusiaan melalui khidmat wakalah korban di Sri Lanka.
Pada tahun 2009, khidmat wakalah korban diteruskan di Kemboja.
Pada Februari tahun 2010, Yayasan Amal Malaysia selangkah lagi di dalam khidmat kemanusiaan dengan menyediakan khidmat telaga tube kepada penduduk Gaza, Palestin serta bantuan pendidikan. Pada tahun ini juga Yayasan Amal Malaysia telah menyampai bantuan di kebanyakan lokasi di dunia iaitu di Kepulauan Mentawai Indonesia, banjir di Pakistan, khidmat wakalah korban di Khartoum Sudan, dan bantuan kemanusiaan di Vietnam.
Pada tahun 2010, Pusat Dakwah Serantau[5] telah diasaskan oleh Yayasan Amal Malaysia di bawah pantauan Allahyarham Tuan Guru Dr. Haron Din. Pusat Dakwah Serantau berperanan besar dalam mendidik pelajar di dalam bidang dakwah melalui kemanusiaan. Sehingga kini, Pusat Dakwah Serantau telah berjaya melahirkan lebih daripada 200 orang Daie Lapangan yang berkhidmat di kawasan pedalaman Malaysia. Pusat Dakwah Serantau beroperasi di sebuah rumah yang diwakafkan oleh seorang individu.
Bermula 10 Julai 2011, Yayasan Amal Malaysia telah memulakan langkah berkolaborasi di dalam pakatan kebajikan dan kemanusiaan bersama NGO-NGO antarabangsa di dalam The Forum of the International Islamic Charity NGO's (FIISCO) di Pulau Langkawi. Usaha ini pada akhirnya telah berjaya menubuhkan sebuah badan koordinasi kebajikan di peringkat antarabangsa bernama International Federation for Relief & Development (IFRD). IFRD dianggotai oleh 10 buah NGO dari 10 buah negara Islam di dunia iaitu, Mesir, Sudan, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, Turkiye, Malaysia, Filipina, Indonesia, dan India.
Bermula tahun 2011 juga, Yayasan Amal Malaysia telah mula menumpukan khidmat kemanusiaan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Pusat Komuniti serta Surau Amal telah dibina untuk kegiatan Daie Lapangan di kawasan pedalaman.
Pada tahun 2014, Yayasan Amal Malaysia telah menjenamakan khidmat wakalah korban mereka dengan nama AmalQurban. AmalQurban menawarkan khidmat wakalah korban untuk masyarakat Islam Malaysia, Singapura, dan Brunei supaya dapat disampaikan kepada masyarakat Muslim di negara yang ditimpa bencana perang dan kemiskinan.
Awal tahun 2016, Yayasan Amal Malaysia telah memindahkan pejabat besarnya dari Batu Caves ke Sungai Merab Luar, Kajang iaitu di bangunan sama Pusat Dakwah Serantau beroperasi.
Pada tahun 2017, dunia telah menyaksikan kejadian pembunuhan etnik Rohingya besar-besaran di Rakhine yang telah mengakibatkan kemasukan besar-besaran pelarian Rohingya di Malaysia. Yayasan Amal Malaysia telah memainkan peranan besar berkerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mengadakan Konferens Antarabangsa untuk Rohingya[6][7]. Lanjutan daripada konferens tersebut, satu misi kemanusiaan menghantar makanan ke kawasan pelarian rohingya yang menatijahkan kesedaran antarabangsa terhadap isu kemanusiaan Rohingya.
Pada tahun 2019, Yayasan Amal Malaysia telah menganjurkan sebuah Konferens Antarabangsa untuk Marawi[8]. Marawi merupakan sebuah bandar yang telah dimusnahkan akibat peperangan ISIS dengan kerjaan FIlipina[9]. Kesannya telah mengakibatkan semua penduduk Marawi telah terusir amat memerlukan bantuan serta perhatian dunia.
Pada tahun 2020, Yayasan Amal Malaysia menganjurkan sebuah pertemuan antara NGO-NGO pergerakan dakwah di kawasan nusantara. Pertemuan tersebut telah diadakan di Hotel Puri Pujangga UKM di dalam sebuah majlis Muktamar Dakwah Nusantara bertujuan untuk menyelaras kesatuan dan saling kerjasama dalam usaha dakwah.
Pada tahun 2022, pejabat operasi Yayasan Amal Malaysia telah berpindah ke Kompleks Yayasan Amal Malaysia di Labohan Dagang Banting Selangor.
Program
suntingPembangunan bakat dakwah
suntingYayasan Amal Malaysia menubuhkan sebuah pusat pengajian bagi pembangunan pendakwah bernama Pusat Dakwah Serantau. Ia sebuah institusi pendidikan agama yang satu-satunya di Malaysia yang memfokuskan pengajian dalam bentuk membangunkan pendakwah lapangan yang terdiri daripada kalangan mualaf daripada Sabah, Sarawak dan rantau Asia Tenggara.[10] PDS mula beroperasi pada Julai 2010 dengan pengambilan seramai 30 orang pelajar. Ia menawarkan pengajian peringkat diploma.[10]
Kebajikan masyarakat terpinggir
suntingYayasan Amal Malaysia menggerakkan sebuah pusat komuniti dan dapur amal yang terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur yang menyediakan makanan percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan, dengan nama Warung Makan Sahabat.[11] Ia dikendalikan oleh Yayasan Amal Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan di sebuah premis dua tingkat di kawasan tersebut.[12] Pengendali pusat komuniti ini turut bekerjasama dengan syarikat dan pertubuhan lain yang menjalankan tanggungjawab sosial korporat.[13][14] Selain dapur amal, pusat komuniti ini turut menjalankan kelas agama dan al-Quran.[15][16]
Pembangunan masjid dan pusat Islam
suntingYayasan Amal Malaysia terlibat dalam pembinaan beberapa buah masjid dan pusat berkaitan Islam. Pada 2021, Yayasan Amal Malaysia merasmikan pengoperasian sebuah masjid di perkampungan Hidjelidje yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Ndjamena, Chad hasil sumbangan wakaf umat Islam.[17] Yayasan Amal Malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada pembangunan Universiti Islam di Uganda pada 2019.[18] Pada 2021, Yayasan Amal Malaysia turut menjayakan pembinaan telaga tiub bawah tanah yang enjadi keperluan mendesak bagi kebanyakan penduduk luar bandar di Afghanistan pasca peperangan.[19]
Misi dakwah dan kebajikan
suntingYayasan Amal Malaysia menjalankan misi dakwah dan kebajikan di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia terutama di Sarawak. Pada Disember 2013, Yayasan Amal Malaysia mendapat kerjasama Bank Muamalat Malaysia untuk mengadakan misi kebajikan ke Ulu Pakan, Sibu, Sarawak.[20]
Anugerah dan penghargaan
sunting- Anugerah Khas NGO Prihatin Negeri Kedah 2020/2021, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kedah[21]
- Anugerah Khas Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H Kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kuala Lumpur[22]
Isu dan tengkarah
suntingHalangan berprogram di Sarawak
suntingSebuah program anjuran Yayasan Amal Malaysia, 'Program Ziarah Dakwah Mahabbah & Amal Kebajikan' yang dijadualkan diadakan di Belaga telah dihentikan oleh kerajaan negeri Sarawak pada 2014. Keputusan tersebut dibuat kerajaan negeri selepas mengambil kira semua isu berbangkit yang mungkin timbul sekiranya program tersebut diadakan khususnya dalam isu mempromosikan Islam kepada orang ramai tanpa kebenaran daripada Majlis Agama Islam Sarawak.[23]
Rujukan
sunting- ^ "Kejayaan Yayasan Amal Untuk Semua Pemuda". Buletin Online. 15 November 2012. Dicapai pada 5 Julai 2023.
- ^ Rosalinda Md Said (20 Ogos 2020). "Presiden Yayasan Amal Malaysia, Tokoh Maal Hijrah Terengganu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 5 Julai 2023.
- ^ "Presiden Yayasan Amal dilantik Ahli Dewan Negara". Harakahdaily. 15 Mac 2023. Dicapai pada 5 Julai 2023.
- ^ "Sejarah Kami -" (dalam bahasa Inggeris). 2016-08-29. Dicapai pada 2025-05-14.
- ^ "Memangkin bidang pendidikan di Pusat Dakwah Serantau – Yayasan Darussyifa" (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-17. Dicapai pada 2025-05-14.
- ^ MAJID, FAIRUZ MOHD SHAHAR and NOORSILA ABD (2017-03-14). "Conference on Rohingya draws speakers, delegates from ASEAN, Muslim countries | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-14.
- ^ rakyat, Post Oleh : Pena. "International Conference on Rohingya 2017 : Speech of Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Vice President of International Union of Muslim Scholars". 1Media.My. Dicapai pada 2025-05-14.
- ^ YUSOF, AZMI (2019-07-17). "Terengganu tuan rumah persidangan isu Marawi". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-14.
- ^ nathan (2019-07-30). "The Marawi crisis—urban conflict and information operations". ASPI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-14.
- ^ a b Abdul Halim Tamuri; Baharudin Othman, penyunting (2021). Prosiding Sistem Pendidikan Islam (Mualaf) di Malaysia (PDF). Keningau: Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah. m/s. 54. ISBN 978-967-19140-3-8.
- ^ "Mak Wan's 'dark past' inspires her to serve Chow Kit homeless". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-26. Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ IDRIS, HASIF; LIMPUONG, ELCASEYH; LIMPUONG, HASIF IDRIS dan ELCASEYH (2025-03-27). "Makanan percuma sepanjang Ramadan di Warung Makan Sahabat". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ "Program Psikososial (CSR) Tautan Hati PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Perdana Menteri Bersama Warung Makan Sahabat". 27 Ogos 2024.
- ^ BERNAMA (2025-01-25). "UIAM Sumbang RM10,400 Untuk Pek Makanan Kepada Asnaf Sekitar Chow Kit". BERNAMA. Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ "Edaran juadah di Warung Makan Sahabat - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). 2022-04-23. Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ "DHAS CSR Initiatives "Warung Makan Sahabat" – Automotive Distribution – DRB-HICOM Auto Solutions Sdn Bhd" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ Nasir, Murnaena Muhammad (2021-11-14). "Yayasan Amal Malaysia bina masjid di Chad". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-15.
- ^ Pertubuhan Kerjasama Islam (Mac 2019). "RESOLUTIONS ON SCIENCE AND TECHNOLOGY AND INNOVATION; HIGHER EDUCATION; HEALTH, WATERAND ENVIRONMENT SECTORS, ADOPTED BY THE 46TH SESSION OF THE COUNCIL OF FOREIGN MINISTERS (CFM)". Pertubuhan Kerjasama Islam. Dicapai pada 15 Mei 2025.
- ^ Denin, Mohd Jamilul Anbia Md (2021-11-21). "Cabaran buru pahala, 67 telaga tiub dibina di Afghanistan [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-15.
- ^ "Misi Dakwah, Kebajikan Dan Kemasyarakatan Bersama Yayasan Amal – Bank Muamalat Malaysia Berhad" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-15.
- ^ Malaysia, Yayasan Amal (2021-03-31). "YAM Kedah Terima Anugerah Khas NGO Prihatin Negeri Kedah 2020/2021 -" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ "Pekerja Am Pembersihan Antara Penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Wilayah Persekutuan 1444H". siakapkeli.my. 12 Oktober 2022. Dicapai pada 2025-05-12.
- ^ emmor (2014-10-10). "State govt 'no' to Yayasan Amal programme". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-11.