Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952.
يايسن ڤمباڠونن ايكونومي اسلام مليسيا | |
![]() Kerajaan Malaysia | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 13 Oktober 1976 |
Jenis | Kerajaan |
Ibu pejabat | No 46E-1, Mentari Business Park, Jalan PJS 8/2, 46150 Petaling Jaya, Selangor. |
Kakitangan | N/A |
Belanjawan tahunan | MYR N/A |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif Kerajaan |
|
Agensi induk | Jabatan Perdana Menteri Malaysia |
Laman sesawang | www |
Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Mahathir Mohamad.
Yayasan pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sebagai sebuah institusi yang membiayai kewangannya sendiri (selfsustained) dan institusi pembangunan sosio ekonomi ummah, maka untuk terus kekal relevan dalam menyantuni masyarakat serta terus mempertingkatkan kesejahteraan ummah dengan tagline #IngatKebajikanIngatYaPEIM terus mempamerkan keprihatinan yang tinggi ke arah memperkukuhkan usaha dan merealisasikan pembangunan dan mensejahterakan ummah dengan pelaksanaan tiga inisiatif utama iaitu Kebajikan, Sosioekonomi dan Keusahawanan di bawah teras pembangunan sosioekonomi dan amal jariah.
Dana Inspirasi Malaysia YaPEIM
Inspirasiku adalah Dana Inspirasi Malaysia yang merupakan inisiatif terbaharu YaPEIM di bawah Teras Pembangunan Sosioekonomi dan Amal Jariah bagi memberi manfaat kepada hampir 40,000 pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Objektif Inspirasiku adalah Membantu dan meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah atau kumpulan B40 dalam menangani aspek kebajikan dan pendidikan anak-anak khususnya untuk memulakan sesi persekolahan dan persediaan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Melengkapi usaha pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan yang berkaitan, institusi, masyarakat dan keluarga dalam menyantuni anak-anak dan pelajar terbabit. Selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) - Goal 4: Quality Education) yang disasarkan di bawah United Nations yang bertujuan memberikan pendidikan yang berkualiti supaya dapat meningkatkan kualiti hidup dan akses kepada pendidikan yang inklusif.
Platform kepada masyarakat untuk menyumbang kepada YaPEIM bagi tujuan pendidikan dalam kalangan anak-anak keluarga kumpulan B40.
Pautan luar sunting
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.