Tan Sri Datuk Dr. Yusof Basiron (lahir 20 Jun 1948) ialah seorang saintis dan tokoh masyarakat yang berpengaruh dalam industri minyak sawit Malaysia.[1] Beliau kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), dan pengarah bukan eksekutif bukan bebas dalam lembaga Sime Darby.[2][3][4]


Yusof Basiron
Kelahiran (1948-06-20) 20 Jun 1948 (umur 75)
Pusat pendidikanUniversiti Canterbury
Universiti Stirling
PekerjaanAhli sains, tokoh masyarakat
Ahli lembagaMajlis Minyak Sawit Malaysia (CEO)
Sime Darby (bukan-eksekutif)

Pendidikan sunting

Yusof memperoleh ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Kimia di Universiti Canterbury di New Zealand pada tahun 1972. Beliau juga mempunyai pelbagai ijazah sarjana muda, termasuk ijazah PhD dalam Sains Gunaan dan Sains Pengurusan dari Universiti Stirling di Scotland pada tahun 1986.[2][3][4]

Kerjaya sunting

Pada tahun 1979, Yusof menyertai Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) dan kemudiannya menjadi Ketua Pengarahnya pada tahun 1992. Beliau terus berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ketika dibentuk pada April 2000, melalui penggabungan PORIM dan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Sawit (PORLA). Beliau meninggalkan jawatannya sebagai Ketua Pengarah MPOB pada 2006 dan kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).[2][3][4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Yusof Basiron may retire as MPOC CEO in 2017". The Edge Markets. 6 Disember 2016. Dicapai pada 25 Julai 2017.
  2. ^ a b c "Announcement". Academy of Sciences Malaysia. Dicapai pada 2014-12-27.
  3. ^ a b c "Board of Directors". Sime Darby. Dicapai pada 2014-12-27.
  4. ^ a b c "Tan Sri Dr Yusof Basiron". Huffington Post. Dicapai pada 2014-12-27.

Pautan luar sunting