Tan Sri Zainal Rahim Seman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) yang ke-22, bermula pada 16.01.2017 sehingga 31.05.2018[1]. Beliau sebelum itu menjawat jawatan Ketua Pengarah MAMPU bermula pada 09.01.2015 sehingga dilantik sebagai KPPA menggantikan Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang telah tamat servis pada 31.12.2016.

Mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang termasuk Pengurusan dan Pentadbiran Tanah dan merupakan Setiauasaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau pernah menjadi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang . Pada 16 April 2009 , Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengumumkan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kerajaan negeri Pulau Pinang tadbir oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dari parti DAP iaitu Lim Guan Eng.

Kelulusan sunting

Zainal Rahim, 52, berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Sains Malaysia/Syracuse University Amerika Syarikat. Beliau menerima ijazah sarjana muda dalam bidang sejarah dan sosiologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kerjaya sunting

Bekerja sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 9 Jan 1984 dan berpengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran negeri, dareah serta pihak berkuasa tempatan.

Beliau pernah menjadi Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang, Pegawai Daerah Balik Pulau, dan Ketua Penolong Pengarah, Unit Majlis Bersama Kebangsaan, Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan awam.

Kemudian menjawat Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Organisasi, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Penolong Pengarah Tanah dan Galian Pahang, dan Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Projek, Kementerian Kerja Raya.[2]

Rujukan sunting