Zerobaseone

kumpulan muzik K-pop yang dibentuk melalui rancangan realiti Boys Planet

Zerobaseone (digayakan dengan semua huruf besar) ialah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang dibentuk melalui rancangan realiti kendalian Mnet, Boys Planet pada tahun 2023.[1] Terdiri daripada sembilan orang anggota, kumpulan ini berada di bawah pengurusan syarikat WakeOne. Mereka memulakan penampilan sulung pada 10 Julai 2023 dengan album mini Youth in the Shade.[2] Zerobaseone dirancang untuk aktif selama 2 tahun dan 6 bulan.[2]

ZEROBASEONE
Zerobaseone semasa di siaran SBS Radio Commute
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
  • ZB1
  • 제로베이스원
  • 0_1
Berasal dariSeoul, Korea Selatan
Genre
Penampilan sulung
10 Julai 2023; 9 bulan yang lalu (2023-07-10)
melalui karya EP Youth in the Shade
Tahun aktif2023–kini
Syarikat pengurusan
WakeOne
Syarikat rakaman
Stone Music Entertainment
Laman sesawang
wake-one.com/artists/zerobaseone/
Ahli
  • Sung Han-bin
  • Kim Ji-woong
  • Zhang Hao
  • Seok Matthew
  • Kim Tae-rae
  • Ricky
  • Kim Gyu-vin
  • Park Gun-wook
  • Han Yu-jin

Nama sunting

Zerobaseone mewakili "perjalanan sembilan pelatih yang akan selesai sebagai satu selepas penampilan sulung mereka".[1] Ia merujuk kepada permulaan sembilan orang anggota yang bermula dari sifar (0) dan berakhir dengan satu (1). Zerobaseone juga dikenali dengan singkatan ZB1.[3]

Anggota sunting

Zerobaseone terdiri daripada sembilan orang anggota, di mana tujuh daripadanya merupakan warganegara Korea Selatan (salah seorang daripadanya turut memegang kewarganegaraan Kanada) manakala selebihnya ialah warganegara China.[a]

Nama Pengenalan ringkas
Pentas Penuh
Sung Han-bin
(성한빈 · 成韓彬)
  • Tarikh lahir: (2001-06-13) 13 Jun 2001 (umur 22)
  • Tempat lahir: Ssangyong-dong, Seobuk, Cheonan, Chungcheong Selatan
  • Warganegara:   Korea Selatan
  • Pendidikan: Institut Seni dan Media Dong-ah
  • Peranan: Penyanyi vokal, ketua[5]
  • Agensi: Studio GL1DE
Kim Ji-woong[b]
(김지웅 · 金地雄)
  • Tarikh lahir: (1998-12-14) 14 Disember 1998 (umur 25)
  • Tempat lahir: Dangye-dong, Wonju, Gangwon
  • Warganegara:   Korea Selatan
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Komunikasi Penyiaran
  • Peranan: Penyanyi vokal dan rap
  • Agensi: Nest Management
Zhang Hao
(章昊 · 장하오)
  • Tarikh lahir: (2000-07-25) 25 Julai 2000 (umur 23)
  • Tempat lahir: Xiamen, Fujian
  • Warganegara:   China
  • Pendidikan: Universiti Pendidikan Fujian
  • Peranan: Penyanyi vokal, tengah
  • Agensi: Yuehua Entertainment
Seok Matthew[c]
(석매튜)
Seok Woo-hyun
(석우현 · 石友鉉)
  • Tarikh lahir: (2002-05-28) 28 Mei 2002 (umur 21)
  • Tempat lahir: White Rock, Metro Vancouver, British Columbia[7]
  • Warganegara:   Kanada ·   Korea Selatan
  • Pendidikan: Sekolah Menengah Earl Marriott
  • Peranan: Penyanyi vokal
  • Agensi: MNH Entertainment
Kim Tae-rae
(김태래 · 金太來)
  • Tarikh lahir: (2002-07-14) 14 Julai 2002 (umur 21)
  • Tempat lahir: Dongnam, Cheonan, Chungcheong Selatan
  • Warganegara:   Korea Selatan
  • Pendidikan: Universiti Yongin
  • Peranan: Penyanyi vokal utama
  • Agensi: WakeOne
Ricky
(리키)
Shen Quanrui
(沈泉锐)
  • Tarikh lahir: (2004-05-20) 20 Mei 2004 (umur 19)
  • Tempat lahir: Shanghai
  • Warganegara:   China
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Crean Lutheran
  • Peranan: Penyanyi vokal
  • Agensi: Yuehua Entertainment
Kim Gyu-vin
(김규빈 · 金奎彬)
  • Tarikh lahir: (2004-08-30) 30 Ogos 2004 (umur 19)
  • Tempat lahir: Apgujeong, Gangnam, Seoul
  • Warganegara:   Korea Selatan
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Apgujeong
  • Peranan: Penyanyi vokal dan rap
  • Agensi: Yuehua Entertainment
Park Gun-wook
(박건욱 · 朴乾旭)
  • Tarikh lahir: (2004-08-30) 30 Ogos 2004 (umur 19)
  • Tempat lahir: Gasu-dong, Osan, Gyeonggi
  • Warganegara:   Korea Selatan
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Maklumat Osan
  • Peranan: Penyanyi vokal dan rap
  • Agensi: Jellyfish Entertainment
Han Yu-jin
(한유진 · 韓維辰)
  • Tarikh lahir: (2007-03-20) 20 Mac 2007 (umur 17)
  • Tempat lahir: Seongbok-dong, Suji, Yongin, Gyeonggi
  • Warganegara:   Korea Selatan
  • Pendidikan: Sekolah Tinggi Seni Hiburan Hanlim
  • Peranan: Penyanyi vokal
  • Agensi: Yuehua Entertainment

Diskografi sunting

Album mini sunting

Videografi sunting

Video muzik sunting

Tajuk lagu Tahun Pengarah Ruj.
"In Bloom" 2023 Kim In-tae (AFF) [8]
"Crush (가시)" Oui Kim (OUI), Song Huiwon [9]
"Melting Point" Wasabimayo (Sauce Factory) [10]

Filemografi sunting

Rancangan realiti sunting

Tahun Tajuk Catatan Ruj.
2023 Boys Planet Rancangan televisyen realiti yang menentukan anggota kumpulan Zerobaseone [11]
Camp Zerobaseone Rancangan realiti prapenampilan pertama [12]

Rancangan dalam talian sunting

Tahun Tajuk Catatan Ruj.
2023 ZBTV [13]

Konsert sunting

Tarikh Tajuk Bandar Negara Tempat Kehadiran Ruj.
15 Ogos 2023 2023 Zerobaseone Fancon Seoul Korea Selatan Gocheok Sky Dome 18,000 [14][15]

Catatan sunting

  1. ^ Sebahagian maklumat anggota Zerobaseone diperoleh daripada laman sesawang Kpop Singers.[4]
  2. ^ Dahulunya dikenali dengan nama pentas Jinam semasa berada dalam kumpulan muzik INX.[6]
  3. ^ Juga dikenali sebagai Matthew Seok.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Kang Da-yoon (20 April 2023). "'보이즈 플래닛' 최종 그룹명 발표…제로베이스원, 줄여서 '제베원'" [Pengumuman nama akhir kumpulan untuk 'Boyz Planet'... Zerobaseone, singkatannya 'ZB1']. Media Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 April 2023. Dicapai pada 21 April 2023 – melalui Naver.
  2. ^ a b Moon Wan-sik (7 Jun 2023). "제로베이스원, 7월 10일 데뷔 확정..데뷔 앨범 'YOUTH IN THE SHADE' 발매" [Zerobaseone disahkan untuk debut pada 10 Julai..Melancarkan album debut'YOUTH IN THE SHADE']. MoneyS (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Jun 2023. Dicapai pada 8 Jun 2023 – melalui Naver.
  3. ^ Kim Han-bin (21 April 2023). "'보이즈 플래닛' 최종 9인, 팀명 'ZEROBASEONE'으로 데뷔조 결성" [9 anggota terakhir 'Boyz Planet' membentuk kumpulan debut di bawah nama pasukan 'ZEROBASEONE']. Onews (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2023. Dicapai pada 26 April 2023.
  4. ^ Maklumat anggota Zerobaseone:
  5. ^ Jung Hui-yeon (11 Mei 2023). "성한빈, 제로베이스원 리더 됐다 [공식]" [Sung Han-bin menjadi ketua Zerobaseone [Rasmi]]. Sports Donga (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2023. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  6. ^ Son Jin-ah (8 Februari 2023). ""우리집으로 가자"…'보이즈플래닛' 흥행 이끄는 '연기 경력직' 연습생들 [MK★이슈]" ["Mari ke rumah saya"… Pelatih dengan 'pengalaman lakonan' menerajui kejayaan 'Boys Planet' [isu★MK]]. MK Sports (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Ogos 2023. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  7. ^ a b Daniel Chai (22 April 2023). "From White Rock to K-pop stardom: Local singer wins Korean boy band competition" [Dari White Rock kepada bintang K-pop: Penyanyi tempatan memenangi pertandingan kumpulan lelaki Korea]. Daily Hive (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2023. Dicapai pada 5 Ogos 2023.
  8. ^ @hui.grave (15 Julai 2023). "ZEROBASEONE - 'In Bloom' M/V". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023 – melalui Instagram.
  9. ^ Melting Point (EP) (photobook). Zerobaseone. Korea Selatan: Wakeone Entertainment, Genie Music. 2023. Credits.CS1 maint: others (link)
  10. ^ @yeeelly (19 November 2023). "ZEROBASEONE - 'MELTING POINT' MV". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 November 2023. Dicapai pada 20 November 2023 – melalui Instagram.
  11. ^ Kang Da-yoon (21 April 2023). "1위 장하오→9위 한유진...'보이즈 플래닛' 9人 '제베원' 데뷔 확정 [종합]" [Tempat pertama Zhang Hao → tempat kesembilan Han Yujin... 'Boyz Planet' 9 orang 'Jebewon' disahkan debut [Menyeluruh]]. Media Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2023. Dicapai pada 21 April 2023 – melalui Naver.
  12. ^ Kang Da-yoon (8 Jun 2023). "제로베이스원, 22일 첫 단독 리얼리티 '캠프 제로베이스원' 첫방 [공식]" [ZEROBASEONE, rancangan realiti sendiri pertama 'Camp Zerobaseone' pada 22hb [Rasmi]]. My Daily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Jun 2023. Dicapai pada 8 Jun 2023.
  13. ^ Lee, Min-ji (13 Oktober 2023). "ZEROBASEONE、カムバックを控え10月20日に自主制作コンテンツ「ZBTV」公開" [ZEROBASEONE akan melancarkan program terbitan sendiri "ZBTV" pada 20 Oktober dalam menjangkakan kemunculan semula]. Newsen (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2023. Dicapai pada 22 Oktober 2023 – melalui Kstyle.
  14. ^ Yoon, Ki-baek (15 Ogos 2023). "제로베이스원, 꿈의 고척돔서 시작한 '찬란한 여정' [종합]". Edaily (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2023. Dicapai pada 16 Ogos 2023 – melalui Naver.
  15. ^ Lee, Jae-hoon (15 Ogos 2023). "제로베이스원, 5세대 門 진짜 열까...시험대 고척돔서 일단 합격점". Newsis (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2023. Dicapai pada 16 Ogos 2023 – melalui Naver.

Pautan luar sunting