Zulzaim Hilmee Abidin

Zulzaim Hilmee Abidin (Jawi:ذوالذعيم حلمي بن عبيدين ) merupakan ahli politik Malaysia dari negeri Sabah dan berbangsa Brunei. Beliau merupakan anak jati tempatan Sabah. Keluarga beliau berasal dari Papar, Sabah dan beliau dibesarkan di Kota Kinabalu.

Zulzaim Hilmee Abidin

ADK (Sabah)
Ketua Pemuda PAS Sabah
Dalam jawatan
2017–2021
PesuruhjayaMohd Aminuddin Aling
Didahului olehLahirul Latigu
Digantikan olehHendri Hamsah
Butiran peribadi
Lahir (1988-05-01) 1 Mei 1988 (umur 35)
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Pendidikan Awal sunting

Mendapat pendidikan awal daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Kepayan dan SMK Sanzac, Sembulan. Seterusnya melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di Politeknik Kuching Sarawak (PKS).

Seterusnya beliau menyambung pelajaran diperingkat Ijazah dalam bidang Sains Politik di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

Pengalaman Politik sunting

Zulzaim Hilmee merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah dari tahun 2017 hingga 2021. Beliau juga pernah dilantik menjadi Exco Pemuda PAS Malaysia (Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah) dibawah kepimpinan ketika itu Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (2015-2017) dan Exco Pemuda Perikatan Nasional (PN) Malaysia dibawah kepimpinan YB Ir Ts Hj Khairil Nizam Khirudin (2019-2021).

Sepanjang menjadi Ketua Pemuda PAS Sabah, beliau telah memimpin beberapa siri himpunan aman di Kota Kinabalu Sabah. Beliau juga merupakan Penyelaras Parlimen PAS Kawasan Putatan[1]. Zulzaim Hilmee kini merupakan AJK Perhubungan PAS Negeri Sabah (Pengerusi Lajnah NGO PAS Sabah) dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Putatan. Beliau pernah mengetuai lebih 300 umat Islam berkumpul di hadapan Masjid Negeri Sabah pada Disember 2017 sebagai solidariti menyokong rakyat Palestin memprotes cadangan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel[2].

Pengalaman korporat sunting

  • 2020-kini : Ahli Lembaga Pengarah (BOD) DESA Group of Company (hakmilik Kerajaan Negeri Sabah)
  • 2020-kini : Pengarah DESA Hatchery Sdn Bhd
  • 2020-kini : DESA Group Integrity Commitee
  • 2020-kini : Ahli Lembaga Pelawat (ALP) Hospital Queen Elizabeth 1

Pilihan raya sunting

Keputusan pilihan raya sunting

Kerusi yang ditandingi Zulzaim Hilmee Abidin
Tahun Kawasan Calon Undi Lawan Undi Majoriti
2018 Parlimen Putatan Zulzaim Hilmee Abidin (PAS) 2,434 Awang Husaini Sahari (PH-PKR) 14,106 2,339
Datuk Marcus Makin Mojigoh (BN-UPKO) 11,767
Jivol @ Edmund Doudilim (PHRS) 1,755
Mil Kusin Abdillah Sulai (Anak Negeri) 728

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  Sabah:

Rujukan sunting

  1. ^ "Selenggarakan lampu jalan utama di Putatan: PAS". New Sabah Times. 23 Ogos 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-31. Dicapai pada 31 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ BERNAMA (9 Disember 2017). "Baitulmuqaddis: Tindakan AS nafikan hak kedaulatan palestin". Utusan Borneo. Dicapai pada 31 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ "SENARAI NAMA PENERIMA PINGAT DARJAH KEBESARAN SEMPENA HARI JADI RASMI KE-68 TYT SABAH". Sabah News. 2 Oktober 2021. Dicapai pada 2 Oktober 2021.