Kejohanan Wushu Dunia

Kejohanan Wushu Dunia (WWC) merupakan kejohanan wushu antarabangsa yang dianjurkan oleh Persekutuan Wushu Antarabangsa (IWUF) untuk sukan wushu (taolu dan sanda/sanshou). [1] Kejohanan ini diadakan pada setiap dua tahun sekali sejak tahun 1991. Kejohanan Wushu Dunia lazimnya juga berbetulan dengan Kongres IWUF dan juga dengan pelbagai mesyuarat jawatankuasa. [1] Pertandingan ini juga menjadi acara kelayakan untuk Piala Dunia Taolu dan Piala Dunia Sanda . WWC merupakan pengganti bagiKejohanan Wushu Jemputan Antarabangsa yang dianjurkan sebelum IWUF ditubuhkan.

Kejohanan Wushu Dunia
GenreAcara sukan global
KekerapanDwitahunan
Dirasmikan1991
Paling terkini
2019
Dianjurkan oleh
IWUF
Laman sesawang
http://www.iwuf.org/competitions/iwuf-official-events/world-wushu-championships/
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Kejohanan Wushu Dunia
Tulisan Cina Ringkas世界武术锦标赛
Hanyu PinyinShìjiè wǔshù jǐnbiāosài

Kejohanan sunting

Tahun Edisi Lokasi Bilangan Acara Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga
1991 1   Beijing, China 23   Republik Rakyat China   Jepun   Kesatuan Soviet
1993 2   Kuala Lumpur, Malaysia 24   Republik Rakyat China   Rusia   Hong Kong
1995 3   Baltimore, Amerika Syarikat 24   Republik Rakyat China   Hong Kong   Rusia
1997 4   Rom, Itali 25   Republik Rakyat China   Hong Kong   Rusia
1999 4   Hong Kong, China 31   Republik Rakyat China   Hong Kong   Vietnam
2001 6   Yerevan, Armenia 41   Republik Rakyat China   Vietnam   Korea Selatan
2003 7   Macau, China 39   Republik Rakyat China   Vietnam   Rusia
2005 8   Hanoi, Vietnam 40   Republik Rakyat China   Vietnam   Malaysia
2007 9   Beijing, China 40   Republik Rakyat China   Makau   Vietnam
2009 10   Toronto, Kanada 40   Republik Rakyat China   Iran   Hong Kong
2011 11   Ankara, Turki 40   Republik Rakyat China   Iran   Hong Kong
2013 12   Kuala Lumpur, Malaysia 46   Republik Rakyat China   Iran   Malaysia
2015 13   Jakarta, Indonesia 50   Republik Rakyat China   Indonesia   Iran
2017 14   Kazan, Russia 44   Republik Rakyat China   Iran   Hong Kong
2019 15   Shanghai, China 44   Republik Rakyat China   Iran   Hong Kong
2023 16   Dallas, Amerika Syarikat TBD Acara akan datang

Sejarah sunting

Kejohanan Wushu Dunia 1999 telah memperkenalkan acara Taijijian, Nandao, dan Nangun.

Set taolu wajib kedua IWUF dilaksanakan sebagai acara tambahan dalam Kejohanan Wushu Dunia 2001 bersampingan dengan acara untuk taolu wajib pertama. Pertandingan ini juga melaksanakan ujian doping untuk pertama kalinya. Kesemua 12 sampel kembali tanpa keputusan positif.[2]

Dalam Kejohanan Wushu Dunia 2003, semua atlet diwajibkan untuk bertandingan dengan set taolu wajib IWUF kedua. Acara sanshou perempuan dan duilian perempuan juga diperkenalkan pada pertandingan ini.

Ekoran daripada perubahan peraturan yangbesar, acara taolu wajib dihentikan bermula dengan Kejohanan Wushu Dunia 2005 .

Muzik latar belakang dibenarkan untuk pertama kalinya bagi acara taijiquan dan taijijian di Kejohanan Wushu Dunia 2007

Taolu changquan, nanquan, dan taijiquan dari set taolu wajib IWUF ketiga dipertandingkan pada tahun 2013 dan 2015 sebagai acara tambahan.

Kejohanan Wushu Dunia 2015 menyaksikan pengenalan pelbagai acara seni bela Cina tradisional.

Keperluan tahap kesukaran bagi senjata panjang dilaksanakan dalam Kejohanan Wushu Dunia 2017 .

Kejohanan Dunia Wushu 2019 menyaksikan pengenalan acara kumpulan kreatif (jiti) dengan hakim bertauliah dan hakim selebriti. Para hakim menilai persembahan dan memberikan mata (jumlah mata: 10.000) mengikut prosedur penilaian IWUF biasa dan hakim selebriti memberikan skor (jumlah mata: 10.000) berdasarkan pilihan peribadi. Pingat untuk acara ini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada keseluruhan pungutan pingat.

Kejohanan Wushu Dunia 2021 dijadualkan semula sehingga tahun 2023 akibat daripada pandemik COVID-19 . Acara kipas taiji (taijishan) dijangka akan diperkenalkan dalam pertandingan ini.

Jadual pingat sepanjang masa sunting

Berikut merupakan jadual pingat sepanjang masa setakat Kejohanan Wushu Dunia 2019 . [3]

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  China (CHN)212122226
2  Iran (IRI)51222396
3  Hong Kong (HKG)486339150
4  Rusia (RUS)393334106
5  Vietnam (VIE)365858152
6  Korea Selatan (KOR)234149113
7  Makau (MAC)22363290
8  Malaysia (MAS)22334499
9  Filipina (PHI)17193369
10  Indonesia (INA)15131846
11  Jepun (JPN)14384092
12  Taipei Cina (TPE)8202250
13  Mesir (EGY)8183056
14  Myanmar (MYA)59721
15  Singapura (SGP)4111631
16  Belanda (NED)43714
17  India (IND)391628
18  Itali (ITA)381829
19  Brazil (BRA)371525
20  Turkmenistan (TKM)3104
21  Amerika Syarikat (USA)2162846
22  Ukraine (UKR)2111528
23  Turki (TUR)292637
24  Romania (ROU)291324
25  Perancis (FRA)242430
26  Kazakhstan (KAZ)21710
27  Kesatuan Soviet (URS)2002
28  Sepanyol (ESP)17614
29  Azerbaijan (AZE)17412
30  Kanada (CAN)131519
31  Lubnan (LBN)121013
32  Great Britain (GBR)12912
33  Armenia (ARM)12710
34  Tajikistan (TJK)1113
35  Australia (AUS)1023
36  Israel (ISR)1012
37  Belarus (BLR)05611
38  Sweden (SWE)041014
39  Tunisia (TUN)0257
40  Kyrgyzstan (KGZ)0224
41  Venezuela (VEN)0213
42  Poland (POL)0145
  Uzbekistan (UZB)0145
44  Mongolia (MGL)0123
45  Bermuda (BER)0112
  Maghribi (MAR)0112
  Mexico (MEX)0112
  Republik Czech (CZE)0112
49  Argentina (ARG)0101
50  Algeria (ALG)001111
51  Jerman (GER)0044
  Switzerland (SUI)0044
  Yunani (GRE)0044
54  Jordan (JOR)0033
  Yaman (YEM)0033
56  Afrika Selatan (RSA)0022
  Belgium (BEL)0022
  Portugal (POR)0022
  Sri Lanka (SRI)0022
  Thailand (THA)0022
61  Afghanistan (AFG)0011
  Georgia (GEO)0011
  Korea Utara (PRK)0011
  New Zealand (NZL)0011
  Peru (PER)0011
Jumlah (65 negara)5635517531867

Rujukan sunting

  1. ^ a b "World Wushu Championships". IWUF (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-12-02.
  2. ^ "World Wushu Championships Keeps Clean Record in First Doping Test". english.people.com.cn. Dicapai pada 7 March 2018.
  3. ^ "Results". IWUF (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-01-07.