Portal : Hal semasa di Malaysia/2008
Almarhum Tuanku Ja'afar
27 Dis - Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Almarhum Tuanku Ja'afar (gambar) mangkat di Seremban , Negeri Sembilan .
27 Disember - Program tarian I-Dance diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri Pulau Pinang .
16 Dis - Harga minyak Malaysia turun lagi 10 sen.
10 Dis - Yazid Sufaat dan beberapa orang lagi dibebaskan dari tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri .
7 Dis - Tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa , Ulu Klang , Selangor , mengorbankan lima orang dan menimbus 14 buah rumah.
6 Dis - Shah Rukh Khan menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk daripada kerajaan Melaka .
5 Dis - Pilihan raya kecil Kuala Terengganubakal diadakan pada 17 Januari 2009 selepas kematian Ahli Parlimennya Datuk Razali Ismail .
3 Dis - Jaringan Rakyat Tertindas melancarkan kempen berbasikal ke seluruh negara untuk menuntut perubahan.
3 Dis - Piala Monsun 2008 diadakan di Terengganu .
3 Dis - Harga minyak Malaysia turun lagi 10 sen.
30 Nov - Kerajaan Selangor lepas tangan isu projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah tergendala akibat protes penduduk setinggan Kampung Sungai Terentang .
28 Nov - Kongres tahunan Parti Keadilan Rakyat 2008 diadakan di Shah Alam , Selangor .
24 Nov - Anugerah Merdeka disampaikan buat pertama kali.
22 Nov - Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan yoga dalam bentuk asalnya.
18 Nov - Harga minyak Malaysia turun lagi 15 sen.
7 Nov - Piala Dunia Wakeboard dan Water Ski 2008 diadakan di Putrajaya .
1 Nov - Harga minyak Malaysia turun lagi 15 sen.
28 Okt - Kerajaan menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC 725 akibat keadaan ekonomi dunia yang tidak stabil.
15 Okt - Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-125 diadakan di Istana Maziah , Kuala Terengganu , Terengganu .
15 Okt - Kerajaan mengisytiharkan Hindu Rights Action Force (Hindraf ) sebagai sebuah pertubuhan haram.
15 Okt - Harga minyak Malaysia turun antara 10 dan 20 sen.
10 Okt - Universiti Malaya memperbaiki kedudukannya dan kekal sebagai universiti terbaik Malaysia dalam senarai Kedudukan Universiti Dunia THES - QS .
8 Okt - EPG Malaysia-Indonesia kedua berlangsung di Kuala Lumpur .
8 Okt - Presiden UMNO Abdullah bin Ahmad Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya di Perhimpunan Agung yang akan datang.
4 Okt - Anak kapal Melati 2 dan 5 yang dibebaskan lanun pulang ke tanah air.
1 Okt - Kehadiran penyokong Hindraf di hari terbuka Aidilfitri anjuran Perdana Menteri menimbulkan kekecohan.
30 Sept - Sebuah tongkang ke Sumatera karam berhampiran Pelabuhan Klang , mengorbankan 14 orang.
30 Okt - Anak kapal Melati 2 dan 5 yang ditawan lanun dibebaskan.
27 Sept - Perhimpunan Anti ISA 2008 diadakan di Puduraya , Kuala Lumpur .
27 Sept - Perhimpunan Agung UMNO ditunda ke Mac 2009 .
25 Sept - Harga minyak Malaysia turun 10 sen.
17 Sept - Parti Maju Sabah (SAPP) mengumumkan keluar dari Barisan Nasional .
17 Sept - Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dan Timbalan PM Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak bertukar portfolio Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan Malaysia .
16 Sept - Mahkamah Persekutuan memutuskan kerusi DUN N15 Sanglang diberikan kepada Hashim Jasin (PAS ) selepas dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada 18 Jun.
15 Sept - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim meletakkan jawatan.
12 Sept -Polis menahan tiga orang awam di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri .
3 Sept - Ketua UMNO bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail dikatakan melabel orang Cina sebagai "orang tumpang" ketika berkempen semasa pilihan raya kecil lalu.
30 Ogos - Terjun Antarabangsa Menara KL 2008 diadakan sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.
29 Ogos - Sebuah lagi kapal MISC , kapal tangki MT Bunga Melati V telah dirampas lanun di perairan Teluk Aden .
27 Ogos - Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008 , sekaligus menjadi ketua pembangkang.
25 Ogos - Kedah FA mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia , menjadi kelab pertama berjaya mempertahankan tiga kejuaraan utama.
25 Ogos - Qari Indonesia Mu'min Mubarok dan qariah Thailand Fatimah Ha' ra' ti' menjuarai Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2008 yang diadakan di Kuala Terengganu .
20 Ogos - Dua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak ditangkap Badan Pencegah Rasuah atas tuduhan rasuah dan seks.
18 Ogos - Kapal dagang MT Bunga Melati II milik MISC telah dirampas lanun di perairan Teluk Aden , antara Somalia dan Yaman .
17 Ogos - Lee Chong Wei mengakhiri kemarau tanpa pingat selama 12 tahun setelah berjaya mendapat pingat perak pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008 buat Malaysia.
17 Ogos - Sebuah tangki minyak di Terminal Minyak Pelabuhan Tanjung Langsat terbakar .
9 Ogos - Gangguan bekalan elektrik selama 3 jam terjadi di Sarawak .
9 Ogos - Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Malaysia diadakan di Kuala Lumpur , menimbulkan banyak bantahan.
5 Ogos - Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada 26 Ogos 2008 .
3 Ogos - Sebatang tiang Jejambat Kepong Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur retak lagi.
31 Julai - Ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
15 Julai - Tokoh pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan atas tuduhan meliwat seorang bekas pembantunya.
18 Jun - Presiden Parti Maju Sabah Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi .
5 Jun - Harga minyak Malaysia naik mendadak.
31 Mei-9 Jun - Sukan Malaysia 2008 berlangsung di Terengganu . Tuan rumah Terengganu muncul sebagai juara keseluruhan.
30 Mei - Kabinet mengarahkan laluan Bandar Mahkota Cheras/Lebuhraya Cheras-Kajang dibuka sementara keputusan mahkamah dibuat.
23 Mei - Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan Pedra Branca kepada Singapura dan Batuan Tengah kepada Malaysia .
19 Mei - Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO Mahathir bin Mohamad mengumumkum keluar dari UMNO.
4 Mei - Karpal Singh dan Ngeh Koo Ham dikatakan mencabar titah Sultan Perak mengenai isu pengarah JAIP Jamry Sury .
3 Mei - Sebuah kereta api penumpang KTMB tergelincir di KM 465 Seremban - Rembau , Negeri Sembilan . Pemandunya terbunuh.
1 Mei - Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza Nasimuddin Amin meninggal dunia di Los Angeles , California akibat penyakit barah paru-paru .
9 April - Sebuah kereta api penumpang JKNS terjunam ke dalam Sungai Padas , Tenom , Sabah . Dua terbunuh.
31 Mac - Pesta Kalimaran 2008 disambut di Sabah .
23 Mac - Kimi Räikkönen memenangi Grand Prix Malaysia 2008 .
20 Mac - Dato' Radzi Sheikh Ahmad meletakkan jawatan setiausaha UMNO dan Barisan Nasional , selepas digugurkan dari Jemaah Menteri baru .
8 Mac - Barisan Nasional cuma mendapat majoriti mudah dalam Parlimen dan kehilangan 4 negeri dalam Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 .
17 Feb - Tour de Langkawi 2008 berakhir di Kuala Lumpur .
14 Feb - Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 ditetapkan pada 8 Mac .
13 Feb - Parlimen Malaysia dibubarkan .
31 Jan - Majlis Anugerah Belia Negara Malaysia 2007 diadakan di Kuala Lumpur .
29 Jan - Kejohanan Futsal KL Dunia 5 berlangsung di Kuala Lumpur .
27 Jan - Lagu "Itu Kamu" nyanyian Kumpulan Estranged menjuarai Anugerah Juara Lagu 2007 .
26 Jan - PROTES
7 Jan - Regata Langkawi ke-6 berlangsung di Langkawi , Kedah .
2 Jan - Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletak jawatan akibat skandal seksnya dengan seorang kawan.