Rosol Wahid

ahli politik Malaysia

YB Dato' Rosol Wahid merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Yang Berhormat Dato' Haji

Rosol Haji Wahid

DPMT, PJK (Ter)
Anggota Parlimen
untuk Hulu Terengganu, Terengganu
Memegang jawatan
16 Julai 2018
Didahului oleh Jailani Johari
Majoriti15,734 (2022)
2,868 (2018)
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob
Menteri Alexander Nanta Linggi
Digantikan oleh Fuziah Salleh
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
Menteri Alexander Nanta Linggi
Didahului oleh Chong Chieng Jen
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2004–2008
Menteri BesarIdris bin Jusoh
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Ajil
Dalam jawatan
1999–2013
Didahului olehOthman Daud
Digantikan olehGhazali Taib
Butiran peribadi
Lahir (1964-07-10) 10 Julai 1964 (umur 59)
Terengganu Kampung Sura Tengah, Dungun, Terengganu
Parti politik UMNO (sehingga 2018)
BEBAS (2018-2019)
PPBM (2019-kini)
Sekutu gabungan
politik lain
BN (sehingga 2018)
PH (2018-2020)
PN (2020-kini)
PasanganTo' Puan Halipah binti Ahmad
Anak-anak6 orang
KediamanTerengganu 5065 Lorong Ara Murni, Batu 23 Kuala Berang, 21700 Kuala Berang, Terengganu
PekerjaanAhli politik
GajiRM48,599.18 sebulan[1]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[1]

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia

Keputusan pilihan raya sunting

Dewan Undangan Negeri Terengganu
Tahun Kawasan Pilihan Raya Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1999 Ajil Rosol Wahid (UMNO) 4,313 Ismail Osman (PAS) 4,188 125
2004 Rosol Wahid (UMNO) 7,386 % Mohd Razki (PAS) 3,603 % 11,131 3,783 89%
2008 Rosol Wahid (UMNO) 8,530 % Mohd Razki Alias (PAS) 3,803 % 12,531 4,727 86%
Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan Pilihan Raya Kerajaan Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
2018 Hulu Terengganu Rosol Wahid (UMNO) 30,925 49.60% Muhyidin Abdul Rashid (PAS) 28,057 45.00% 63,428 2,868 86.31%
Razali Idris (PPBM) 3,364 5.40%

Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999, beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional dan menang dengan majoriti 125 undi sahaja. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004, beliau menang setelah mendapat 7386 undi. Calon lawan, Mohd Razki Alias (PAS) mendapat 3603. Beliau mendapat majoriti 3783 undi.Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Rosol Wahid (BN) mendapat 8,530 undi berbanding Mohd. Razki Alias (PAS) mendapat 3,803. Rosol mendapat majoriti 4,727 undi.

Petisyen terhadap PAS sunting

Selepas PRU12 2008, Rosol Wahid selaku memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Beliau tidak puas hati terhadap salah laku aktivis PAS menghalang pengundi membuang undi, merampas kad pengenalan pengundi dan menakutkan pengundi daripada keluar mengundi di kawasan DUN Rhu Rendang dan parlimen Marang. Petisyen itu ditujukan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta pegawai pengurusan pilihan raya Parlimen Marang, Rahman Che Ali ; AdunManir Datuk Harun Taib dan SPR dan pegawai pengurusan pilihan raya Parlimen Hulu Terengganu, Rozali Salleh.UMNO Terengganu mahu memohon pemeriksaan rapi dan pengiraan semula dibuat ke atas 127 undi pos bagi kerusi DUN Ladang yang ditolak oleh SPR pada hari pengundian.[2]

Krisis Menteri Besar Terengganu sunting

Pada 28 Ogos 2009, Rosol Wahid menafikan laporan The Malaysian Insider bahawa beliau dan lapan rakan-rakannya mahu keluar dari Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berusaha menstabilkan politik negeri Terenganu.[3] [4]

Namanya pernah disebut-sebut menggantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar. Nama lain ialah Datuk Ahmad Said (Kijal); Adun Chukai, Datuk Mohamed Awang Tera.Dalam PRU12, BN memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu (DUN) selain mengekalkan tujuh kerusi Parlimen manakala satu kerusi Parlimen jatuh kepada PAS iaitu di Marang.[5] Selaku Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu, Rosol Wahid telah menghantar surat peringatan kepada Ahmad Said jika menerima watikah perlantikan sebagai Menteri Besar yang baru. Beliau dan 23 Adun lain menghantar memorandum menyokong Idris Jusoh kepada Sultan Terengganu di Istana Tetamu pada 24 Mac 2008.Namun rombongan Rosol tidak dibenarkan masuk ke Istana Tetamu Kuala Terengganu. [6]

Rosol Wahid menerima SMS ugutan bunuh daripada Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir. Turut menerima SMS itu ialah ADUN Paka, Mohd. Ariffin Abdullah; ADUN Permaisuri, Abd Halim Jusoh di E726, Kampung Kubang Parit antara 11.21 malam dan 11.25 malam, pada 13 April 2009. Kes itu dibicarakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 .Jika kesalahan, Ahmad Ramzi boleh dihukum maksimum penjara setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.[7]

Nasib tulisan jawi sunting

Pada 1 November 2007, Rosol menggesa Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengambil inisiatif bagi memperkasakan tulisan jawi. Jawi hendaklah dimasukkan dalam sukatan pelajaran dalam kalangan pelajar Melayu supaya tulisan jawi tidak hilang ditelan zaman.Setakat ini hanya Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang masih menggunakan tulisan jawi dalam buku terbitannya iaitu Al-Fikrah. Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan Terengganu, beliau kecewa kerana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah-sekolah agama di Terengganu dikenal pasti kurang mahir menulis serta membaca jawi. Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) hendaklah memberi penekanan serius terhadap perkara tersebut kerana tulisan jawi merupakan skrip budaya Melayu yang wajar terus dibudayakan.[8]

Pembatalan pembalakan di Hulu Terengganu sunting

Pada 26 April 2010, Rosol Wahid menjadi saksi kedua plaintif dalam kes pembatalan konsesi balak melalui Perjanjian Mengambil Hasil Hutan yang ditandatangani antara Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu) dengan kerajaan negeri Terengganu pada 2003.Akibatnya Riyapadu menanggung hutang RM8 juta dengan kontraktor dan pembeli kayu balak . Riyapadu juga rugi bayaran premium RM25 juta dan kehilangan keuntungan hampir RM1 bilion. Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) ketika itu, Datuk Awang Adek Hussin (kini Timbalan Menteri Kewangan) mengumumkan bahawa projek Empangan Hulu Terengganu 2 ditunda atau dibatalkan.Perbicaran itu berlangsung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Terengganu, Datuk Abd. Rahin Uda. Menteri Besar ketika itu ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (1999-2004).[9]

Banglo terbakar sunting

Pada 8 Ogos 2012, beberapa media melaporkan rumah banglo dua tingkat milik beliau di Kampung Baru 23, Hulu Terengganu hangus terbakar. Kerugian dianggarkan RM100,000 . Kejadian pukul 10.15 malam itu berlaku ketika beliau dan keluarganya sedang sembahyang tarawih di tempat lain.[10] Isterinya , To' Puan Halipah Ahmad.

Pada 2007, beliau pernah kemalangan jalan raya apabila kereta rasminya terlanggar tiang lampu di Sungai Rengas, Jalan Kuala Berang.[11]

Anugerah sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
  2. ^ UMNO Terengganu fail tiga petisyen
  3. ^ Najib wants fast resolution of MCA to avoid negative impact
  4. ^ Sembilan ADUN UMNO Terengganu nafi sertai PKR
  5. ^ Isu Idris: ADUN temui MPPR Terengganu
  6. ^ Akan dipecat sejurus angkat sumpah
  7. ^ Ahmad Ramzi dakwa SMS ugutan dilakukan musuh politik
  8. ^ Guru agama tidak kuasai jawi
  9. ^ Saksi: Projek bina empangan ditangguh
  10. ^ Banglo ADUN Ajil hangus
  11. ^ Exco Terengganu rempuh tiang lampu
  12. ^ "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 25 October 2018.

#invoke:Navbox with collapsible groups