Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2010

Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear 2010 diadakan di Pusat Konvensyen Walter E. Washington, Washington, D.C., Amerika Syarikat pada 12 dan 13 April 2010. Tujuannya bagi memupuk kerjasama sejagat dalam memerangi keganasan nuklear dan mengawal senjata nuklear daripada jatuh ke tangan pengganas.

Mesyuarat ini di atas undangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama.

Peserta sunting

Sidang kemuncak ini merupakan perhimpunan ketua negara terbesar dihoskan Presiden A.S. sejak UNCIO 1945.[1] Perwakilan daripada 46 kerajaan hadir, 38 daripadanya diwakili oleh ketua negara atau ketua kerajaan.[2] Perwakilan daripada Kesatuan Eropah, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga hadir.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membatalkan rancangannya untuk hadir ke sidang kemuncak kerana bimbang tuntutan agar Israel menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear.

Negara Wakil Jawatan
  Algeria Mourad Medelci Menteri Luar Algeria
  Argentina Cristina Fernández de Kirchner Presiden Argentina
  Armenia Serzh Sargsyan Presiden Armenia
  Australia John Faulkner Menteri Pertahanan
  Belgium Yves Leterme Perdana Menteri Belgium
  Brazil Luiz Inácio Lula da Silva Presiden Brazil
  Kanada Stephen Harper Perdana Menteri Kanada
  Chile Sebastián Piñera Presiden Chile
  China Hu Jintao Presiden Republik Rakyat China
  Republik Czech Jan Fischer Perdana Menteri Republik Czech
  Mesir Ahmed Aboul Gheit Menteri Luar Mesir
  Kesatuan Eropah Herman Van Rompuy Presiden Majlis Eropah
  Finland Tarja Halonen Presiden Finland
  Perancis Nicolas Sarkozy Presiden Perancis
  Georgia Mikheil Saakashvili Presiden Georgia
  Jerman Angela Merkel Canselor Jerman
  India Manmohan Singh Perdana Menteri India
  Indonesia Boediono Naib Presiden Indonesia
Templat:Country data IAEA Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Yukiya Amano Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
  Israel Dan Meridor Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perkhidmatan Risik Israel
  Itali Silvio Berlusconi Perdana Menteri Itali
  Jepun Yukio Hatoyama Perdana Menteri Jepun
  Jordan Abdullah II Raja Jordan
  Kazakhstan Nursultan Nazarbayev Presiden Kazakhstan
  Malaysia Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia
  Mexico Felipe Calderón Presiden Mexico
  Maghribi Abbas El Fassi Perdana Menteri Maghribi
  Belanda Jan Peter Balkenende Demissionary Perdana Menteri Belanda
  New Zealand John Key Perdana Menteri New Zealand
  Nigeria Goodluck Jonathan Pemangku Presiden Nigeria
  Norway Jens Stoltenberg Perdana Menteri Norway
  Pakistan Yousaf Raza Gillani Perdana Menteri Pakistan
  Filipina Gloria Macapagal-Arroyo Presiden Filipina
  Poland Radosław Sikorski Menteri Hal Ehwal Luar
  Rusia Dmitry Medvedev Presiden Rusia
  Arab Saudi Muqran bin Abdul Aziz Al Saud Presiden Risik Awam Arab Saudi
  Singapura Lee Hsien Loong Perdana Menteri Singapura
  Afrika Selatan Jacob Zuma Presiden Afrika Selatan
  Korea Selatan Lee Myung-bak Presiden Korea Selatan
  Sepanyol José Luis Rodríguez Zapatero Perdana Menteri Sepanyol
  Sweden Fredrik Reinfeldt Perdana Menteri Sweden
  Switzerland Doris Leuthard Presiden Kesatuan Swiss
  Thailand Trairong Suwankiri Timbalan Perdana Menteri Thailand
  Turki Recep Tayyip Erdoğan Perdana Menteri Turki
  Ukraine Viktor Yanukovych Presiden Ukraine
  Emiriah Arab Bersatu Mohammed bin Zayed Al Nahyan Putera Mahkota Abu Dhabi dan Timbalan Komandar Agung Tentera UAE
  United Kingdom David Miliband Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel
  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Ban Ki-moon Setiausaha Agung PBB
  Amerika Syarikat (tuan rumah) Barack Obama Presiden Amerika Syarikat
  Vietnam Nguyễn Tấn Dũng Perdana Menteri Vietnam

Penglibatan Malaysia sunting

Malaysia turut dijemput menghadiri sidang kemuncak ini dan diwakili oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden A.S. Barack Obama dan pemimpin perniagaan dan pengurus dana Amerika bagi memberikan taklimat mengenai Model Ekonomi Baru (MEB). Najib juga bertemu dengan Naib Presiden Joe Biden di Hotel Four Seasons bersama Datuk Seri Dr Rais Yatim. Kemudian bertemu dengan Timbalan Setiausaha Negara Amerika James Steinburg dan pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Howard Berman.[3]

Bacaan lanjut sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sanger, David; William J. Broad (11 April 2010). "Leaders Gather for Nuclear Talks as New Threat Is Seen". New York Times. Dicapai pada 12 April 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ Josh Rogin (10 April 2010). "White House Announces Nuclear Summit Attendees". Foreign Policy. Dicapai pada 12 April 2010. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  3. ^ Najib Tiba Di Washington Untuk Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear Bernama