Trans-Naning merupakan suatu ekspedisi pendakian yang melibatkan penerokaan tujuh buah gunung di kawasan penghujung selatan Banjaran Titiwangsa di daerah-daerah Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan, Malaysia. Secara keseluruhan, ekspedisi ini berjarak sekitar 21 kilometer, dari Gunung Datuk di utara hingga ke Gunung Tampin di selatan.[1] [2]

Latar belakang sunting

Etimologi sunting

Trans merupakan singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu transverse yang bermaksud merentas. Manakala Naning pula merujuk kepada sebuah kawasan yang kini merangkumi daerah-daerah Alor Gajah dan Jasin di Melaka, yang menyimpan banyak nilai sejarah tentang Melaka dan Negeri Sembilan. Ekspedisi ini dinamakan sedemikian kerana gunung-gunung di sepanjang laluan pendakian adalah sejajar dengan sempadan antara daerah-daerah Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan dan kawasan Naning.[perlu rujukan]

Gunung-gunung yang terlibat sunting

 
Gunung Datuk
 
Gunung Tampin

Laluan Trans-Naning menghubungkan tujuh buah gunung di penghujung selatan Banjaran Titiwangsa, iaitu banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Antara gunung-gunung yang diterokai sepanjang ekspedisi ini adalah Gunung Datuk, Gunung Rembau, Gunung Gagak, Puncak 701, Puncak 705 dan Gunung Tampin, yang terdiri dari dua puncak iaitu Tampin Utara dan Selatan.[3] Kelazimannya, ekspedisi ini bermula dari Batang Nyamor di Rembau. Sekiranya pendakian bermula dari Tampin, ia dikenali sebagai Trans-Naning Reverse.

Titik terendah di sepanjang laluan Trans-Naning berketinggian 199 meter dari aras laut di Kem Ultra.

Cabaran Trans-Naning Ultra NS sunting

Cabaran Trans-Naning Ultra NS merupakan acara sukan pendakian yang dibuat secara dwitahunan, di mana peserta-peserta akan berlumba mendaki sepanjang laluan Trans-Naning ini. Acara ini buat julung kalinya dilancarkan pada tahun 2022 dan merupakan salah satu produk pelancongan sukan Negeri Sembilan. Selain itu, ini juga selaras dengan usaha kerajaan negeri dalam membangunkan dan menaik taraf titik penghujung Banjaran Titiwangsa di Tampin.[4]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ https://www.checkpointspot.asia/event/transnaning-ultra-23
  2. ^ Nazura Ngah (24 Januari 2021). "Menjenguk Trans Naning di kala tengkujuh". Berita Harian.
  3. ^ "Trans Naning - Tampin, Negeri Sembilan". mchiker.blogspot.com. 16 Disember 2018.
  4. ^ HAMZAH, NOR AINNA (7 Ogos 2022). "Trans Naning NS Challenge 2022 tarik penyertaan lapan negara".