Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa sunting

Mengikut tempat sunting

Yunani sunting

  • Selepas kemenangan Pertempuran Arginusae terhadap tentera Sparta, armada Athens mengikut Lysander, laksamana Sparta yang dilantik semula, ke Hellespont. Armada Athens di bawah Laksamana Conon dimusnahkan oleh armada Sparta di bawah Lysander dalam Pertempuran Aegospotami di Laut Marmara dan Conon melarikan diri ke Cyprus.
  • Pausanias, raja Sparta, mengepung Athens semasa armada Lysander mengepung Piraeus. Tindakan ini menutup laluan biji-bijian melalui Hellespont dan dengan itu, mengakibatkan penduduk-penduduk Athens kebulur.
  • Semasa tentera Peloponnesus mengepung Athens, Theramenes cuba berunding dengan Lysander. Bagaimanapun, Lysander tiada ada di sana selama tiga bulan dan Athens mengalami kebuluran. Theramenes kemudian mengetuai sebuah perwakilan untuk merundingkan syarat-syarat penyerahan kalah dengan tentera Sparta.

Sicily sunting

  • Dionysius si Lebih Tua bangkit untuk berkuasa sebagai penzalim Sicily. Beliau mengikat perjanjian perdamaian dengan Hamilco, jeneral Carthage (yang angkatan tenteranya telah dilemahkan oleh wabak), dan mengubui Syracuse. Perjanjian ini membiarkan Carthage menguasai kebanyakan Sicily.
  • Dionysius si Lebih Tua memperkukuh dan memperluas kuasanya dengan tiada belas kasihan. Beliau membina tembok untuk memagari Syracuse serta mengubui Epipolae. Warganegara-warganegara Yunani di Naxos, Catana, dan Leontini disingkirkan daripada kota-kota mereka; banyak daripada mereka diabdikan dan rumah-rumah mereka diberikan kepada askar-askar upahan Sicily dan Itali. Dionysius menyediakan angkatan tenteranya untuk bertempur dengan Carthage yang kini menduduki bahagian barat dan selatan Sicily.

Mengikut topik sunting

Kesusasteraan sunting

Seni bina sunting

Kelahiran sunting

Kematian sunting