YB Tuan Abbas Salimi bin Che Azmi ialah seorang ahli politik dan aktivis Malaysia dari Parti Amanah Negara. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Zon 12 sejak 2018[1][2][3], yang merupakan kampung Melayu di kawasan tersebut.[4] Dalam parti politik, beliau dilantik sebagai Naib Ketua Pemuda IV Parti Amanah Negara sejak 2020[5]. Bagi menghadapi pilihan raya negeri Selangor 2023, beliau telah dicalonkan mewakili Pakatan Harapan di DUN Seri Serdang.[6]

YB Tuan

Abbas Azmi
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Seri Serdang
Memegang jawatan
2023
Didahului oleh Siti Mariah Mahmud
Majoriti10,752 (2023)
Pengarah Komunikasi AMANAH Selangor
Memegang jawatan
2024
Ketua AMANAH Puchong
Memegang jawatan
2024
Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya
Dalam jawatan
2018–2022
PemimpinYang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan
Kumpulan parlimenParti Amanah Negara
Butiran peribadi
Parti politik Parti Amanah Negara

Isu dan tengkarah sunting

Inisiatif atas kematian pegawai bomba, Adib Kassim sunting

Pada 2018, beliau mengusulkan penubuhan tabung khas untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim sebagai tanda solidariti kepada keluarga Allahyarham[2].

Kerjaya Politik sunting

Pilihan Raya Negeri Selangor 2023 sunting

Beliau telah dicalonkan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Seri Serdang di bawah Pakatan Harapan pada tahun 2023. Dalam pertempuran tiga penjuru tersebut, beliau berhadapan dengan calon baru dalam pilihan raya - Amir Hariri Abd Hadi daripada Muda dan Mohd Shukor Mustaffa daripada PN - Bersatu. Ketika bertanding, beliau menekankan bahawa kerajaan negeri telah menjalankan banyak program yang berkaitan dengan pemuda untuk membantu kesejahteraan mereka dan beliau berjanji untuk meneruskan program tersebut.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Minit Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Subang Jaya Bil. 07 Tahun 2018" (PDF). MPSJ. Dicapai pada 26 Julai 2023.
  2. ^ a b "MPSJ lancar tabung khas untuk Adib".
  3. ^ "Bantu Yazid". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2015-09-14. Dicapai pada 2023-07-25.
  4. ^ a b "State polls: Three-cornered fights for Seri Serdang, Seri Kembangan in Selangor". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-29.
  5. ^ HUSAIN, NURUL HUDA (2020-01-22). "Amanah pilih 14 Ketua Pemuda negeri". Sinar Harian. Dicapai pada 2023-07-26.
  6. ^ Jeevendran, Kasthuri (2023-07-23). "PRN: Amanah bertanding di 31 DUN". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-07-25.