Abdul Rahman bin Ayob (lahir 2 Disember 1964 di Johor Bahru, Johor) ialah seorang laksamana Malaysia yang berkhidmat sebagai Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-18.[1][2]

Yang Berbahagia Laksamana Tan Sri Datuk

Abdul Rahman Ayob

PSM PJN DPMS PGAT PSAT PGDK DPSM PAT JSM KAT KMN PJM PPS PPA
Panglima Tentera Laut TLDM ke-18
Memegang jawatan
27 Januari 2023
Didahului olehMohd Reza Mohd Sany
Butiran peribadi
Lahir (1964-12-02) 2 Disember 1964 (umur 59)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
PasanganPuan Sri Dr. Norinah binti Mustapha
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Malaysia
Perkhidmatan/
cawangan
Bendera tentera laut Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia
Tahun perkhidmatan1982–kini
Pangkat Laksamana

Kehidupan awal sunting

Abdul Rahman dilahirkan pada 2 Disember 1964 di Johor Bahru, Johor.

Kerjaya ketenteraan sunting

Abdul Rahman Ayob menyertai TLDM sebagai Pegawai Kadet pada 2 Julai 1982, dan ditauliahkan sebagai Leftenan Kecil pada 13 Jun 1984.

Antara jawatan yang pernah disandangnya sepanjang perkhidmatannya termasuklah Komander Angkatan Kapal Selam, Timbalan Ketua Misi bagi Pasukan Pemerhati Antarabangsa Mindanao, Komander Kawasan Tentera Laut 2, dan Komander Armada Timur sebelum dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut pada 2019.[3]

Abdul Rahman dilantik sebagai Panglima Tentera Laut pada 27 Januari 2023, berikutan persaraan pendahulunya Mohd Reza Mohd Sany. Beliau juga merupakan ahli kapal selam pertama yang dilantik sebagai Panglima Tentera Laut.[4]

Penghormatan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Abdul Rahman Ayob appointed new Navy chief". The Star. 27 January 2023.
  2. ^ "Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu" [Abdul Rahman appointed as new RMN Chief]. Astro Awani. 27 January 2023.
  3. ^ "Abdul Rahman appointed new navy deputy chief". Malaysiakini.
  4. ^ "Abdul Rahman is first submariner to become Navy chief". New Straits Times. 27 Januari 2023.
  5. ^ "Senarai Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2009" (PDF). www.istiadat.gov.my.
  6. ^ "Senarai Penerima Johan Setia Mahkota Tahun 2015" (PDF). www.istiadat.gov.my.
  7. ^ "Senarai Penerima Panglima Jasa Negara Tahun 2022" (PDF). www.istiadat.gov.my.
  8. ^ "Semakan Penerima Panglima Setia Mahkota Tahun 2023" (PDF).
  9. ^ 〈Berkhidmat tidak kurang dari 10 tahun〉
  10. ^ 〈Berkhidmat tidak kurang dari 18 tahun〉
  11. ^ 〈anugerah untuk perkhidmatan tentera Malaysia, tentera British dan Komanwel, pelayar dan ahli kapal terbang yang menyertai Darurat Malaya, Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan Darurat Malaya Kedua〉
  12. ^ "Zahid leads Malacca honours list". New Straits Times. 8 October 2015.
  13. ^ "Azam Jaya managing director heads list of Sabah award recipients". Malay Mail. 4 October 2019.
  14. ^ "DPMS 2019". awards.selangor.gov.my.