Buka menu utama

Abdullah Gül merupakan Presiden Republik Turki ke-11.

Abdullah Gül
Abdullah Gül 2011-06-07.jpg
Presiden Turki ke-11
Dalam jawatan
28 Ogos 2007 – 28 Ogos 2014
Perdana MenteriRecep Tayyip Erdoğan
Didahului olehAhmet Necdet Sezer
Digantikan olehRecep Tayyip Erdoğan
Perdana Menteri Turki ke-25
Dalam jawatan
18 November 2002 – 14 Mac 2003
PresidenAhmet Necdet Sezer
Perdana MenteriRecep Tayyip Erdoğan
Didahului olehBülent Ecevit
Digantikan olehRecep Tayyip Erdoğan
Butiran peribadi
Lahir (1949-10-29) 29 Oktober 1949 (umur 69)
Kayseri, Turki
Parti politikParti Kebajikan (sebelum 1997)
Parti Kebajikan Rakyat Turki (1997–2001)
Parti Pembangunan dan Keadilan (AKP) (2001–2007)
Bebas (2007–kini)
PasanganHayrünnisa Özyurt (1982–kini)
Anak-anakAhmet Münir
Kübra
Mehmet Emre
Alma materUniversiti Istanbul
Universiti Exeter
AgamaIslam Sunni (Hanafi)

Sebelum ini beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri bagi Republik Turki dan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdoğan telah memilih Gül sebagai calon presiden yang paling sesuai bagi Republik Turki.

Gül pernah dilihat sebagai boneka Amerika Syarikat bagi mereka yang pro-Kemalis. Beliau begitu rapat dengan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat yang sering dikritik oleh puak nasionalis.

Kehidupan awalSunting

Abdullah Gül lahir di Kayseri pada tarikh ulangtahun Hari Kebangsaan negara Turki ke-26 tahun, iaitu 29 Oktober 1949. Ayahnya Ahmet Hamdi (1926-2017), seorang imam berdarah kacukan campuran Turki dan Arab manakala ibunya, Adviye (1931-), berasal dari keluarga Islam konservatif.

Moyang sebelah ayahnya seorang berketurunan Arab, salah satu bangsa minoriti di negara Turki yang berhijrah dari Siirt ke Develi sekitar tahun 1915 dan Gül dipanggil juga dengan nama Cumhur, oleh ahli keluarganya.

PendidikanSunting

Abdullah Gül belajar di Universiti Istanbul, Turki dalam jurusan ekonomi. Dia kemudian belajar di United Kingdom iaitu di ibu negaranya, London dan juga salah satu daripada bandar pendidikan utama negara itu, Exeter.

Selepas tamat pengajiannya, beliau kemudian bekerja di Adapazarı dan menjadi pensyarah berpangkat profesor madya dalam bidang ekonomi di Universiti Sakarya.

Dari 1983 hingga 1991, dia bekerja dengan Bank Pembangunan Islam/Islamic Development Bank sebagai seorang ahli ekonomi.

Kemudian pada tahun 1991, Gül menjadi pensyarah di pengurusan antarabangsa. Semasa di universiti, beliau terlibat dalam gerakan Islamiah-nasionalis,"Milli Turk."

Calon Presiden Turki 2007Sunting

Parti Keadilan dan Pembangunan yang berkuasa di Turki selepas pilihan raya Turki 2007, telah mencalonkan kembali Menteri Luar Turki, Abdullah Gül untuk jawatan Presiden Turki.

Tindakan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Recep Tayyip Erdoğan ini akan menimbulkan kembali tentangan dari puak sekular dan tentera Turki yang begitu taksub dengan idea nasionalis Mustafa Kemal Atatürk.

Puak sekular tidak mahu Abdullah Gül menjadi Presiden Turki kerana beliau dilihat Islamik, pendirian yang bertentangan dengan sekular dan akan memundurkan semula negara bangsa dan masyarakat Turki.

Isterinya merupakan pemakai jilbab, pakaian Islam yang jelas dilarang di Turki.

Lihat jugaSunting