Laut Adriatik
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Laut Adria
Laut Adria ialah laut yang memisahkan Semenanjung Itali dengan Semenanjung Balkan, serta memisahkan sistem Pergunungan Appennino dari Alpen Dinarik dan kawasan pergunungan sekitarnya. Ia merupakan sebahagian dari Laut Rum.[2] Laut ini dinamakan sempena suatu petempatan utama diduduki orang-orang Illyria iaitu Adria di kawasan Veneto utara Semenanjung Itali.[3]
Laut Adria | |
---|---|
Lokasi | Eropah |
Koordinat | 43°N 15°E / 43°N 15°EKoordinat: 43°N 15°E / 43°N 15°E |
Jenis | Laut |
Aliran masuk utama | Adige, Bojana, Drin, Krka, Neretva, Po, Soča |
Aliran keluar utama | Laut Ionian |
Negara lembangan | Coastal: Albania, Itali, Croatia, Montenegro, Slovenia dan Bosnia-Herzegovina Non-coastal: Serbia,[1] Macedonia, Kosovo, Switzerland dan Perancis (lembangan saliran bagi sungai-sungai aliran masuk) |
Masa mastautin | 3.4±0.4 tahun |
Kemasinan | 38–39 PSU |
Pulau | Lebih 1300 |
Petempatan | Bari, Venezia, Trieste, Split, Pescara, Rimini, Rijeka, Durrës, Ancona, Zadar, Vlorë, Brindisi, Dubrovnik |
Pesisir barat Adria terangkum dalam wilayah kedaulatan Itali, sedangkan pesisir timur meliputi negara Croatia, Montenegro, Albania, Slovenia, serta Bosnia dan Herzegovina. Sungai-sungai utama yang bermuara di Adriatik ialah Sungai Reno, Sungai Po, Sungai Adige, Sungai Brenta, Sungai Piave, Sungai Soča, Sungai Zrmanja, Sungai Krka, Sungai Cetina, Sungai Neretva, serta Sungai Drin (Drini).
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Serbia: Introduction" (PDF) (ed. 4). Brandt Travel Guides Ltd. 2013. Dicapai pada 7 June 2015.
- ^ "Adriatic Sea" Tiscali Encyclopedia Research Machines, 2008.
- ^ Room 2006, m/s. 20.
- Sumber
- Room, Adrian (2006). Placenames of the world. McFarland & Company. ISBN 978-0-7864-2248-7.