Ahmad Kamil Jaafar

Tan Sri Dato' Ahmad Kamil Jaafar (27 Ogos 1937 – 3 April 2021) adalah Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Beliau diktiraf sebagai diplomat yang setanding dengan Tun Ghazali Shafie, Tan Sri Ajit Singh dan Tan Sri Razali Ismail.[1]

Pendidikan sunting

Ahmad Kamil bin Jaafar dilahirkan pada 27 Ogos 1937 di Kulim, Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (1946-1957) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Seterusnya di Universiti Malaya (1959-1962).

Kerjaya sunting

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar pada April 1989 hingga Ogos 1996 . Ahmad Kamil pernah bertugas sebagai duta ke Switzerland, China dan Jepun sebelum memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Luar.

Kerjaya beliau bermula sebagai Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD)(1962); Setiausaha Kedua dan Setiausaha yang kemudiannya Pertama di Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, Thailand (1963) ; Setiausaha Pertama di Kedutaan Malaysia di Republik Persekutuan Jerman (1967); Councellor di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura (1968) ; Ketua Pengarah ASEAN Setiausaha di Kementerian Luar Negeri dan Ketua-Pengarah ASEAN (1970); Timbalan Ketua Perwakilan Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York (1970) ; Menteri di Kedutaan Malaysia di Bangkok, Thailand (1975); Setiausaha, Bahagian Politik, Kementerian Luar Negeri (1976) ; Duta ke Republik Sosialis Vietnam, di Hanoi (1978) ; Duta ke Jepun ; Duta ke Switzerland, dan pada masa yang sama berkhidmat sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva (1980) dan terakhir sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negeri.

Beliau pernah pernah ditugaskan sebagai 'Diplomasi Konvensional'

NAM sunting

Pada 2003, Ahmad Kamil menjadi Utusan Khas Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Ke-13 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).Ssejak 47 tahun lalu, NAM berjaya mengimbangi hegemoni Amerika Syarikat. NAM mempunyai 116 ahli termasuk anggota baru, Timor Leste dan Saint Vincent and The Geradines , NAM merupakan pertubuhan kedua terbesar dari segi jumlah keanggotaan selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Keanggotaan Yugoslavia digantung atas usul Malaysia ketika sidang kemuncak NAM di Jakarta, Indonesia pada 1992. Alasan kukuh penggantungan itu adalah disebabkan kekejaman Yugoslavia terhadap rakyat Bosnia Herzegovina ketika krisis Balkan.

NAM begitu vokal menentang tindakan AS yang cuba menggulingkan pemimpin yang dipilih secara demokratik di Chile, Salvador Allende dan digantikan oleh Agusto Pinochet.NAM juga menentang AS yang cuba menyerang Iraq atas alasan tidak setuju dengan Presiden Saddam Hussein.

Suara NAM jelas memperjuangkan hak rakyat Palestin yang wilayah mereka diduduki oleh Israel.NAM bersama-sama dengan Pertubuhan Negara-Negara Komanwel menentang dasar aparteid di Afrika Selatan serta memperjuangkan kemerdekaan negara-negara yang masih dijajah.

Dalam isu perang saudara Kemboja dan penaklukan Vietnam terhadap negara itu, NAM juga telah berusaha dan terbukti bumi Angkor Wat itu dapat dibebaskan daripada kekejaman. Ketika itu, Ahmad Kamil, merupakan Timbalan Wakil Tetap Misi Malaysia ke PBB sebelum bertugas sebagai duta ke Thailand.[2]

Wakil Malaysia dihormati sunting

Apabila ada persidangan di peringkat wilayah atau antarabangsa, wakil-wakil dari Malaysia selalu diberi penghormatan untuk mempengerusi dan mengetuai perbincangan, berbagai-bagai jenis jawatankuasa kajian untuk pelbagai agensi antarabangsa. Penguasaan bahasa Inggeris para diplomat cukup baik dan terpuji berbanding sekarang 'tunggang langgang'. Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan Malaysia menggunakan pendekatan oleh American Peace Corps di Universiti Hawaii.Mereka menggunakan pendekatan 'Aural-Oral' kerana dalam masa 11 bulan sudah boleh menguasai bahasa asing.[3]

Pingat dan anugerah sunting

Beliau menerima Anugerah termasuk Kesatria Mangku Negara (KMN) (1975); Johan Mangku Negara (JMN)(1980), Dato 'Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) (1982), Dato Setia DiRaja Kedah (DSDK) (1988), Darjah Panglima Setia Diraja (JPA) (1989), Panglima Setia Mahkota (PSM) (1992), 'Perintah yang Maha Gajah Putih' dari Thailand, 'Cordon Grand Order of Rising Sun', Amirul ' Perintah Kebangsaan Merit '(1998) dan' Amirul Legion of Honour '(1999).[4]

Ahli perniagaan sunting

Selepas bersara, beliau menyertai bidang perniagaan. Beliau menjadi pengerusi EMrail, syarikat yang membina Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang Dan Ipoh.

Pameran koleksi lukisan sunting

Pada 30 Mac 2011, pameran koleksi lukisan milik bekas-bekas duta Malaysia telah dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara di Jalan Tun Abdul Razak. Koleksi tersebut milik Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar, Tan Sri Razali Ismail, Tan Sri Abdul Halim Ali, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak, Tan Sri Rastam Mohd Isa serta Tan Sri Hasmy Agam. Karya tempatan yang dipamerkan ialah lukisan Abdul Latiff Mohidin, Ahmad Zakii Anuar, Awang Damit Ahmad dan Hussein Enas.[5]


Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysia perlu diplomat berwibawa, disegani". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-28. Dicapai pada 2012-05-05.
  2. ^ "Suara NAM imbangi AS". Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-05-08. Dicapai pada 2012-05-05.
  3. ^ "Ubah pendekatan ajar bahasa Inggeris". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-11-14. Dicapai pada 2012-05-05.
  4. ^ "Tan Sri Datuk Ahmad Kamil Bin Jaafar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-22. Dicapai pada 2012-05-05.
  5. ^ "BALAI SENI LUKIS NEGARA PAMER LUKISAN KOLEKSI BEKAS DUTA MALAYSIA". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2012-05-05.