Kolej Melayu Kuala Kangsar

(Dilencongkan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar)

Kolej Melayu Kuala Kangsar (Inggeris: The Malay College Kuala Kangsar, juga diringkaskan kepada Malay College atau MCKK) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier dimasukkan lelaki Melayu di Bandar DiRaja Kuala Kangsar, Perak. Ia juga disebut sebagai “Kolej Eton Timur”.

Kolej Melayu Kuala Kangsar
Lokasi
Jalan Tun Abdul Razak, 33000, Kuala Kangsar, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster, Sekolah Menengah
MotoFiat Sapientia Virtus
(Kebijaksanaan Mutu Manusia.)
Ditubuhkan2 Januari 1905
PengasasSultan Idris (Perak)

Sultan Sulaiman (Selangor) Sultan Ahmad (Pahang)

Yang di-Pertuan Besar Mohd Shah (Negeri Sembilan)
Nombor sekolah605-7761400
Kod sekolahAEB4074
Pengerusi PIBGDr. Jafri Malin
PengetuaMohd. Shahadan bin Abdul Rahman
GPK Pentadbiran dan AkademikKhainuri Bin Hanafiah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTiada
Penolong Kanan KokurikulumRabiatul Adawiah binti Pathil
Faks605-7764500
Map

Kolej Melayu Kuala Kangsar telah dianugerahkan anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sejak 2010, sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, iaitu anugerah yang diberikan kepada sekolah Malaysia yang cemerlang. Sekolah ini telah dipilih sebagai International Baccalaureate (IB) World School sejak 2011 dan Middle Years Programme. Kolej Melayu Kuala Kangsar menawarkan kurikulum nasional (SPM) sambil melaksanakan standard kurikulum IB. MCKK juga merupakan ahli organisasi antarabangsa sekolah menengah terbaik dalam dunia yang diketuai oleh Raffles Institution of Singapore. Kira-kira 10% pelajar sekarang adalah dengan biasiswa awam & swasta seperti Bank Negara Malaysia, Telekom Malaysia, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan lain-lain.

Sekolah ini merupakan salah satu sekolah daripada dua Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia yang dibawah naungan raja-raja Melayu.

Sejarah sunting

Ditubuhkan pada 1905 oleh pihak British atas cadangan daripada R.J. Wilkinson, pegawai pendidikan jajahan pada masa itu. Cadangan itu disokong sepenuhnya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I (1886—1916).

Pada awalnya, penubuhan sekolah ini ialah untuk mendidik dan melatih golongan elit Melayu yang terdiri daripada kerabat diraja. Anak lelaki kelahiran kebanyakan sukar untuk mendapat tempat di sekolah ini. Selepas kebangkitan nasionalisme orang Melayu pada sekitar tahun 1947, syarat kemasukan ke sekolah ini dilonggarkan dan semakin ramai anak-anak orang kebanyakan dapat peluang untuk menuntut di sini. Kini anak Melayu terpilih berpeluang mengikuti pembelajaran peringkat menengah di sekolah ini.

 
Lencana besi asal.

Infrastruktur sunting

Bangunan overfloor (dibina pada 1909 oleh A.B. Hubback[1]) adalah binaan yang menjadi identiti sekolah ini, bercirikan senibina kacukan Yunani-Rumi, berhadapan padang ragbi, merupakan asrama bagi pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 (dan juga tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan. Bangunan Prep School (dibina pada 1913) yang menempatkan pelajar tingkatan 1, terletak di selatan kampus, adalah lebih kecil daripada bangunan Overfloor, mengekalkan senibina Yunani-Rumi, tetapi dengan ciri-ciri yang berbeza.

Sukan sunting

Terdapat tiga padang sukan utama di sekolah ini; padang di hadapan Asrama Besar ( Big School ) yang digunakan untuk ragbi, bola sepak dan kriket, padang hoki berhadapan Asrama Baru atau lebih dikenali sebagai New Hostel dan padang serbaguna di Blok Pentadbiran. Terdapat juga Padang-C yang terletak dihadapan asrama Pavilion.

Selain itu, terdapat 2 gelanggang bola keranjang di belakang Big School dan 1 gelanggang bola keranjang di hadapan blok kelas tingkatan 1 & 2.

Sekolah ini mempunyai sukan lain seperti Squash, Badminton, Tennis dan Memanah yang mempunyai tempat khas masing-masing.

Alumni sunting

Persatuan alumni Kolej Melayu Kuala Kangsar dikenali sebagai Malay College Old Boys' Association (MCOBA) atau "Persatuan Murid Tua Kolej Melayu Kuala Kangsar", ditubuhkan pada tahun 1929. Persatuan ini memperjuangkan hak bekas-bekas pelajar untuk mendapat tempat di dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. Kebanyakkan bekas pelajar sekolah yang berpangkat tinggi di dalam syarikat-syarikat kerajaan dan di dalam kabinet mempamerkan mutu tugasan yang sederhana.

Antara bekas pelajar yang ternama adalah seperti:

Tradisi sunting

Sebagai sekolah yang mempunyai sejarah yang lama, pelbagai tradisi tersendiri masih dipelihara oleh pelajar semasa serta alumni. Pada perlawanan sukan utama, setiap pelajar akan turun ke padang dan bersorak serta menyanyikan lagu-lagu sorakan dengan unison.

Murid tua Kolej Melayu mengekalkan tradisi memakai tali leher sekolah pada setiap hari Rabu. Perjumpaan murid-murid tua, Hujung Minggu Murid Tua (Old Boys Weekend) juga dilangsungkan setiap tahun di kampus selama tiga hari, dimana mereka akan bertanding dalam pelbagai acara sukan. Perlawanan ragbi antara murid tua dan pelajar semasa menjadi tarikan utama perjumpaan ini. Selain daripada ini, MCOBA juga mengadakan majlis makan tahunan untuk murid-murid tua yang biasanya dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Senarai Pengetua sunting

  • 1905—1918: William Hargreaves
  • 1918—1919: J.O. May
  • 1919—1923: L.A.S. Jermyn
  • 1923—1938: C. Bazell
  • 1938—1949: H.R. Carey
  • 1949—1953: K.D. Luke
  • 1953—1958: J.D.R. Howell
  • 1958—1959: P.G. Haig
  • 1959—1965: N.J. Ryan
  • 1965—1969: Abdul Aziz Ismail
  • 1970—1971: Syed Abu Bakar Barakbah
  • 1971—1972: Mohd. Ghazali Hj. Hanafiah
  • 1973—1975: Nordin Nasir
  • 1975—1977: Abdul Rahman Mohd. Ali
  • 1977—1982: Wan Abdul Aziz Wan Hamzah
  • 1982—1983: Syed Alwi Syed Aljunid
  • 1983—1987: Zainal Abidin Hj. Ahmad
  • 1988—1992: Rashdi Ramlan
  • 1992—1995: Hj. Hassan Hashim
  • 1995—1999: Hj. Baharom Kamari
  • 1999—2003: Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom
  • 2004—2010: Dato' Mohd. Rauhi Mohd. Isa
  • 2010—2019: En. Anand bin Baharuddin
  • 2020—Kini  : En. Mohd. Shahadan bin Abd Rahman

Alamat sunting

Kolej Melayu Kuala Kangsar
Jalan Tun Abdul Razak
33000, Kuala Kangsar
Negeri Perak, Malaysia
Telefon : 605-7761400
Fax : 605-7764500

Rujukan sunting

  1. ^ Speechley, Soon-Tzu (2023). Malayan Classicism: From the Architecture of Empire to Asian Vernacular. Bloomsbury. m/s. 34. ISBN 135036035X.

Pautan luar sunting

Koordinat: 4°46′34″N 100°56′19″E / 4.775981°N 100.938600°E / 4.775981; 100.938600