Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (Menggantikan PMR mulai tahun 2014). Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.
Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri.
SejarahSunting
SBP PremierSunting
Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu daripada kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).[1]
Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ia “hanya menghasilkan petani dan nelayan Melayu yang lebih baik”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.
Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:
1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956
2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963
5. Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) - 1963
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968
Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Semua 9 SBP tersebut telah dibina sebelum kewujudan SBP baru seperti Sekolah Menengah Sains(SMS), SBPI dan SMAP. Oleh itu, 9 SBP tersebut dikenali sebagai SBP terawal ataupun SBP Premier. Semua SBP Premier mengambil pelajar Tingkatan 1-5 kecuali KISAS yang hanya mempunyai Tingkatan 4,5 dan 6.
SBP Premier (tambahan)Sunting
Pada tahun 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) telah diiktiraf sebagai SBP Premier dan ini diikuti oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) pada tahun 2013.
Sekolah Menengah Sains (SMS)Sunting
Konsep Sekolah Menengah Sains (SMS) mula ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.”
Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-
1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SEMOJI) (1973)
2. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK) (1973)
3. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) (1973)
4. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) (1973)
5. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) (1973)
6. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) (1973)
7. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (FARISPETRA) (1973)
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SYEDPUTRA) (1974)
9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ) (1974)
10. Sekolah Menengah Sains Johor (SCORE) (1975)
Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Pada tahun 2003, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Sains Perempuan Serembuan mula beroperasi di premis lama Kolej Tunku Kurshiah yang berpindah ke Bandar Enstek
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)Sunting
Konsep Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) mula ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. SMAP Labu merupakan SMAP pertama yang telah ditubuhkan pada tahun 1982.
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)Sunting
Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula ditubuhkan pada tahun 2002. Pada tahun 2002, 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal. 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 dan sebuah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004.
Peruntukan SBP baruSunting
Bagi peruntukan SBP baru, terdapat peruntukan pembinaan SBP baru di bawah RMK-11 dan Bajet 2015. Di bawah Bajet 2015, sebanyak 2 SBP baru yang bakal dibina, manakala di bawah RMK-11, beberapa buah SBP akan dibina, seperti di Keningau, Sabah dan Manjung, Perak. Ini tidak termasuk pembinaan sekolah berasrama penuh agama yang bakal dibina di Perlis.
Bilangan SBPSunting
Sehingga kini, bilangan SBP di seluruh negara adalah sebanyak 69 buah sekolah.
Pecahan SBP adalah seperti berikut:
- 11 SBP Premier (Zon Utara-MCKK,STAR,SMSAH; Zon Tengah-SAS,SSP,KISAS; Zon Selatan-SDAR,TKC,STF,Zon Timur-SMSTMFP,SESMA)
- 43 Sekolah Menengah Sains (SMS), ( tidak termasuk SMSTMFP dan SESMA),(termasuk SHAH,Pekan)
- 12 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), (termasuk SMSSI/ISKANDAR)
- 3 Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
Kemasukan pelajar ke SBPSunting
Mulai 2016, semua SBP kecuali KISAS mengambil pelajar Tingkatan 1 dan kesemua SBP tersebut mempunyai pelajar Tingkatan 1-5. SMAP Labu mengambil pelajar Tingkatan 6 dan mempunyai pelajar Tingkatan 1-6. KISAS hanya mengambil pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 dan KISAS hanya mempunyai pelajar Tingkatan 4-6. 2 SBP mengambil pelajar IB Diploma. 2 SBP tersebut adalah MCKK dan TKC.
Pelajar yang memohon ke Tingkatan 1 boleh memilih mana-mana 68 SBP kecuali KISAS.
Pelajar yang memohon ke Tingkatan 4 boleh memilih kesemua 69 SBP.
Aliran SBP (Menengah Rendah, Menengah Atas dan Pra-Universiti)Sunting
Menengah RendahSunting
Bagi tingkatan1-3, terdapat aliran Sains atau Sains Agama.
Aliran Sains Agama ditawarkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan(SMAP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi(SBPI) termasuklah SMSSI.
Aliran Sains ditawarkan di Sekolah Menengah Sains(SMS) dan SBP Premier(MCKK,STAR,SAS,SDAR,TKC,STF,SSP,SMSAH,SMSTMFP,SESMA).
- Sains Agama- SMAP, SBPI(termasuk SMSSI)
- Sains- SMS, SBP Premier(kecuali KISAS)
Menengah AtasSunting
Bagi tingkatan 4-5, terdapat aliran Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Sosial, Sains Tulen Agama, dan Agama Ikhtisas.
Sekolah Menengah Sains(SMS) menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknikal(SMS tertentu) dan Sains Sosial(SGS).
SBPI(termasuk SMSSI) menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknikal dan Sains Tulen Agama.
SMAP menawarkan aliran Sains Tulen Agama.
KISAS menawarkan aliran Sains Tulen Agama dan Agama Ikhtisas.
SBP Premier menawarkan aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal(SMSAH)
- Sains Tulen- SBP Premier, SMS, SBPI
- Sains Teknikal-SBP Premier(SMSAH), SMS tertentu,SBPI
- Sains Tulen Agama-SMAP, KISAS, SBPI
- Sains Sosial-SGS, SHAH Pekan
- Agama Ikhtisas-KISAS
Pra-UniversitiSunting
Terdapat 2 SBP yang mengambil pelajar Tingkatan 6 bagi aliran STPM atau STAM iaitu, KISAS dan SMAP Labu.
Selain itu, terdapat 3 SBP yang menawarkan program IB Diploma bagi pelajar lepasan SPM, iaitu MCKK, TKC dan RMC.
- STPM-KISAS, SMAP LABU
- STAM- KISAS
- IB Diploma- MCKK, TKC, RMC
Kurikulum antarabangsaSunting
IB Middle Year ProgrammeSunting
MCKK,TKC dan SMSTMFP juga dipilih sebagai 10 buah sekolah perintis KPM bagi menjalankan program IB Middle Year Programme yang dijadualkan mendapat pengiktirafan menjelang tahun 2016.
Trivia dan Fakta Ringkas SBPSunting
Fakta ringkas SBP adalah seperti berikut:
- 1 SBP mempunyai pelajar Menengah Atas sahaja.
- 2 SBP mempunyai pelajar Tingkatan 6 (SMAP Labu dan KISAS)
- 6 SBP adalah "all boys school" iaitu MCKK, ASIS, SAS, SASER, SDAR , STAR manakala 6 SBP iaitu TKC, STF, SGS, SSP, SASERI adalah "all girls school".
- SBPI hanya menawarkan aliran agama bagi menengah rendah, tetapi menawarkan aliran sains tulen, aliran sains teknikal dan aliran sains tulen agama bagi menengah atas. Oleh itu, pelajar yang tidak mengambil Bahasa Arab sewaktu PT3 boleh memasuki SBPI di Tingkatan 4 dalam bidang sains tulen atau sains teknikal
- SBP yang mempunyai jumlah pelajar satu batch terbesar adalah SAMURA dengan lebih 300 pelajar Tingkatan 4 diterima masuk setiap tahun. Terdapat 13 kelas (Arif, Azam, Bijak, Cerdik, Cekal, Cekap, Cerdas, Dinamik, Gigih, Maju, Jaya, Teguh dan Tegas) bagi setiap batch di SAMURA.
- SEMSAS dan SHAH Pekan adalah 2 SBP yang berbeza di 2 bandar (Pekan dan Kuantan) walaupun mempunyai nama sekolah yang hampir sama.
- SMSSI adalah sebuah SBPI walaupun mempunyai nama Sekolah Menengah Sains kerana mendapat titah perintah Sultan Johor untuk pertukaran nama sekolah
- Wind Orchestra hanya terdapat di SBP tertentu sahaja, iaitu di SMS tertentu dan SBP Premier (kecuali KISAS)
- Pilihan bahasa antarabangsa bergantung di SBP tertentu.(Arab, Mandarin, Jepun, Jerman, Perancis, Korea). Ia hanya melibatkan pengambilan pelajar Tingkatan 1 sahaja.
- Ensembel tradisional seperti gamelan dan caklempong juga hanya terdapat di beberapa SBP tertentu, gamelan di TKC, STF, SAS, SMSAH, SESMA, BASIS, SGS, INTEGOMB, INTEK, SBPIS, InSTAR, GUAMSS, SAHUT, SAKBA, SAKTI, KUSESS, SAMURA, MOZAC, SAINA, SEMESRA, SMSS, SMSSI, SMSTMFP, caklempong di SASER, SDAR, STJ, SGS, SSP, KUPSIS, ASIS, SEPINTAR, IGOP, INTESABER, KUPSIS, dan SAIS.
- SHAH Pekan merupakan SBP dan sekolah yang terbesar di Malaysia. SHAH Pekan pernah direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara.
- MCKK merupakan satu-satunya SBP yang mempunyai kolam renang.
- SAS merupakan sekolah yang termahal di SBP
- STAR merupakan sekolah yang mempunyai padang terbesar di Malaysia.
- TKC merupakan satu-satunya SBP yang mempunyai arena sukan dan olahraga bertaraf antarabangsa mengikuti piawaian IAAF - International Association of Athletics Federations yang dinamakan Tunku Arishah Sports Arena (TASA)
- MCKK, SSP, STF, STAR dan SAS merupakan satu-satunya SBP yang mempunyai Pasukan Pancaragam seperti Malay College Wind Orchestra, Seri Puteri Winds, Tun Fatimah Brass Band dan STAR Wind Orchestra yang berjaya mencipta nama di peringkat antarabangsa seperti di Singapura, Australia (Sydney), Austria (Vienna), Amerika Syarikat (New York, Los Angeles), Belanda (Amsterdam) bagi SSP, Australia, Singapura dan Indonesia bagi STF dan Hong Kong bagi SAS.
SBP Tahfiz Model Ulul AlbabSunting
Pada tahun 2014, SMAP Bentong telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab. Bagi SBP tersebut, ia menyasarkan para pelajar untuk menjadi hafiz dalam tempoh 5 tahun persekolahan. Ini diikuti oleh SBPI Rawang pada tahun 2015 dan SBPI Batu Rakit pada tahun 2016.
- SMAP Bentong
- SBPI Rawang
- SBPI Batu Rakit
- SBPI Selandar
Falsafah SBPSunting
Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.
Matlamat SBPSunting
- Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
- Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
- Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
- Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SBP.
- Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
- Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
- Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana.
- Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan 2020.
Senarai SBPSunting
Bil | Sekolah berasrama penuh | SBT/SKK | Tingkatan | Singkatan | Zon | Tahun ditubuhkan | Moto | Laman web rasmi sekolah |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Sekolah Tuanku Abdul Rahman | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | STAR | Utara | 1957 | Ilmu Panduan Hidup | [1] |
2 | Kolej Melayu Kuala Kangsar (The Malay College Kuala Kangsar) | SBT-SKK | Tingkatan 1-5,IB MYP,IB Diploma | MCKK | Utara | 1905 | Fiat Sapientia Virtus (Kebijaksanaan Mutu Manusia) | [2] |
3 | Kolej Tunku Kurshiah | SBT-SKK | Tingkatan 1-5,IB MYP, IB Diploma | KTK, TKC | Selatan | 1947 | Rajin dan Usaha, Tangga Kemajuan | [3] Diarkibkan 2013-06-03 di Wayback Machine |
4 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Batu Rakit | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SBPIBR, BRaInS | Timur | 2003 | Berilmu, Berakhlak, Berkualiti | [4] |
5 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak | SBT | Tingkatan 1-5 | SBPIGBK, INTEGOMB | Tengah | 2003 | Benar, Tepat, Efektif | [5] |
6 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SBPIGPG, I-GOP | Utara | 2003 | Ilmu, Amal, Iman | [6] |
7 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SBPIJ, INTEJ | Selatan | 2002 | Ilmu Memantapkan Iman | [7] |
8 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SBPIK, INTEK | Timur | 2003 | Membentuk Generasi Pemimpin | [8] |
9 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu | SBT | Tingkatan 1-5 | SBPIKP, I-KUPS | Utara | 2004 | Cemerlang, Gemilang, Terbilang | [9] |
10 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SBPIR, SEPINTAR | Tengah | 2002 | Sumber Penjana Muslim Bestari | [10] |
11 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam | SKK | Tingkatan 1-5 | SBPISB, INTESABER | Tengah | 2002 | Ilmu, Iman, Istiqamah | [11] |
12 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar | SBT | Tingkatan 1-5 | SBPIS, SISMe | Selatan | 2003 | Cemerlang, Berwawasan | [12] |
13 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh | SKK | Tingkatan 1-5 | SBPIT, InSofT | Timur | 2002 | Ilmu, Iman, Amal | [13] |
14 | Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak | SBT | Tingkatan 1-5 | SBPITAR, InSTAR | Timur | 2003 | Beyond Success | [14] |
15 | Sekolah Dato' Abdul Razak | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SDAR | Selatan | 1956 | Berilmu untuk Berjasa | [15] |
16 | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong | Tingkatan 1-5 | SUPERB | Timur | 2013 | Melangkaui Kecemerlangan | [16] | |
17 | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMAPK | Tengah | 1989 | Ilmu, Iman, Amal | [17] |
18 | Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu | SBT-SKK | Tingkatan 1-6 | SMAPL | Selatan | 1982 | Ilmu, Iman, Amal | [18] |
19 | Sekolah Menengah Sains Alam Shah | SBT | Tingkatan 1-5 | SMSAS, ASiS | Tengah | 2003 | Kreatif, Inovatif, Produktif | [19] |
20 | Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh | Tingkatan 1-5 | SABDA | Utara | 2009 | Unggul Terbilang | [20] | |
21 | Sekolah Menengah Sains Banting | Tingkatan 1-5 | BASiS | Tengah | 2012 | Berilmu, Beramal, Berbakti | [21][22] | |
22 | Sekolah Menengah Sains Batu Pahat | Tingkatan 1-5 | SEHEBAT | Selatan | 2012 | Integriti, Kredibiliti, Inovatif | [23] | |
23 | Sekolah Menengah Sains Dungun | SKK | Tingkatan 1-5 | SEMESDI | Timur | 1982 | Berilmu, Berdisiplin, Berbakti | [24] |
24 | Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SEMASHUR | Tengah | 2000 | Usaha, Amal, Bakti | [25] |
25 | Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu | SKK | Tingkatan 1-5 | SAHUT | Timur | 2011 | Menjana Kecemerlangan Jati Diri | |
26 | Sekolah Menengah Sains Jeli | Tingkatan 1-5 | JeSS | Timur | 2013 | Ilmu, Amal, Taqwa | [26] | |
27 | Sekolah Menengah Sains Johor | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMSJ | Selatan | 1973 | Budi, Karya, Bakti, Ikhlas | [27] |
28 | Sekolah Menengah Sains Kepala Batas | SBT | Tingkatan 1-5 | SMSKB, KEBSES, SAKBA | Utara | 2009 | Kualiti Pemangkin Kecemerlangan | [http://www.smskb.edu.my/ |
29 | Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SAKTI | Selatan | 1996 | Ilmu, Bakti, Kualiti | [28] |
30 | Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor | SBT | Tingkatan 1-5 | KUSESS | Tengah | 1996 | Berilmu, Beramal, Berbakti | [29] |
31 | Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu | SKK | Tingkatan 1-5 | SESTER | Timur | 2000 | Menjana Kecemerlangan Jati Diri | |
32 | Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu | SBT | Tingkatan 1-5 | SMSKP , KUPSIS | Utara | 2009 | Sukses, Kreatif, Produktif | [30] |
33 | Sekolah Menengah Sains Kuching | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SAINSKU | SQL | 1994 | Berilmu, Berwawasan | [31] |
34 | Sekolah Menengah Sains Kuching Utara | SBTs | Tingkatan 1-5 | SAKURA | SQL | 2013 | Ilmu, Integriti, Iltizam | |
35 | Sekolah Menengah Sains Labuan | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMSL, SMEXCEL | SQL | 1985 | Usaha, Jaya, Bakti | [32] |
36 | Sekolah Menengah Sains Lahad Datu | SBT | Tingkatan 1-5 | SMSLD, SEMSALD | SQL | 1988 | Berilmu, Bersatu, Terus Maju | [33] |
37 | Sekolah Menengah Sains Machang | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMACH | Timur | 1983 | Berilmu, Berusaha, Berbakti | [34] |
38 | Sekolah Menengah Sains Miri | SBT | Tingkatan 1-5 | SMSM, SAINSRI | SQL | 1990 | Berusaha, Berilmu, Beramal | [35] |
39 | Sekolah Menengah Sains Muar | SBT | Tingkatan 1-5 | SAMURA | Selatan | 1983 | Berilmu, Berbakti | [36] |
40 | Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMSMS, MOZAC | Selatan | 1973 | Bersikap Membina | [37] |
41 | Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh | SKK | Tingkatan 1-5 | SMSPP, SCIPP | Timur | 1998 | Ilmu, Amal, Gemilang | [38] |
42 | Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban | Tingkatan 1-5 | SGS | Selatan | 2014 | Modal Insan Aspirasi Negara | [39] | |
43 | Sekolah Menengah Sains Pokok Sena | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMSPS, SAINA | Utara | 1995 | Berilmu, Beramal, Bertaqwa | [40] |
44 | Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SERATAS | Utara | 1982 | Berdisiplin, Berilmu, Berbakti | [41] |
45 | Sekolah Menengah Sains Rembau | SBT | Tingkatan 1-5 | SEMESRA | Selatan | 2009 | Tekun, Bersatu, Berjaya, Terbilang | [42] |
46 | Sekolah Menengah Sains Sabah | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMESH | SQL | 1984 | Teguh, Setia, Budi | [43] |
47 | Sekolah Menengah Sains Selangor | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMSS | Tengah | 1973 | Budi, Usaha, Bakti | [44] |
48 | Sekolah Menengah Sains Sembrong | Tingkatan 1-5 | SASEM | Selatan | 2011 | Ihsan, Ilmu, Khalifah | [45] | |
49 | Sekolah Menengah Sains Seri Puteri | SBT | Tingkatan 1-5 | SESERI | Tengah | 2003 | Proaktif, Inovatif, Efektif | [46] |
50 | Sekolah Menengah Sains Setiu | Tingkatan 1-5 | SAIS | Timur | 2011 | Ilmu, Sahsiah, Gemilang | [47] | |
51 | Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SEMSAS | Timur | 1973 | Hidup Berjasa | [48] |
52 | Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar | SKK | Tingkatan 1-5 | SMSSI, ISKANDAR | Selatan | 2003 | Sepakat, Bestari, Progresif, Inovatif | [49] |
53 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SESMA | Timur | 1973 | Disiplin, Kualiti, Dedikasi | [50] |
54 | Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SMSSMJ, SMadJiwa | Utara | 1973 | Berilmu dan Berbudi | [51] |
55 | Sekolah Menengah Sains Tapah | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SESTA | Utara | 2010 | Berilmu, Bertakwa | [52] |
56 | Sekolah Menengah Sains Teluk Intan | SKK | Tingkatan 1-5 | SEMESTI | Utara | 1984 | Ilmu Teras Hidup | [53] |
57 | Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub | SBT | Tingkatan 1-5 | SEMESTA | Timur | 1983 | Ilmu, Amal, Budi | [54] |
58 | Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra | SBT-SKK | Tingkatan 1-5,IB MYP | SMSTMFP | Timur | 1973 | Sains Asas Kemajuan | [55] |
59 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | STJ | Selatan | 1973 | Maju Sempurna | [56] |
60 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir | SBT | Tingkatan 1-5 | SASER | Selatan | 2002 | Berilmu, Beriman, Berbakti | [57] |
61 | Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SYED
PUTRA |
Utara | 1973 | Tekun, Usaha, Jaya | |
62 | Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin | SBT | Tingkatan 1-5 | SMSTSSS, SOKSEK, TUNASS | Utara | 1973 | Ilmu Asas Kemajuan | [58] |
63 | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim | SBT | Tingkatan 1-5 | SMSAH | Utara | 1963 | Belajar dan Berbakti | [59] |
64 | Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SHAH Pekan | Timur | 1989 | Ilmu, Amal, Budi | [60] |
65 | Sekolah Seri Puteri | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SSP | Tengah | 1968 | Ilmu, Usaha, Jaya | [61] |
66 | Sekolah Sultan Alam Shah | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | SAS, SSAS | Tengah | 1963 | Chita, Usaha, Jaya | [62] |
67 | Kolej Islam Sultan Alam Shah | SBT-SKK | Tingkatan 4-6 | KISAS, SASIC | Tengah | 1955 | Bersama Merangkul Keunggulan | [[63]] |
68 | Sekolah Tun Fatimah | SBT-SKK | Tingkatan 1-5 | STF | Selatan | 1956 | Berusaha Tangga Kejayaan | [64] |
69 | Sekolah Menengah Sains Gua Musang | Tingkatan 1-5 | GUAMS | Timur | 2015 | |||
70 | Akademi Sains Pendang | Utara | 2021 |
Syarat pemilihanSunting
Kemasukan Tingkatan 1Sunting
- Murid mestilah warganegara Malaysia;
- Murid Sekolah Kebangsaan;
- Murid mencapai 3A 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh dipertimbangkan ke SBP iaitu :
- murid mencapai sekurang-kurangnya 3A 3B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
- murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar) mendapat sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR dan
- Aktif dalam kokurikulum.
- Sekiranya murid dari golongan B40, perlu mendapat sekurang-sekurangnya 5C di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) mengikut kuota yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2019.
Kemasukan Tingkatan 4Sunting
- Murid mestilah warganegara Malaysia;
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
- Kelayakan akademik keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti berikut :-
- Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga
- Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
- Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain
- Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan
- Aktif dalam kokurikulum.
Senarai subjek bagi aliran Tingkatan 4 dan 5Sunting
Aliran | Pakej Mata Pelajaran |
Sains Tulen | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, |
Sains Tulen (Agama ) | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pend. Syariah Islamiah |
Agama | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains,Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah, Prinsip Perakaunan, |
Sains Teknikal | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, |
Sains Sosial | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains Sejarah, Pend. Islam, Prinsip Perakaunan, Ekonomi, Matematik Tambahan |
Senarai subjek bagi aliran Tingkatan 1,2 dan 3Sunting
Aliran | Pakej Mata Pelajaran |
Sains | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Sains Komputer, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin/Korea) |
Agama | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Reka Bentuk dan Teknologi, Asas Sains Komputer, Pendidikan Islam,Bahasa Arab, Bahasa Antarabangsa (Jepun/Jerman/Perancis/Mandarin/Korea) |
Ulul Albab | Aliran Agama+ Hifz Al Quran dan Maharat Al- Quran |
SBP Menengah Atas, SBP semua lelaki, SBP semua perempuanSunting
SBP Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5 sahaja):
- KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah)
SBP semua lelaki:
- MCKK (Malay College Kuala Kangsar)
- STAR (Sekolah Tuanku Abdul Rahman)
- SDAR (Sekolah Dato Abdul Razak)
- SAS (Sekolah Sultan Alam Shah)
- SASER (Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir)
- ASIS (Sekolah Menengah Sains Alam Shah)
SBP semua perempuan:
- TKC (Kolej Tunku Kurshiah)
- STF (Sekolah Tun Fatimah)
- SSP (Sekolah Seri Puteri)
- SciPP (Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh)
- SESERI (Sekolah Menengah Sains Seri Puteri)
- SGS (Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani)
Sekolah Terbaik SPMSunting
Tahun | Sekolah KPM | GPS | MRSM | GPS | Sekolah Swasta | GPS |
---|---|---|---|---|---|---|
2001 | Sekolah Sultan Alam Shah | 2.09 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.80 | Kolej Yayasan Saad | 2.04 |
2002 | Sekolah Sultan Alam Shah | MRSM Langkawi | ||||
2003 | Kolej Tunku Kurshiah | MRSM Langkawi | Kolej Yayasan Saad | |||
2004 | Kolej Islam Sultan Alam Shah | MRSM Beseri | 1.705 | |||
2005 | Kolej Islam Sultan Alam Shah | 1.74 | MRSM Tun Ghafar Baba | |||
2006 | SMS Tuanku Munawir | 1.67 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.4328 | ||
2007 | SMS Tuanku Munawir | 1.562 | MRSM Langkawi | 1.4457 | ||
2008 | SMS Tuanku Munawir | 1.612 | MRSM Langkawi | 1.4041 | Kolej Yayasan Saad | 1.33 |
2009 | SMS Tuanku Munawir | 0.97 | MRSM Taiping | 1.1052 | Kolej Yayasan Saad | 0.58 |
2010 | SMS Tuanku Munawir | 0.89 | MRSM Pengkalan Chepa | 0.83 | Kolej Yayasan Saad | 0.66 |
2011 | Kolej Tunku Kurshiah | 0.9230 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.00 | ||
2012 | Sekolah Seri Puteri | 1.0422 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.039 | ||
2013 | Sekolah Tun Fatimah | 0.8410 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.1329 | ||
2014 | SMS Tuanku Munawir | 1.1568 | MRSM Taiping | 1.0681 | Kolej Yayasan Saad | 0.94 |
2015 | SMS Tuanku Munawir | 1.4029 | MRSM Taiping | 1.436 | Kolej Yayasan Saad | 1.15 |
2016 | Kolej Tunku Kurshiah | 1.3 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.22 | Kolej Yayaysan Saad | 1.6 |
2017 | Sekolah Tun Fatimah | 1.109 | MRSM Taiping | 1.436 | Kolej Yayasan Saad | 1.21 |
2018 | Sekolah Tun Fatimah | 1.31 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.48 | Kolej Yayasan Saad | 1.24 |
2019 | Sekolah Tun Fatimah | 0.78 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.37 | ||
2020 | SBP Integrasi Gombak | 1.00 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.36 | ||
2021 | Sekolah Tun Fatimah | 0.84 | MRSM Tun Ghafar Baba | 1.48 | ||
2022 | ||||||
2023 |
SBP yang mempunyai Wind OrchestraSunting
SBP PremierSunting
- SMSAH
- MCKK
- STAR
- SAS
- SSP
- TKC
- SDAR
- SESMA
- STF
SMSSunting
- SMS Labuan
- SMS Tuanku Syed Putra
- SMS Tapah
- SMS Raja Tun Azlan Shah
- SMS Selangor
- SMS Tuanku Jaafar
- SMS Rembau
- SMS Muzaffar Syah
- SMS Kota Tinggi
- SMS Sultan Haji Ahmad Shah
- Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
- SMS Dungun
- SMS Machang
- SMS Kuching
- SMS Jeli
- SMS Sembrong
- SMS Tun Syed Sheh Shahabudin
SBP yang mempunyai ensembel gamelan dan caklempongSunting
GamelanSunting
SBP PremierSunting
- SAS
- SMSAH
- TKC
- STF
- SESMA
- SMSTMFP
- KISAS
SMSSunting
- SMS BANTING
- SMS GUA MUSANG
- SMS HULU TERENGGANU
- SMS KEPALA BATAS
- SMS KOTA TINGGI
- SMS KUALA SELANGOR
- SMS MUAR
- SMS MUZAFFAR SYAH
- SMS POKOK SENA
- SMS REMBAU
- SMS SELANGOR
- SMS SULTAN ISKANDAR
- SMS TUANKU AISHAH ROHANI
SBPISunting
- SBPI GOMBAK
- SBPI KUANTAN
- SBPI SELANDAR
- SBPI TUN ABDUL RAZAK
Pada tahun 2010 dan berikutnya, pertandingan gamelan antara SBP diadakan secara serentak dengan pertandingan caklempong di bawah nama Pertandingan Muzik Gamelan Melayu dan Caklempong SBP Peringkat Kebangsaan walaupun kedua-dua pertandingan ini diadili dengan kaedah penjurian yang berbeza. Semasa acara bertanding, kedua-dua pasukan dikehendaki mempersembahkan lagu tradisional dan kontemporari yang dibenarkan sama ada dalam bentuk medley atau solo. Antara faktor yang menjadi pertimbangan ketika kedua-dua pertandingan ini berlangsung ialah teknik dan kemahiran, gubahan dan susunan, tempo dan dinamik, busana dan adab serta gaya persembahan. Pasukan gamelan dengan lagu gamelan Jawa atau Melayunya seperti lagu Timang Burung, Nongga dan Perang Manggung manakala pasukan caklempong pula dengan lagu irama tradisional Negeri Sembilan atau Minangkabau seperti Mudiak Arau, Cantik Manih dan Ayam Den Lapeh. Sebagai cara mengiringi persembahan caklempong, pasukan caklempong juga bebas membawa nyanyian atau tarian yang relevan seperti tarian piring, randai, indang dan lain-lain mengikut kreativiti masing-masing.
Secara keseluruhan, pemain dikehendaki membawa pemukul masing-masing dan penggunaan peralatan muzik moden seperti simbal dan selainnya dibenarkan tetapi masih memberi keutamaan kepada set peralatan tradisional. Bermula tahun 2022, pertandingan gamelan dan pertandingan caklempong diadakan secara berasingan iaitu pertandingan gamelan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) manakala pertandingan caklempong pula di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (KUPSIS).
Keputusan Pertandingan Muzik Gamelan Melayu SBP 2022
Anugerah | Sekolah Penerima |
---|---|
Anugerah Emas Dengan Kepujian | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
Anugerah Emas |
|
Anugerah Perak |
|
Anugerah Gangsa |
|
Balungan Terbaik | Sekolah Menengah Sains Kepala Batas |
Gendangan Terbaik | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
Pemain Keromong Terbaik | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
Pemain Gambang Terbaik | Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar |
Persembahan Terbaik Lagu Kontemporari Gamelan C | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
Persembahan Terbaik Lagu Tradisional Gamelan C | Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim |
Persembahan Terbaik Lagu Kontemporari Gamelan B Flat | Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud |
Persembahan Terbaik Lagu Tradisional Gamelan B Flat | Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud |
CaklempongSunting
SBP PremierSunting
- SSP
- SDAR
SMSSunting
- SMS Tuanku Munawir
- SMS Tuanku Aishah Rohani
- SMS Tuanku Jaafar
- SMS Kubang Pasu
- SMS Alam Shah
- SMS Setiu
SMAPSunting
- SMAP Labu
SBPISunting
- SBPI Gopeng
- SBPI Rawang
- SBPI Sabak Bernam
Keputusan Pertandingan Muzik Caklempong SBP 2022
Anugerah | Sekolah Penerima |
---|---|
Anugerah Emas Dengan Kepujian | Sekolah Menengah Sains Alam Shah |
Anugerah Emas |
|
Anugerah Perak |
|
Anugerah Gereteh Terbaik | Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir |
Anugerah Perkusi Terbaik | Sekolah Menengah Sains Alam Shah |
Anugerah Gubahan Lagu Tradisional Caklempong Terbaik | Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir |
Anugerah Gubahan Lagu Kontemporari Caklempong Terbaik | Sekolah Menengah Sains Alam Shah |
RujukanSunting
- ^ "Sejarah SBP". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Julai 2012. Dicapai pada 3 Disember 2021.