Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang


Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SBPI Rawang) atau lebih dikenali sebagai SEPINTAR, merupakan sebuah sekolah jenis Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. SEPINTAR merupakan salah satu Sekolah Berasrama Penuh yang melaksanakan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA), selain SBPI Batu Rakit, SMAP Bentong dan SBPI Selandar.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang
Lencana sbp integrasi rawang
Alamat
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang,

Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang,

Selangor

Rawang, Gombak, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Berasrama Penuh, Sekolah kerajaan
MotoSumber Penjana Muslim Bestari
Afiliasi agamaIslam
Autoriti pendidikanPPD Gombak
Nombor sekolah0360928192
Kod sekolahBRA7001
Pengerusi PIBGEn. Mohamad Amzari bin Aziz
PengetuaPn. Shahariah binti Mohamed Ismail
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Shajaratudduur binti Hussin
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTn. Hj. Kamisan bin Siham
Penolong Kanan KokurikulumPn. Hjh. Siti Aida binti Ibrahim
Faks0360917309
Laman sesawang

Pada tahun 2024, SEPINTAR memiliki 287 orang pelajar lelaki dan 289 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 576 orang serta 110 orang guru.

Prasarana

sunting

Terdapat banyak prasarana dan kemudahan yang disediakan di sekolah ini yang bertujuan untuk memudahkan para pelajar dan guru menjalankan peranan masing-masing. Prasarana dan kemudahan yang sedia ada ditambah selepas SEPINTAR mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Dewan Al-Aqsa

sunting
 
Tuan Haji Addenan bin Osman, mantan Pengetua SEPINTAR sedang merasmikan Bulan Karnival Dakwah Bidang Pendidkan Islam pada 3 Mei 2016 di Dewan Al-Aqsa.

Dewan Al-Aqsa merupakan dewan utama bagi SEPINTAR. Dewan ini merupakan tempat utama dalam pelaksanaan majlis penting sekolah seperti Sambutan Hari Guru, Pesta Sepintar Talent Enrichment Programme (STEP), Majils Anugerah Kecemerlangan (MAK) dan sebagainya. Dewan ini juga merupakan tempat untuk menjalankan peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA). Perhimpunan Rasmi Mingguan diadakan pada hari Isnin dan merupakan majlis yang sering menggunakan dewan ini sebagai tempat majlis. Dewan ini juga biasanya menjadi tempat majlis pelancaran program-program sekolah seperti Pelancaran Karnival Dakwah Islam, Pelancaran Pesta STEP, Pelancaran Program NILAM dan lain-lain.

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, seperti penyaman udara, kipas dinding, sistem siar raya yang baik, lampu pentas dan lain-lain menjadi faktor mengapa dewan ini dijadikan sebagai tempat utama dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah. Dewan ini pada mulanya tidak mempunyai penyaman udara, tetapi telah ditambah pada tahun 2014 menggunakan dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk keselesaan murid-murid dalam menggunakan dewan untuk menjawab peperiksaan.

Masjid Al-Qadisiah

sunting
 
Tuan Haji Tolhah bin Ramli, mantan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SEPINTAR memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada Ustaz Hadi atas ceramah yang disampaikan di Masjid Al-Qadisiah pada 15 Mei 2016.

Masjid Al-Qadisiah merupakan pusat Islam bagi SEPINTAR. Masjid ini merupakan tempat utama dalam menjalankan program-program yang diurus dan diselia oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR). Antara program yang diadakan ialah sesi tayangan, tazkirah, Renjer Khutbah dan lain-lain. Kadang-kala masjid ini juga digunakan untuk membuat perjumpaan yang melibatkan semua atau segelintir pelajar dan untuk kelas tambahan pada hari minggu (Sabtu atau Ahad). Masjid ini digunakan setiap hari oleh pelajar SEPINTAR untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap waktu solat kerana mereka diwajibkan untuk solat berjemaah setiap waktu di masjid dan dilarang solat di kamar dan asrama. Masjid ini dibuka setiap hari untuk kunjungan orang ramai untuk menunaikan solat setiap hari Jumaat, bermula jam 1230 hingga 1800 (12:30 tengah hari hingga 6 petang), dan pada hari Sabtu dan Ahad pada jam 1100 hingga 1800 (11:00 pagi hingga 6:00 petang), yang tertakluk kepada makluman dan arahan daripada pihak sekolah.

Anjung Bestari

sunting

Anjung Bestari merupakan tempat pelajar SEPINTAR menggunakan komputer yang disediakan untuk mencari maklumat menggunakan internet. Disediakan pada tahun 2014, Anjung Bestari mempunyai 10 buah komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows Versi 6.1. Pada awal perkhidmatannya, kesemua komputer di Anjung Bestari menggunakan sistem operasi Ubuntu, tetapi telah ditukar dan diubah sepenuhnya kepada sistem operasi yang diguna pakai sekarang. Terletak di aras 1 blok akademik SEPINTAR, dua buah kipas siling dan empat batang lampu jenis pendarfluor disediakan bermula pada tahun 2015 untuk memenuhi keperluan dan keselesaan murid. Bermula pada tahun 2015 juga, lima buah lokar simpanan komputer riba berkunci juga disediakan untuk memudahkan murid yang membawa komputer riba ke sekolah dengan lesen yang diberikan menyimpan komputer riba mereka. Terdapat 24 ruang penyimpanan komputer riba di sesebuah lokar, menjadikan jumlah murid yang boleh menggunakan perkhidmatan tersebut ialah 120 murid. Bagi memudahkan pelajar, setiap ruang penyimpanan disediakan satu punca palam untuk digunakan sebagai tempat mengecas komputer riba mereka. Murid yang ingin menggunakan perkhidmatan ini perlu membayar sewa kepada pihak sekolah bergantung kepada tempoh penyewaan.

 
Salah seorang peserta hafazan lelaki kategori menengah rendah bagi Pertandingan MTQ Peringkat Sekolah sedang ditasmik (didengarkan) oleh seorang guru pendidikan agama Islam pada 17 Febuari 2016 di kelas 4 Jannatul Adnin.
 
Pelajar bahasa Perancis Tingkatan 4 sedang membuat persembahan bersempena dengan Majlis Penutupan Verbal Enhancement Programme (VEP) 2017 bertempat di Dewan Makan pada 22 November 2017.

Terdapat 20 buah kelas di SEPINTAR. Setiap tingkatan mempunyai 4 kelas, iaitu Jannatu 'Adnin (JA), Jannatul Firdaus (JF), Jannatul Ma'wa (JM) dan Jannatun Naim (JN). Di setiap kelas, disediakan 6 buah kipas siling, 9 lampu jenis pendarfluor dan 6 punca plag bagi kemudahan dan keselesaan murid. Semua kelas dilengkapi dengan sebuah televisyen dan beberapa kelas juga dilengkapi dengan papan pintar digital.

Studio Al-Jabbar

sunting

Studio Al-Jabbar merupakan bilik khas untuk melaksanakan apa-apa sesi pembelajaran dan pengajaran (P&P) dan kelas tambahan PKKS. Studio ini diselia oleh Puan Marlina Binti Mat Napes. Di dalam bilik ini disediakan sebuah projektor dan sebuah pennyaman udara untuk keselesaan murid.

Bilik-bilik Khas

sunting
 
Puan Hajah Siti Aida binti Ibrahim, mantan Guru Penolong Kanan Bidang Pendidikan Islam sedang menyampaikan ucapan ketika Perhimpunan Bulanan April 2016 di Bilik Seminar pada 29 April 2016.
 
Para ibu bapa sedang bermesra dengan ahli kamar Biru 4 bersempena dengan Hari Terbuka Asrama (HTA) SEPINTAR 2017 pada 9 September 2017.

Terdapat dua jenis bilik khas yang disediakan di SEPINTAR. Bilik khas yang pertama merupakan bilik khas yang diguna pakai untuk urusan pentadbiran. Contoh bilik khas yang diguna pakai untuk urusan pentadbiran ialah bilik dokumentasi dan bilik unit peperiksaan. Bilik dokumentasi merupakan bilik yang menyimpan semua fail berkaitan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) semua murid SEPINTAR. Manakala bilik unit peperiksaan pula merupakan tempat penyimpanan dan pengurusan kertas-kertas soalan.

 
Salah seorang peserta pertandingan khat sedang menyiapkan karyanya di Pusat Pembelajaran Fathurrahman bersempena dengan Festival Kesenian Islam (FKI) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan 2017 pada 30 Oktober 2017.

Jenis bilik khas kedua pula ialah bilik yang digunakan oleh murid untuk aktiviti P&P. Terdapat banyak bilik khas jenis ini yang disediakan di SEPINTAR. Contohnya ialah bilik matematik, makmal-makmal bahasa, bilik Pusat Akses Kendiri (PAK), bilik Alat Pandang Dengar (APD), Studio Al-Jabbar, makmal-makmal sains, bilik seminar, makmal STEP, Bilik Seminar Fathurrahman, bilik seni lukis, Bilik ICT dan bilik server.

Berikut ialah senarai bilik khas berserta keterangan dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Senarai Bilik-bilik Khas
Nama Bilik Keterangan Kemudahan Disediakan
Bilik Dokumentasi Tempat penyimpanan fail-fail PBS murid SEPINTAR. Rak-rak penyimpanan dan meja mesyuarat.
Bilik Unit Peperiksaan Tempat penyimpanan dan pengurusan kertas-kertas soalan peperiksaan. Lokar-lokar penyimpanan.
Bilik Matematik Tempat murid mempelajari pelajaran matematik. Alat-alat pengajaran matematik untuk kegunaan para guru.
Bilik Pusat Akses Kendiri (PAK) Tempat murid mencari maklumat menggunakan komputer. 10 buah komputer.
Bilik Alat Pandang Dengar (APD) Tempat melaksanakan sesi P&P menggunakan projektor. Projektor dan dua buah penyaman udara.
Makmal Bahasa Bestari Tempat melaksanakan sesi P&P bahasa selain bahasa Jepun dan Perancis. Subjek lain juga dibenarkan melaksanakan P&P di sini. Kelas berpenyaman udara dan kamus-kamus bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Makmal Bahasa Jepun Tempat melaksanakan sesi P&P bahasa Jepun. Kamus-kamus bahasa Jepun.
Makmal Bahasa Perancis Tempat melaksanakan sesi P&P bahasa Perancis. Kamus-kamus bahasa Perancis.
Makmal Tingkatan 3 Tempat melaksanakan sesi P&P dan uji kaji menurut sukatan pelajaran mata pelajaran Sains tingkatan 3. Alatan-alatan makmal.
Makmal Tingkatan 2 Tempat melaksanakan sesi P&P dan uji kaji menurut sukatan pelajaran mata pelajaran Sains tingkatan 2. Alatan-alatan makmal.
Makmal Tingkatan 1 Tempat melaksanakan sesi P&P dan uji kaji menurut sukatan pelajaran mata pelajaran Sains tingkatan 1. Alatan-alatan makmal.
Makmal Fizik Tempat melaksanakan sesi P&P dan uji kaji menurut sukatan pelajaran mata pelajaran Fizik tingkatan 4 dan 5. Alatan-alatan makmal.
Makmal Biologi Tempat melaksanakan sesi P&P dan uji kaji menurut sukatan pelajaran mata pelajaran biologi tingkatan 4 dan 5. Alatan-alatan makmal.
Makmal Kimia Tempat melaksanakan sesi P&P dan uji kaji menurut sukatan pelajaran mata pelajaran Kimia tingkatan 4 dan 5. Alatan-alatan makmal.
Makmal STEP Tempat murid mencari maklumat untuk melaksanakan aktiviti STEP dan juga merupakan bilik pergerakan pasukan Penye­lidikan dan Pembangunan (R&D) SEPINTAR. 9 buah komputer.
Bilik Seminar Ibnu Khaldun Tempat melaksanakan sesi P&P dan kelas tambahan. Sebuah komputer dan tiga buah projektor.
Pusat Pembelajaran Fathurrahman (Fathurrahman Learning Centre) Tempat melaksanakan sesi P&P dan kelas tambahan.
Biilk Seni Lukis Tempat melaksanakan sesi P&P bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Alatan-alatan dan bahan melukis.
Bilik ICT Tempat melaksanakan P&P yang menggunakan komputer. 39 buah Chrome Book dan projektor.
Bilik Server Tempat melaksanakan P&P yang menggunakan komputer. 30 buah komputer riba jenama Acer.

Sejarah Pelaksanaan Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

sunting

Pada awal tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memilih tiga buah sekolah untuk menjalankan program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA). Dua daripadanya merupakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur (SMAKL) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK) dan satu daripadanya merupakan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB).

Pada tahun 2015, empat buah sekolah telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melaksanakan program TMUA. Antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar dan juga Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (SEPINTAR).

 
Tn. Hj. Addenan Bin Osman, Pengetua SEPINTAR ke-4 (2013 - 2019)

Sebelum TMUA didedahkan di bumi SEPINTAR, Program Rintis Huffaz Profesional (PRHP) telah dilaksanakan dengan jayanya. Tuan Haji Addenan bin Osman, Pengetua SEPINTAR pada ketika itu telah menjadi pengasas PHRP. Murid-murid yang menyertai PRHP perlu menghafal Juz 30 dan Surah Al-Baqarah. Mereka merupakan murid tingkatan 1 pada tahun 2013 dan tahun 2014. Walau bagaimanapun, menghabiskan silibus hafazan merupakan kelebihan yang dikurniakan Ilahi dan bukanlah suatu paksaan kepada murid-murid. Hadaf utama PRHP ini adalah bertujuan untuk melihat kemampuan murid SEPINTAR dalam menghafaz al-Quran dan mengikuti subjek akademik. Puan Norrahila binti Haji Salleh merupakan setiausaha bagi PRHP pada ketika itu. Bayaran atau elaun untuk tenaga pelajar pada ketika itu sepenuhnya sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Tambahan lagi, PRHP ini disokong sepenuhnya oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SEPINTAR pada ketika itu iaitu Dato’ Hazizah Kassim.

Antara barisan penyelaras TMUA yang dihormati ialah En. Mohd Muaz bin Abd. Hamid pada tahun 2015 dan diteruskan lagi dengan En. Fauzi Azrin bin Md Damin dari tahun 2017 sehingga kini. Mereka merupakan individu yang sanggup memikul tanggungjawab yang cukup berat ini dan berhasil membuahkan seribu kebaikan kepada generasi muda. Pada tahun 2017, saudara Ammar Asri telah khatam al-Quran pada tingkatan 3 manakala saudari Isyatul Hannan pada tingkatan 2. Mereka merupakan antara murid SEPINTAR yang terawal berjaya menghabiskan atau ‘khatam’ 30 Juzuk. Namun demikian, prestasi yang lebih baik telah dicapai oleh murid-murid pada tahun selepasnya kerana terdapat murid yang telah menghabiskan hafazan tidak sampai setahun atau setahun setengah. SEPINTAR melakar sejarah apabila murid-murid Tingkatan 4 2023 kesemuanya telah berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran mereka semasa di Tingkatan 4, dan kejayaan ini diteruskan pada tahun-tahun seterusnya.

Antara program yang telah dijalankan sepanjang program TMUA dilaksanakan di SEPINTAR termasuklah Halaqah Huffaz, Tasmik secara dalam talian (PdPR), Hafazan Masa Cuti Sekolah (HAMASAH), Program Taqwiyah, Kem Khandak bagi mereka yang tidak melepasi sukatan hafazan terkini, Murajaah Skor A bagi murid tingkatan empat dan tingkatan lima sebagai persediaan menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan juga program Battle Huffaz bagi murid tingkatan lima. Selain itu, Tuan Haji Nor Azam bin Abdullah, mantan Pengetua SEPINTAR telah memperkenalkan formula 78870 agar murid-murid mempunyai hala tuju untuk khatam sebelum tingkatan lima. Guru-guru tahfiz di SEPINTAR juga telah membahagikan murid kepada beberapa kelompok, termasuklah kumpulan Badar bagi murid yang melepasi hafazan atau telah khatam 30 juzuk, kumpulan Uhud bagi murid yang berada dalam sukatan hafazan dan terakhir kumpulan Khandak bagi murid yang tidak melepasi sukatan hafazan.

Alamat

sunting
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang,
Bandar Tasik Puteri,
48020 Rawang,
Selangor.
Telefon = 0360928192
Faks = 0360917309

Pautan luar

sunting