Sekolah Kluster Kecemerlangan

(Dilencongkan daripada Sekolah Kluster)

Sekolah Kluster Kecemerlangan turut dikenali dengan nama Sekolah Kluster dan Cluster School of Excellence merupakan sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang berada di luar kluster kecemerlangan.

Idea penganugerahan status Sekolah Kluster Kecemerlangan terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

Sorotan kajian menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk tujuan peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Sehingga Julai 2014, sebanyak 291 buah sekolah telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan sejak 30 Mac 2007.

Pelaksanaan

sunting

Terdapat tiga jawatankuasa yang ditubuhkan bagi melaksanakan konsep sekolah kluster. Jawatankuasa tersebut ialah:-

  • Jawatankuasa Pemilihan Sekolah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia;
  • Panel Penasihat dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad; dan
  • Jawatankuasa Pelaksana dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Pandangan pemegang taruh seperti PIBG, alumni, pemimpin sekolah dan guru turut diambil kira dalam pelaksanaan sekolah kluster. Mereka telah terlibat secara langsung dalam Bengkel Autonomi Sekolah Kluster Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah diadakan pada 19-20 Mac 2007. Panel Penasihat Sekolah Kluster pula akan membantu menyumbangkan kepakaran mereka bagi memastikan pelaksanaan sekolah kluster dapat berjalan dengan jayanya.

Kriteria pemilihan

sunting

Pemilihan sekolah kluster akan dibuat berdasarkan kepada kluster berikut:

  • Sekolah Rendah yang terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Orang Asli.
  • Sekolah Menengah yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Harian, Sekolah Premier, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) , Sekolah Seratus Tahun, sekolah dalam persekitaran Putrajaya dan Cyberjaya, dan Sekolah Model Khas.
  • Sekolah Pendidikan Khas, iaitu Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SPK), Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK), dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).
  • Sekolah Antarabangsa dan Sekolah Swasta.
  • Institusi lepas menengah seperti Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Pemilihan sekolah tersebut perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut:

Prasyarat

sunting
  • Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf Cemerlang berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM).
  • Bagi Sekolah Menengah, Gred Purata Sekolah (GPS) untuk peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 3 tahun berturut-turut:
    • SBP: GPS 2.50 dan ke bawah
    • SMKA: GPS 3.00 dan ke bawah
    • SMT: GPS 4.00 dan ke bawah
    • SM Harian: GPS 4.00 dan ke bawah
  • Bagi sekolah Rendah,
    • 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR);
    • Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan, atau
    • GPS UPSR ialah 2.00 dan ke bawah dalam tempoh 3 tahun kebelakangan, berturut-turut.

Syarat pemilihan

sunting
  • Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  • Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
  • Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
  • Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
  • Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
  • Keberkesanan pelaksanaan program Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
  • Sekolah berperwatakan.

Sekolah yang memenuhi prasyarat dan syarat yang ditetapkan di atas boleh mengemukakan permohonan dan prosedur pemilihan adalah seperti berikut:

  1. Penerimaan pencalonan;
  2. Penilaian menggunakan instrumen SKPM dan Annex;
  3. Penentuan standard (standard fixing) oleh Jawatankuasa Pelaksana Sekolah Kluster;
  4. Kesahan calon dalam Mesyuarat Hal-hal Profesional;
  5. Calon dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat; dan
  6. Pengumuman oleh Menteri Pelajaran.

Pengurusan Sekolah

sunting

Pimpinan

sunting

Pemimpin sekolah kluster ialah:

  • Pengetua gred DG 52 atau Guru Besar gred DG 36;
  • Pemimpin yang terpilih memenuhi syarat pemimpin cemerlang; dan
  • Jawatan Pengetua/Guru Besar adalah jawatan berasaskan sekolah.

Guru-guru sekolah kluster pula:

  • Memenuhi kriteria Guru Cemerlang
  • Prestasi mereka akan menentukan kedudukan mereka di Sekolah Kluster.
  • Boleh mendapatkan perkhidmatan pakar mengikut bidang kebitaraan sekolah dalam bidang kokurikulum secara kontrak atau sambilan; dan
  • Nisbah kelas dengan guru ialah 1:2 (Sebuah kelas bersamaan dengan 2 orang guru).

Pemilihan Pelajar

sunting

Kaedah pemilihan pelajar sekolah kluster:

  • Kluster SBP, SMT dan SMKA kekal seperti amalan sedia ada
  • Kluster lain, pengetua/guru besar diberi kuasa mengambil sejumlah kecil murid baru untuk bidang kebitaraan sekolah
  • Ujian saringan sekolah

Akauntabiliti

sunting

Akauntabiliti Pemimpin Sekolah berpandukan:

  • Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
  • Pengurusan sumber manusia dan fizikal
  • Sumber kewangan
  • Pembangunan profesionalisme staf
  • Program kurikulum dan kokurikulum efektif
  • Lulusan sekolah berkualiti - pencapaian akademik, kokurikulum dan sahsiah
  • Terma rujukan (TOR) Sekolah Kluster

Autonomi

sunting

Jenis Autonomi yang diberikan kepada sekolah ialah:

  • Bentuk Umum, untuk semua sekolah; dan
  • Bentuk Khusus, mengikut keperluan sekolah berlandaskan kepada jenis sekolah, pengajiannya dan bidang kebitaraannya.

Autonomi yang diberikan juga merupakan autonomi terpimpin yang memerlukan kepada pematuhan piawai yang berikut:

  • Akta Pendidikan 1996;
  • Sistem Pendidikan Kebangsaan;
  • Akta Tatacara Kewangan 1957, Pekeliling Perbendaharaan, Garis Panduan dan Surat-surat Siaran; serta
  • SKPM.

Senarai Bidang Autonomi:

  • Pengurusan Sekolah
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengurusan Sumber Kewangan dan Sumber Fizikal
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kurikulum
  • Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum

Jaminan kualiti

sunting

Bagi memastikan sekolah kluster sentiasa mempertingkatkan standard kualiti, jaminan kualiti di sekolah kluster akan menggunakan mekanisme kawalan luaran dan kawalan dalaman.

Peranan agensi lain

sunting

Sekolah Kluster akan memperluas peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG, Lembaga Pengelola, Alumni dan NGO dalam aspek:

  • Biasiswa
  • Kewangan/Dana
  • Program Kecemerlangan Akademik
  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya

Sekolah kluster akan memberi impak yang positif kepada pendidikan negara dari segi:

  • Program Kecemerlangan Kokurikulum
  • Program Kerjaya
  • Pelajar sekolah cemerlang secara keseluruhan (holistic) dalam sistem: 5.8% daripada 5.2 juta pelajar
  • Lepasan sekolah kluster diterima masuk universiti ternama luar negara
  • Badan korporat dan agensi kerajaan berkeyakinan menaja pengajian lepasan sekolah kluster
  • Menyediakan asas kukuh melahirkan peneraju utama agen perubahan
  • Sebanyak 300 buah sekolah diiktiraf antarabangsa (3.1% daripada 9663 sekolah)
  • Model piawaian kepada sekolah dalam dan luar negara
  • Pemimpin berkualiti (3.1% daripada 9663 sekolah) dan guru yang cemerlang (6.9% daripada 350,000 guru)
  • Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.

Senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan

sunting
Fasa dan Tahap Jenis sekolah Nama sekolah Negeri Kebitaraan Akademik Kebitaraan Kokurikulum Laman web rasmi sekolah
1 C SK Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tereh Johor Bahasa Inggeris Kebudayaan Orang Asli [1]
2 B SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Masai Bahasa Tamil Olahraga [2]
Zapin
3 C SKPK   Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Princess Elizabeth Bahasa Melayu Olahraga [3]
Intelektual
Ad-Din
3 C SMPK Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura Refleksologi Edu Tourism One Stop Centre Edu Budaya [4]
Boling
3 A SMH   Maktab Sultan Abu Bakar (English College) Matematik Ragbi [5]
Seni Pergendangan
Orkestra Mini
3 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Ibrahim (Sultan Ibrahim Girls School) Bahasa Jepun Pancaragam [6]
3 B KV Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru Keusahawanan Kawad Kaki [7]
4 B SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Pamol Sains Tarian Tradisi India
4 B SMT Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru Bahasa Inggeris Sofbol [8]
5 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid Matematik Judo [9]
5 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim (Temenggong Ibrahim Girls School) Bahasa Inggeris Golf
5 A SBP   Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar Kimia Hoki [10]
5 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar Bahasa Arab Nasyid [11]
5 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Putra Matematik Robotik [12]
6 A SMH Sekolah Tinggi Kluang (Kluang High School) Matematik Reka Cipta [13]
6 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar (Sultan Abu Bakar Secondary Girls School, Muar) Matematik Bola Jaring [14]
7 B SK Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau Bahasa Inggeris Robotik [15]
7 B SK Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 Sains Boling [16]
7 B SK Sekolah Kebangsaan Kompleks Sultan Abu Bakar Bahasa Melayu Bola Baling [17]
7 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab Bahasa Melayu Kriket [18]
7 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kenangan Bahasa Melayu Kelab Inovasi dan Kreativiti [19]
7 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Batu Pahat (High School Batu Pahat) Bahasa Inggeris Robotik [20]
7 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Timur Sains Badminton [21]
7 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar Pendidikan Syariah Islamiyyah Bola Sepak [22]
7 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah Kadet Polis [23]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Bahasa Melayu Bola Sepak [24]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Pendas Laut Sains Kriket [25]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Lepau Sains Tilawah Al-Quran
8 B SK Sekolah Kebangsaan Parit Zain Bahasa Melayu Nasyid [26]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Serom 4 Sains Tenis [27]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Orangkaya Ali Bahasa Melayu Sofbol [28]
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Parit Hj Adnan Sains Bola Tampar [29]
8 A SK Sekolah Kebangsaan Convent, Batu Pahat Bahasa Melayu Hoki
8 B SK Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1 Bahasa Inggeris Ragbi [30]
8 A SK Sekolah Kebangsaan Canossian Convent, Kluang Bahasa Inggeris Badminton [31]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar (1) Bahasa Inggeris Pengakap [32]
8 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Presbyterian, Muar Bahasa Inggeris Gimrama
8 B SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Mersing Bahasa Tamil Catur
8 B SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Muar Bahasa Tamil Tarian Kebudayaan [33]
8 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara Sains Pengakap [34]
8 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tenggara 2 Bahasa Melayu Sofbol
8 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Mersing Sejarah Ragbi
3 B SK   Sekolah Kebangsaan St Anne's Convent, Kedah Kedah Bahasa Inggeris Bola Tampar [35]
3 A SMJK Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Sin Min Pendidikan Seni Visual Seni Kebudayaan [36], [37]
3 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra Bahasa Melayu Unit Beruniform [38]
Matematik Bola Tampar
3 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Ahmad Bahasa Melayu Memanah [39]
3 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Sik Bahasa Melayu Memanah [40]
3 B SMT Sekolah Menengah Teknik Alor Setar Sains Pertanian Sofbol [41]
Robotik
4 A SMJK   Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa Matematik Pancaragam [42] Diarkibkan 2015-11-20 di Wayback Machine
Bola Keranjang
5 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Bahasa Inggeris Pandu Puteri [43]
5 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah Bahasa Melayu Badminton [44]
5 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik Bahasa Arab Memanah
7 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa S Matematik Ping Pong
7 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah Bahasa Arab Kadet Remaja Sekolah [45]
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Taman Rakyat Bahasa Inggeris Skuasy [46]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Tasek Apong Sains Kriket [47]
8 C SK   Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Kedah Bahasa Melayu Ragbi
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Taman Hi-Tech Bahasa Inggeris Gimnastik [48], [49]
8 A SK Sekolah Kebangsaan Convent, Kedah Bahasa Inggeris Tarian Kebudayaan
8 B SJKC   Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa K Matematik Wushu [50]
8 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Aik Min Simpang Tiga Sungai Limau Matematik Muzik
2 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ahmad Maher Kelantan ICT Gamelan [51]
3 B SMH   Maktab Sultan Ismail (Sultan Ismail College) Matematik Kepimpinan [52]
Seni dan Budaya
3 A SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (1) Bahasa Inggeris Hoki [53], [54]
3 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Wataniah Bahasa Melayu Bina Insan [55]
4 B SK Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Baharu Bahasa Inggeris Pancaragam [56]
4 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Integ) Bahasa Inggeris Teater Tari [57]
4 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati Bahasa Arab Nasyid
Memanah
5 C SK Sekolah Kebangsaan Penggu Bahasa Inggeris Pancaragam
5 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban Bahasa Inggeris Kadet Polis [58]
5 A SBP   Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh Bahasa Inggeris Bola Keranjang
5 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Tok Bachok Bahasa Arab Kawad Kaki [59]
5 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor Bahasa Inggeris Taekwondo [60]
7 B SK   Sekolah Kebangsaan Dato' Hashim (1) Sains Pandu Puteri [61]
7 B SK Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 3 Sains Badminton [62]
7 C SK Sekolah Kebangsaan Kamil (3) Bahasa Inggeris Pengakap [63]
7 C SK Sekolah Kebangsaan Kamil (2) Sains Puteri Islam
8 B SK Sekolah Kebangsaan Kubang Golok Bahasa Inggeris Hoki [64]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Salor Bahasa Inggeris Hoki [65]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Bendang Pauh Bahasa Melayu Ragbi [66]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang Matematik Kebudayaan [67]
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) Bahasa Inggeris Bola Sepak
8 A SK Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim (1) Bahasa Inggeris Badminton [68]
8 B SRA Sekolah Rendah Agama Tengku Amalin A'Ish Bahasa Inggeris Bola Baling [69]
8 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah Sejarah Memanah [70]
2 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka Melaka Pendidikan Seni Visual Bola Jaring [71]
Pancaragam
3 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba Bahasa Melayu Tiada [72]
3 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka (Malacca High School) ICT Hoki [73]
Pancaragam
4 B SK Sekolah Kebangsaan Paya Rumput Sains Ragbi [74]
4 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Jesus Convent Bahasa Inggeris Boling [75]
Pancaragam
8 C SK Sekolah Kebangsaan Berisu Bahasa Melayu Bola Tampar [76]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Bukit Senggeh Bahasa Melayu Bola Baling [77]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Chenderah Bahasa Melayu Pandu Puteri Tunas [78]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang Bahasa Melayu Hoki [79]
8 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Beruang Sains Ping Pong [80]
8 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Muhammad Bahasa Melayu Kadet Jabatan Pertahanan Awam [81]
1 B SMT Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Negeri Sembilan Matematik Sofbol [82]
Bola Jaring
2 B SK Sekolah Kebangsaan Puteri Bahasa Inggeris Kebudayaan [83]
2 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan King George V (King George V School, Seremban) Bahasa Inggeris Ragbi [84]
Renang
2 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail Pendidikan Islam BADAR Perdana [85]
3 C SK Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara (F) Bahasa Inggeris Golf [86]
Kriket
3 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Bahasa Inggeris Hoki [87]
5 B SK Sekolah Kebangsaan Pulapah Bahasa Inggeris Bola Tampar [88]
6 C SK Sekolah Kebangsaan Seliau Bahasa Melayu Bola Baling [89]
7 C SK Sekolah Kebangsaan Tapak Bahasa Melayu Kompang [90]
Muzik Tradisional
7 C SK   Sekolah Kebangsaan Chengkau Bahasa Melayu Maahad Tahfiz Al Quran [91], [92]
Bercerita
Persatuan Agama Islam
7 B SK Sekolah Kebangsaan Seremban 2B Bahasa Melayu Skuasy [93]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Kuala Pilah Bahasa Melayu Hoki
8 C SK Sekolah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek Sains Boling
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Seremban 2A Bahasa Inggeris Boling [94]
8 C SK Sekolah Kebangsaan (Felda) Palong 1 Bahasa Inggeris Bola Tampar
8 A SK Sekolah Kebangsaan King George V Bahasa Melayu Robotik [95]
8 A SBP   Sekolah Menengah Sains Rembau Matematik Ragbi [96]
1 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Pahang Pahang Sains Sofbol [97]
2 C SK   Sekolah Kebangsaan Bandar 2, Pahang Matematik Adat Kesemo [98]
3 B SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Mentakab Sains Hoki [99]
3 C SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka Geografi Tiada [100]
Sains
3 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis Sejarah Catur
3 C KV Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Bahasa Melayu Woodball
Reka Cipta
Gimik
4 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom Fizik Ragbi [101]
Robotik
4 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan Bahasa Inggeris Kriket [102]
5 C SK Sekolah Kebangsaan Tempoyang Bahasa Melayu Golf [103]
5 B SJKT   Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ringlet Matematik Kelab Pencinta Alam [104]
5 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar Bahasa Inggeris St. John Ambulance
5 A SBP   Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh Kimia Skuasy [105]
6 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Akar Matematik Skuasy
6 A SBP   Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kimia Ragbi [106]
7 C SK Sekolah Kebangsaan Sentosa, Maran Bahasa Inggeris Pengakap [107]
7 A SBP   Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan Pendidikan Islam Lompat Tali [108] 7 A SK Sekolah Kebangsaan St Thomas Bahasa Inggeris Pengakap [109]
7 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kong Min Bahasa Cina Bola Keranjang
7 C SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak Sains Memanah [110]
7 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tualang Sains Catur [111], [112]
7 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Sulaiman Bahasa Inggeris Koir [113]
Bola Baling
8 A SK Fail:Lencana Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah .png Sekolah Kebangsaan Tuanku Fatimah Bahasa Melayu Kebudayaan [114]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Penjom Bahasa Inggeris Pandu Puteri Tunas [115]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Chat Sains Catur [116]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah Bahasa Melayu Gimnastik [117]
8 C SK Sekolah Kebangsaan (Felda) Selancar 2 Bahasa Melayu Bola Tampar [118]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Pekan Jaya Bahasa Melayu Olahraga [119]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Bandar Raub Bahasa Melayu Bola Baling [120]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Gunong Senyum Pendidikan Islam Ragbi
8 C SK Sekolah Kebangsaan Bangau, Pahang Pendidikan Islam Pengakap
8 A SK   Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh Bahasa Melayu Olahraga [121]
8 C SK Sekolah Kebangsaan (Lktp) Selancar 3 Bahasa Inggeris Ping Pong
8 A SK Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Kuantan Bahasa Inggeris Pandu Puteri Tunas [122]
8 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bentong Bahasa Melayu Petanque [123]
8 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat Pendidikan Islam Petanque [124]
8 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bera Bahasa Melayu Woodball [125]
8 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Bahasa Arab Bola Baling [126], [127]
8 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang Bahasa Arab Woodball [128]
2 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun Bahasa Inggeris Muzik [129]
Orkestra Muda Bainun
2 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Ave Maria Convent Bahasa Melayu Pancaragam [130]
Bahasa Inggeris Cheerleading
Bahasa Cina
3 B SK Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu Bahasa Melayu Gimnastik [131]
Pancaragam
3 A SBP   Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Matematik Kriket
3 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh Sains Hoki [132]
Bola Jaring
3 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah Bahasa Arab Keseniaan Islam [133]
Bahasa Inggeris
4 B SK Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Bahasa Inggeris Boling Padang [134], [135]
ICT
4 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Taiping Bahasa Inggeris Boling [136], [137]
Kelab Pencinta Alam
7 B SK Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh Bahasa Inggeris Pandu Puteri Tunas [138]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam Bahasa Melayu Boling [139]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir Bahasa Melayu Kompang [140], [141]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Chikus Pendidikan Islam Hoki [142], [143]
7 B SK Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist, Ipoh Bahasa Inggeris Pandu Puteri Tunas [144]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam Bahasa Melayu Boling [145]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir Bahasa Melayu Kompang [146], [147]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Chikus Pendidikan Islam Hoki [148], [149]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Teluk Kepayang Bahasa Inggeris Pengakap [150]
8 A SK Sekolah Kebangsaan Tarcisian Convent Bahasa Inggeris Seni dan Budaya [151]
8 A SK Sekolah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar Bahasa Inggeris Karate [152]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Klian Pauh Sains Kebudayaan
8 C SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Gerik Sains Olahraga [153]
8 A SBP   Sekolah Menengah Sains Tapah Bahasa Melayu Inovasi dan Kreativiti [154]
8 A SBP   Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh Bahasa Melayu Kebudayaan [155]
8 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent Bahasa Melayu Koir
8 A SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Convent, Teluk Intan Bahasa Inggeris Taekwondo [156]
1 A SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Derma Perlis Bahasa Inggeris Pancaragam [157]
Boling Padang
2 B SK   Sekolah Kebangsaan Sena Matematik ICT [158]
Lompat Tali
3 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sheikh Ahmad Sains Hoki [159]
7 B SMKA Fail:Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar.jpg Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Alawiyah Bahasa Arab Pelancongan Koperasi Sekolah [160]
8 B SK Sekolah Rendah Kebangsaan Putera Bahasa Inggeris Kelab Alam Sekitar [161]
1 C SKPK Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma (Penglihatan) Pulau Pinang Bahasa Inggeris Tahfiz Al-Quran [162]
ICT Khas
1 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free (Penang Free School) Bahasa Inggeris Kriket [163]
Hoki
1 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (L) Al-Mashoor Fizik Penghayatan Islam [164]
3 B SK Sekolah Kebangsaan Bagan Jermal Bahasa Melayu Lestari Budaya [165]
Bahasa Inggeris Rejam Emas
Derap Juara
3 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya Pendidikan Islam Tiada [166], [167]
4 A SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane Bahasa Inggeris Pandu Puteri
Bola Jaring
5 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul Bahasa Melayu Bola Lantai [168]
5 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn, Butterworth Pendidikan Seni Visual Kelab Alam Sekitar [169] Diarkibkan 2014-12-24 di Wayback Machine
5 A SMJK Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin Sains Orkestra Cina [170]
5 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nibong Tebal Bahasa Melayu Kadet Remaja Sekolah [171]
7 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Shih Chung Cawangan Matematik Catur [172]
7 A SMJK Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling Butterworth Matematik Orkestra Cina [173], [174] Diarkibkan 2015-02-14 di Wayback Machine
7 A SMJK Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling (CF) Kampung Baru Sains Robotik [175]
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Taman Senangan Bahasa Melayu Hoki [176]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Jawi Bahasa Melayu Kelab Doktor Muda [177]
8 A SK Sekolah Kebangsaan Convent, Bukit Mertajam Bahasa Inggeris Kebudayaan [178]
8 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kai Chee Matematik Ping Pong [179]
1 B KV Kolej Vokasional Tawau Sabah Inovasi dan Reka Cipta (Kemahiran Tangan Emas) Tiada [180]
2 C SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana Bahasa Inggeris Olahraga
Chef to Pro
2 B SMH Sekolah Tinggi Kota Kinabalu (Kota Kinabalu High School) Matematik Bola Keranjang [181]
Kebudayaan
3 C SK Sekolah Kebangsaan Lingga Baru Bahasa Melayu Muzik Tradisional [182]
3 C SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Terusan Sugut Bahasa Melayu Bola Sepak [183]
3 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin Reka Cipta Olahraga [184]
4 C SK Sekolah Kebangsaan Mantob Sains Badminton [185]
Pengakap
4 C SK Sekolah Kebangsaan Perancangan, Ranau Matematik Olahraga [186]
Bola Tampar
5 C SK Sekolah Rendah Kebangsaan Don Bosco Matematik Taekwondo [187]
7 C SK Sekolah Kebangsaan (M) Bombalai Sains Bola Baling [188]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Guakon Baru Sains Tarian Tradisional [189]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Koporingan Sains Muzik Tradisional [190]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Kauluan Bahasa Melayu Taekwondo [191]
8 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) St. James Sains Kebudayaan [192]
8 A SBP   Sekolah Menengah Sains Lahad Datu Sains Catur [193]
8 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Penampang Sains Pendidikan Alam Sekitar [194]
Matematik
2 A SMH Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah Sarawak Bahasa Inggeris Ragbi [195]
3 C SK Sekolah Kebangsaan Ba Kelalan Sains Olahraga [196]
3 A SK Sekolah Kebangsaan St. Mary, Sarawak Bahasa Inggeris Muzik [197]
Rekoder
Koir
Muzik Etnik
3 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong Matematik Olahraga [198]
Kepimpinan
3 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Sibu Bahasa Inggeris Kesenian dan Permainan [199]
4 B SRA   Sekolah Kebangsaan Agama, Miri Bahasa Inggeris Aktiviti Keagamaan [200], [201]
5 C SK Sekolah Kebangsaan Paon Temaga Bahasa Inggeris Bola Sepak
5 B SRA Sekolah Kebangsaan Madrasah Datuk Hj. Abdul Kadir Hasan Bahasa Inggeris Catur [202]
5 B SMH Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Bahasa Inggeris Tiada [203]
6 B SRA Sekolah Kebangsaan Agama Sibu Bahasa Melayu Persatuan Agama Islam [204]
7 B SRA Sekolah Kebangsaan Agama, Bintulu Bahasa Melayu Persatuan Pendidikan Islam [205]
7 A SK Sekolah Kebangsaan St. Teresa, Kuching Bahasa Inggeris Seni dan Budaya [206]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Kampung Kebuaw Matematik Olahraga [207]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Kampung Igan Bahasa Melayu Bola Sepak [208]
8 C SK Sekolah Kebangsaan Suba Buan Bahasa Melayu Bola Tampar
8 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tung Kwong Matematik Ping Pong [209]
8 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmad Zaidi Bahasa Melayu Persatuan Bahasa Arab [210][pautan mati kekal]
Persatuan Pendidikan Islam
1 B SJKT Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Simpang Lima, Selangor Selangor ICT Memanah
Seni dan Kebudayaan India
3 C SK   Sekolah Kebangsaan Sri Langat Sains Kebudayaan [211]
3 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama Bahasa Melayu Unit Beruniform [212]
Bahasa Inggeris
4 B SMKA   Sekolah Agama Menengah Bestari Pendidikan Al-Quran dan Sunnah Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah [213]
Sepak Takraw
4 A SBP Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam Bahasa Melayu Unit Beruniform [214]
Pengucapan Awam Ragbi
5 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12 Matematik Olahraga [215]
5 A SMJK Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya Bahasa Cina Ping Pong [216]
5 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah Pendidikan Islam Memanah
6 B SK Sekolah Kebangsaan USJ 2 Bahasa Inggeris Badminton [217]
6 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield Bahasa Inggeris Koir [218]
7 C SK Sekolah Kebangsaan Lembah Beringin Sains Ping Pong [219]
7 B SK   Sekolah Kebangsaan Subang Jaya Bahasa Inggeris Olahraga [220]
7 B SK   Sekolah Kebangsaan Seksyen 13 Sains Muzik [221]
Rekoder
Asemble
Koir
Kompang
7 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Jaya Bahasa Inggeris Koir [222]
7 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 3 Sains Bola Keranjang [223]
7 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Selangor Pendidikan Islam Memanah [224]
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi Sains Sofbol [225]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Saujana Impian Matematik Memanah [226]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Seafield Sains Robotik [227]
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Seri Selangor Bahasa Inggeris Bola Sepak [228]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Bandar Anggerik Sains Catur [229]
8 A SK Sekolah Kebangsaan Convent (1) (M) Bahasa Inggeris Kebudayaan
Muzik
8 A SK Sekolah Kebangsaan Convent (M), Selangor Bahasa Inggeris Gimrama [230]
1 A SMH Fail:Logo ss.jpg Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman Terengganu Fizik Olahraga [231]
Bola Sepak
1 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek Fizik Memanah [232], [233]
Muttaqun
2 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Bestari Matematik Bahasa dan Kebudayaan [234], [235]
ICT
Memperkasakan Bahasa
5 B SK   Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas Bahasa Inggeris Skuasy [236]
5 C SK Sekolah Kebangsaan Dusun Kampung Bahasa Melayu Bola Tampar [237]
5 B SK Sekolah Kebangsaan Seri Berang Bahasa Inggeris Bola Sepak [238]
5 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam Bahasa Melayu Catur [239]
5 A SBP   Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu Bahasa Inggeris Catur
5 B SMKA   Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Sains Silat [240], [241]
6 A SBP Sekolah Menengah Sains Dungun Matematik Hoki
7 C SK Sekolah Kebangsaan Tepus Matematik Kelab Usahawan Tani Sekolah [242]
7 A SK Sekolah Kebangsaan Paka 2 Bahasa Inggeris Bola Tampar [243]
7 A SK   Sekolah Kebangsaan Kuala Berang Bahasa Inggeris Bola Baling [244], [245]
7 B SK Sekolah Kebangsaan Kampung Fikri Sungai Tong Bahasa Inggeris Bola Tampar [246]
7 B SMH Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah Matematik Catur
7 A SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai Matematik Silat [247]
7 B SMKA Sekolah Menengah Imtiaz, Dungun Bahasa Arab Memanah [248]
7 B SMKA Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang Matematik Kelab Pendidikan Islam [249], [250]
7 B SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abbas Bahasa Arab Pembangunan Usahawan Muda
8 B SK   Sekolah Kebangsaan Felda Selasih Matematik Ping Pong [251]
8 A SK   Sekolah Kebangsaan Kerteh Sains Robotik [252]
8 A SK Sekolah Kebangsaan Gong Badak Bahasa Melayu Memanah [253]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Bahasa Inggeris Memanah [254]
8 B SK Sekolah Kebangsaan Tok Randok Matematik Bola Baling [255], [256]
8 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail Matematik Badminton [257]
1 A SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (M) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bahasa Inggeris Gimrama [258]
Pancaragam
1 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan St. John, Kuala Lumpur (St. John Institution) Matematik Pancaragam [259], [260]
Memanah
1 A SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (Victoria Institution) Sains Pancaragam [261]
Polo Air
Drama dan Retorika
2 B SS   Sekolah Sukan Bukit Jalil (Bukit Jalil Sports School) Bahasa Inggeris Hoki [262]
Bola Jaring
2 B SMT Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur Lukisan Kejuruteraan Bola Jaring [263]
4 B SMKA   Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur Bahasa Arab Kadet Remaja Sekolah [264]
2 A SMH Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Kuala Lumpur (Methodist Boys' School, Kuala Lumpur) Bahasa Inggeris Catur [265]
ICT
3 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Selatan Matematik Badminton [266]
4 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson Matematik Robotik [267]
Bola Keranjang
4 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara Bahasa Inggeris Judo [268]
Catur
6 B SK   Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri Matematik Seni dan Budaya [269]
7 A SK Sekolah Kebangsaan Convent (2) Bukit Nanas Bahasa Inggeris Seni dan Budaya [270]
8 B SJKC Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Kwok Matematik Robotik [271], [272]
4 B SK Sekolah Kebangsaan St. Anne, Labuan Wilayah Persekutuan Labuan Bahasa Inggeris Kelab Sains dan Matematik
8 B SK Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha Bahasa Melayu Tarian Kebudayaan
3 B SK   Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) Wilayah Persekutuan Putrajaya Sains Tiada [273]
Matematik
3 B SMH   Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) Bahasa Jepun Olahraga [274]
Bahasa Arab Sukan Air

Lihat juga

sunting