Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan didirikan atas tapak seluas 72 ekar dan 20.8 hektar berhampiran dengan bandar Diraja Pekan,Pahang Darul Makmur. Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al Muatain Billah Shah, Sultan bagi negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan berbeza daripada sekolah sejenisnya yang lain. Segala kemudahan fizikal untuk pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan.Perletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang.1 Mac 1989 ialah tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila pengetua dan timbalannya yang pertama tiba bertugas. Mereka ialah Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Rahim dan Tuan Haji Ibrahim Haji Ahmad dengan dibantu oleh dua orang pegawai kerani pendidikan.Pada 17 April 1989, kumpulan pertama guru yang bertugas di sekolah ini melapor diri.Logo sekolah, warna bas, corak kain samping dan nama sekolah telah diperkenankan oleh Sultan Pahang.Baginda juga telah berkenan mencemar duli dengan melawat tapak projek dan sekolah serta dipersembahkan taklimat kemajuannya. Majlis penyerahan bangunan oleh pihak pemborong melalui JKR kepada Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 tingkatan 1 putera dan puteri mendaftar diri dan memulakan hidup di kampus SHAH. Pada 21 Oktober 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.
Perletakan Batu Asas
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (سكوله سأين س سلطان حاج احمد شاه فكن) | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Sultan Abu Bakar, 26600, Pekan, Pahang Darul Makmur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)(High Performance School), Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) |
Moto | Where Excellence Is Created |
Ditubuhkan | 1 Mac 1989 |
Autoriti pendidikan | pekan |
Nombor sekolah | +6094224616 |
Kod sekolah | CEA5072[1] |
Pengerusi PIBG | En. Azaman |
Pengetua | Puan Narizan binti Mamat |
Tenaga pengajar | 8+ |
Kelas | 25 |
Slogan | ILMU AMAL BUDI |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn Halimatu Saadiah binti Abdul Rahman |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Lela Murad bin Abdul Rahman |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Harrie bin Ahmad Basri |
Faks | +6094225453 |
Laman sesawang | Portal SHAH Pekan |
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google |
negga
sunting- Kod Sekolah: CEA5072
- Tarikh Tubuh: 1 Mac 1989
- Umur Sekolah: 35 Tahun
- Jenis Sekolah: Sekolah Berasrama Penuh
- Peringkat Sekolah : Menengah Rendah dan Atas
- Alamat: Jalan Sultan Abu Bakar, 26600 Pekan,
Judul: IMPIAN SHAH
Sekolah Kami Yang Berwawasan,
ILMU, AMAL, BUDI,
Kuning, Merah, Biru, Hijau,
Misi Sepadu kan,
Kami Menggarap Impianmu,
Setia Pada Ibu Ayah,
Taat Pada Guru,
Sayangi Diri Sendiri,
Tuhan Bersama Kami,
Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah,
Menjulang Namamu Megah,
Putera Puteri Gagah Perkasa,
Membina Impian Negara..
Rafa hitam
Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan didirikan atas tapak seluas 72 ekar dan 20.8 hektar berhampiran dengan bandar Diraja Pekan, Pahang Darul Makmur. Kewujudan sekolah ini adalah daripada ilham KDYMM Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan bagi negeri Pahang Darul Makmur. Sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang ke-31 di Malaysia, sekolah ini mempunyai ciri-ciri bangunan yang unik dan berbeza daripada sekolah sejenisnya yang lain. Segala kemudahan fizikal untuk pembelajaran kurikulum dan kokurikulum disediakan. Peletakan batu asas sekolah ini telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang. Sekolah ini juga pernah direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara.
1 Mac 1989 ialah tarikh permulaan pentadbiran sekolah ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila pengetua dan timbalannya yang pertama tiba bertugas. Mereka ialah Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Rahim dan Tuan Haji Ibrahim Haji Ahmad dengan dibantu oleh dua orang pegawai kerani pendidikan. Pada 17 April 1989, kumpulan pertama guru yang bertugas di sekolah ini melapor diri. Logo sekolah, warna bas, corak kain samping dan nama sekolah telah diperkenankan oleh Sultan Pahang. Baginda juga telah berkenan mencemar duli dengan melawat tapak projek dan sekolah serta dipersembahkan taklimat kemajuannya.
Majlis penyerahan bangunan oleh pihak pemborong melalui Jabatan Kerja Raya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada 1 Ogos 1989, pelajar-pelajar sulung Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan terdiri daripada 212 pelajar tingkatan 4 dan 201 tingkatan 1 putera dan puteri mendaftar diri dan memulakan hidup di kampus SHAH. Pada 21 Oktober 1989, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Sultan Pahang dalam satu majlis yang penuh gilang gemilang.
Falsafah
suntingPendidikan di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah ialah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang rancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama bangsa dan negara.
Misi
sunting“SHAH Pekan sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknorat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang alaf baru – 21.”
Wawasan
sunting- Mewujudkan peluang untuk pelajar-pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi memberikan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
- Memperbanyakkan pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
- Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beramal dan berbudi sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
- Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja.
- Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SHAH supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan SHAH.
- Mewujudkan warga SHAH yang mengamalkan budaya penyayang dan berkasih sayang.
- Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SHAH.
- Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja yang cekap, pantas tepat dan bijaksana.
- Menjayakan program pendidikan Menengah yang berorientasikan sains dan teknologi bagi mewujudkan tuntutan Wawasan 2020.
Galeri
sunting-
Dewan besar
-
Anjung Ilmu
-
Blok Ilmu
-
Blok Amal
-
Blok Budi
-
Koperasi sekolah
-
Pangsapuri guru
Rujukan
sunting- ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018
Pautan luar
sunting