Aiyub bin Omar ialah seorang diplomat Malaysia yang kini menjadi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria.[1]

Tuan Yang Terutama

Aiyub Omar
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria
Memegang jawatan
2024
Didahului olehGloria Corina Peter Tiwet
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia
Dalam jawatan
2019–2024
Didahului olehAmizal Fadzli Rajali
Digantikan olehShahril Nizam Abdul Malek
Butiran peribadi
LahirAiyub bin Omar
KerakyatanMalaysia
ProfesionDiplomat

Kerjaya sunting

Aiyub memulakan kerjaya sebagai penjawat awam bagi perkhidmatan luar negeri sejak 2001 di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia. Pada 2003, dia dipindahkan ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Amerika Syarikat selama beberapa bulan. Pada 2004 hingga 2008, Aiyub berkhidmat di Sepanyol sebagai Setiausaha Kedua Kedutaan.

Aiyub kembali ke Malaysia pada 2008 dan ditawarkan untuk mengikuti kursus Diploma Diplomasi di Universiti Oxford, United Kingdom. Setelah tamat pengajian, Aiyub terus bertugas di Kementerian Luar Negeri selama tiga tahun dari tahun 2009 hingga 2012. Kemudian, beliau telah dihantar ke Islamabaddari 2012 hingga 2016 sebagai Kaunselor. Kemudian beliau kembali berkhidmat dalam kementerian di Malaysia.[2]

Pada 1 November 2019, Aiyub telah dilantik sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Indonesia.[3] Beliau berkhidmat sehingga 21 Januari 2024, selepas bertugas hampir 4 tahun 3 bulan.[4] Pada 20 Mac 2024, beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Nigeria.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Agong kurnia watikah pelantikan empat perwakilan ke luar negara". www.astroawani.com. Dicapai pada 2024-03-20.
  2. ^ Redaksi (2020-07-07). "Aiyub Omar, Konsul Jenderal Malaysia Keakraban Negeri Jiran di Kota Medan". Kover Magazine (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2024-03-20.
  3. ^ Appointment of Aiyub Omar as Consul General in Medan in October 2019. Letter of appointment was presented by then Foreign Minister, YB Dato' Saifuddin... | By Consulate General of Malaysia in MedanFacebook, dicapai pada 2024-03-20
  4. ^ "KUNJUNGAN HORMAT PERPISAHAN KONSUL JENERAL KE ATAS DUTA BESAR MALAYSIA KE INDONESIA". www.facebook.com. Dicapai pada 2024-03-20.