Tulisan Dewanagari
Devanāgarī (देवनागरी ) ialah sejenis skrip abugida yang digunakan untuk menulis sebilangan bahasa-bahasa India, termasuk bahasa Sanskrit, Bangla, Hindi, Marathi, Sindhi, Bihari, Bhili, Marwari, Konkani, Bhojpuri, bahasa-bahasa Nepal seperti bahasa Nepal, Tharu Nepal Bhasa dan kadang-kala bahasa Kashmir. Devanāgarī ditulis dan dibaca dari kiri ke kanan.
Aksara Dewanāgarī أکسارا ديوناݢري | |
---|---|
Jenis tulisan | |
Tempoh masa | ~1200 Masihi—kini |
Arah tulisan | Left-to-right |
Wilayah | India dan Nepal |
Bahasa-bahasa | Sebilangan bahasa India Utara, termasuk Sanskrit, Bangla, Hindi, Marathi, Sindhi, Bihari, Bhili, Konkani, Bhojpuri, Nepal Bhasa dan Nepali dari Nepal dan kadang-kala bahasa Kashmir |
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | Proto-Sinaitic
|
ISO 15924 | |
ISO 15924 | Deva (), Templat:ISO 15924 name |
Unikod | |
Alias Unikod | Devanagari |
Asal-usul
suntingDevanāgarī pertama kali digunakan sekitar tahun 1200 Masihi setelah berevolusi daripada skrip Siddham, secara perlahan-lahan menggantikan skrip Sharada (dan masih digunakan secara selari di Kashmir). Kedua-dua skrip tersebut merupakan keturunan langsung skrip Gupta yang turut berasal daripada skrip Brāhmī seperti yang dibuktikan sejak abad ke-3 SM; Nāgarī muncul lebih kurang pada abad ke-8 sebagai variasi timur skrip Gupta yang lebih lanjut berbanding Sharada, variasi baratnya. Keturunan-keturunan Brahmi membentuk famili Brahmik, termasuk huruf-huruf yang digunakan untuk kebanyakan bahasa Asia Selatan dan Tenggara yang lain.
Etimologi
suntingSejarah Huruf |
---|
Zaman Gangsa Pertengahan 19–15 SM |
Maruwi 3 SM |
Salasilah lengkap |
Nāgarī dari bahasa Sanskrit ialah bentuk feminin bagi nāgara "urban", iaitu satu derivatif vrddhi berbentuk adjektif dari nagara "kota"; bentuk feminin ini digunakan kerana aplikasi asalnya untuk membolehkan kata nama feminin lipi "skrip" ("skrip urban", iaitu tulisan orang bertamadun). Terdapat beberapa variasi nama yang digunakan, salah satunya dibezakan dengan membubuh awalan deva "dewa" untuk membentuk kata majmuk tatpurusha yang bermaksud "[skrip] kota dewa-dewi" ataupun "tulisan kota suci". namun begitu, penggunaan nama "Devanāgarī" secara meluas ialah fenomena yang agak baru; bermula menjelang abad ke-20, dan sehinggalah hari ini, sekadar nama Nāgarī diterima untuk menggelar skrip yang sama ini. Penggunaan nama Devanāgarī yang kian meluas juga kelihatan berkaitan dengan penggunaan eksklusif skrip ini sewaktu zaman penjajahan untuk menerbit karya-karya bahasa Sanskrit, meskipun secara tradisional hampir kesemua skrip-skrip tempatan telah betul-betul digunakan untuk bahasa ini. Ini mencetuskan kewujudan hubungan yang sebegitu rapat antara skrip ini dan bahasa Sanskrit sehingga hari ini skrip Devanāgarī sering tersilap tafsir sebagai "huruf Sanskrit".
Aksara Devanāgarī
suntingVokal
suntingAksara | Transliterasi | Sebutan (IPA) | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunggal | Bersandar | Bersandar kepada प |
IAST | ITRANS | Sanskrit | Hindi Barat[1] |
Bhojpuri[2] | Marathi[3] | |
अ | प | a | a | ə | a | ə | |||
आ | ा | पा | ā | A | aː | a | |||
इ | ि | पि | i | i | i | ɪ | i | ||
ई | ी | पी | ī | I | iː | ||||
उ | ु | पु | u | u | u | ʊ | u | ||
ऊ | ू | पू | ū | U | uː | ||||
ए | े | पे | e | e | eː | e, eː | e | ||
ओ | ो | पो | o | o | οː | o, οː | o | ||
ऐ | ै | पै | ai | ai | əi | æː | ɛː | əi | |
औ | ौ | पौ | au | au | əu | ɔː | əu | ||
ऋ | ृ | पृ | ṛ | R | ɻ | ɾɪ | ɾu | ||
ॠ | ॄ | पॄ | ṝ | RR | ɻː | ||||
ऌ | ॢ | पॢ | ḷ | LR | ɭ | ||||
ॡ | ॣ | पॣ | ḹ | LRR | ɭː | ||||
ऍ | ॅ | पॅ | æ | ||||||
ऑ | ॉ | पॉ | ɔ |
- Yang dipaparkan di atas merupakan sebutan setiap aksara dalam bahasa Sanskrit serta tiga bahasa Indo-Arya moden: bahasa Hindi Barat, Bhojpuri, dan Marathi.
- Vokal tidak bundar hadapan separa terbuka pendek (/ɛ/) tidak mempunyai simbol atau diakritik dalam sesetengah penggunaan skrip Devanāgarī. Dalam sesetengah dialek Hindi, vokal tersebut diluahkan sebagai variasi alofon bagi schwa yang dihasilkan sebelum bunyi-bunyi seperti ha; eg., रहना disebut sebagai /rɛhnä:/ dan bukannya /rəhənä:/.
- Vokal bundar belakang separa terbuka pendek (/ɔ/) secara lazimnya tidak berlambang dalam Devanāgarī, tetapi satu simbol baru telah direka untuknya bagi menandakan sebutan kata poinjaman dari bahasa Inggeris: ऑ, eg. पॉ.
Konsonan
suntingJadual berikut memaparkan matriks Sanskrit tradisional bagi aksara konsonan teras, beserta transkripsi IAST dan IPAnya. Sungguhpun set bunyi ini masih kekal bentuknya bagi kebanyakan aksaranya, perubahan atau sebutan alternatif disertakan dalam medan-medan berkenaan, dengan sebutan bahasa Sanskrit menjadi yang atas. Semua aksara konsonan menerapkan vokal neutral schwa.
Plosif | Sengauan | Sonoran | Geseran | |||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tidak bersuara | Bersuara | |||||||||||||||||||||||
Tidak beraspirasi | Beraspirasi | Tidak beraspirasi | Beraspirasi | Tidak berusara | Berusara | |||||||||||||||||||
Velum | क | ka | kə | ख | kha | kʰə | ग | ga | ɡə | घ | gha | ɡʱə | ङ | ṅa | ŋə | ह | ha | ɦə hə | ||||||
Lelangit | च | ca | tʃə tsə |
छ | cha | tʃʰə tsʰə |
ज | ja | dʒə dzə |
झ | jha | dʒʱə dzʱə |
ञ | ña | ɲə | य | ya | jə | श | śa | ɕə ʃə |
|||
Gelungan | ट | ṭa | ʈə | ठ | ṭha | ʈʰə | ड | ḍa | ɖə | ढ | ḍha | ɖʱə | ण | ṇa | ɳə | र | ra | ɹə ɾə |
ष | ṣa | ʂə ʃə | |||
Gigi | त | ta | t̪ə | थ | tha | t̪ʰə | द | da | d̪ə | ध | dha | d̪ʱə | न | na | nə | ल | la | lə | स | sa | sə | |||
Bibir | प | pa | pə | फ | pha | pʰə | ब | ba | bə | भ | bha | bʱə | म | ma | mə | व | va | ʋə wə |
Pada penghujung jadual huruf tradisional, dua aksara gugusan juga ditambah, seperti dalam jadual berikut. turut dipaparkan di atas aksara-aksara tadi ialah satu lagi aksara yang digunakan dalam bahasa Sanskrit Veda, bahasa Marathi, dan Rajasthani.
Transliterasi | Sebutan (IPA) | ||||
---|---|---|---|---|---|
IAST | ITRANS | Sanskrit | Hindi | Marathi | |
ळ | ḷa | La | /ɭə/ | ||
क्ष | kṣa | kSha | /kʂə/ | /kʃə/ | |
ज्ञ | jña | jña | /dʒɲə/ | /ɡjə/ | /dnjə/ |
Tiada bentuk baru yang dirumuskan di luar set Sanskrit. Perkembangan dalaman dan pinjaman dari bahasa luar (iaitu bahasa Farsi) diuruskan melalui penggunaan diakritik pada aksara-aksara sedia ada, iaitu nukta atau bindu ("titik") di bawah aksara. Penyesuaian ini merupakan titik di bawah aksara yang mewakili bunyi hampir serupa yang terdekat. Ini tidak disertakan dalam penyenaraian tradisional. Adalah diingatkan bahawa kedua-dua ऋ dan ड़ menggunakan ṛ dalam IAST.
ITRANS | IPA | |
---|---|---|
क़ | qa | /qə/ |
ख़ | Ka | /xə/ |
ग़ | Ga | /ɢə/ |
ज़ | za | /zə/ |
फ़ | fa | /fə/ |
य़ | Ya | /ʒə/ |
ड़ | .Da | /ɽə/ |
ढ़ | .Dha | /ɽʱə/ |
Konsonan implosif bahasa Sindhi disesuaikan dengan membubuh garis bawah.
Implosif | ||
---|---|---|
Bersuara | ||
Velum | ग | /ɠə/ |
Lelangit | ज | /ʄə/ |
Gusi | ड | /ɗə/ |
Bibir | ब | /ɓə/ |
Gugusan konsonan
suntingGugusan dua atau lebih konsonan direalsisasikan dengan mengabungkan aksara-aksara menjadi huruf kembar. Biasanya, aksara yang awal tergugur strok menegaknya lalu disentuhkan dengan aksara selepasnya. bagi aksara-aksara yang tiada strok menegak dalam bentuk tunggalnya, aksara berikutnya biasanya terletak di bawah aksara awalnya. Dalam sesentengah kes, huruf kembar ini mengambil bentuk yang tidak boleh dicam secara terus sepertimana bentuk aksara individu (e.g. <jñ>). Gugusan konsonan yang melibatkan <r> tergolong di bawah kes has: awalan <r-> ditulis sebagai cangkuk di atas aksara berikutnya yang matanya menghala ke kanan, manakala akhiran <-r> ditulis sebagai strok condong yang terlekat pada strok menegak aksara sebelumnya. Secara serupanya bagi gugusan /XYZa/, kedua-dua X dan Y perlu "dipotong menjadi separuh". Terdapat pelbagai variasi bagi gugusan konsonan sedemikian dalam skrip Devanāgarī. Sistem paling kerap digunakan dipaparkan di bawah bagi jadual tradisi. Di sini konsonan kedua merupakan n, disusuli dengan a /ə/.
ka-group | क्न /knə/ |
ख्न /kʰnə/ |
ग्न /gnə/ |
घ्न /gʱnə/ |
ङ्न /ŋnə/ |
cha-group | च्न /cnə/ |
छ्न /cʰnə/ |
ज्न /ɟnə/ |
झ्न /ɟʱnə/ |
ञ्न /ɲnə/ |
Ta-group | ट्न /ʈnə/ |
ठ्न /ʈʰnə/ |
ड्न /ɖnə/ |
ढ्न /ɖʱnə/ |
ण्न /ɳnə/ |
ta-group | त्न /t̪nə/ |
थ्न /t̪ʰnə/ |
द्न /d̪nə/ |
ध्न /d̪ʱnə/ |
न्न /nnə/ |
pa-group | प्न /pnə/ |
फ्न /pʰnə/ |
ब्न /bnə/ |
भ्न /bʱnə/ |
म्न /mnə/ |
ya-group | य्न /ynə/ |
र्न /rnə/ |
ल्न /lnə/ |
व्न /ʋnə/ |
|
va-group | श्न /ɕnə/ |
ष्न /ʂnə/ |
स्न /snə/ |
ह्न /ɦnə/ |
Diakritik
sunting- ं (anusvāra), disebut /ⁿ/ (IAST: ṃ) digunakan untuk menyengaukan bunyi vokal dalam suatu suku kata, iaitu alofon akhiran kata bagi /m/ dan /n/. Tanda diakritik ँ (chandrabindu/anunāsika) digunakan dalam sesetengah shakha di tempat anusvāra bagi sesetengah konteks fonetik.
- Jika suatu konsonan tunggal perlu ditulis tanpa apa-apa bunyi vokal berikutnya, maka huruf berkenaan diberi tanda halanta/virāma di bawah (प्).
- Avagraha ऽ digunakan dalam variasi barat untuk menandakan elisi awalan kata /a/ dalam bentuk sandhi.
Tanda baca
suntingTanda pic dalam bahasa Sanskrit Veda ditulis dengan pelbagai simbol bergantung kepada shakha. Dalam Rigveda, anudatta ditulis dengan bar di bawah garis (॒), svarita dengan strok di atas garis (॑) manakala udatta tidak bertanda.
Angka
sunting० | १ | २ | ३ | ४ | ५ | ६ | ७ | ८ | ९ |
0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
Nota dan rujukan
sunting- ^ (Masica 1991, pp. 110-111)
- ^ (Shukla 2001, p. 87)
- ^ (Southworth 2001, p. 472)
Pautan luar
suntingWikibuku mempunyai sebuah buku berkenaan topik: Tulisan Dewanagari |
- Naagarii_PrachaariiNii Sabhaa (नागरीप्रचारिणी सभा) Diarkibkan 2007-07-13 di Wayback Machine
- Entri omniglot.com
- Entri ancientscripts.com
- IS13194:1991 [1] Diarkibkan 2008-05-28 di Wayback Machine
- Susun atur papan kekunci biasa dalam bahasa Nepal Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
- Susun atur papan kekunci rumi dalam bahasa Nepal Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
Atur huruf elektronik
suntingMukataip
sunting- Unicode Compliant Open Type Fonts[pautan mati kekal] termasuk glif huruf kembar (TDIL Data Centre)
Dokumentasi
sunting- The official Devanāgarī Document (pdf) from Govt. Of India. Diarkibkan 2008-05-28 di Wayback Machine
- Resources for typing in the Nepali language in Devanāgarī Diarkibkan 2007-10-11 di Wayback Machine
- Unicode Chart for Devanāgarī
- Resources for viewing and editing Devanāgarī
- Unicode support for Web browsers
- Creating and Viewing Documents in Devanāgarī Diarkibkan 2009-09-21 di Wayback Machine
- Hindi/Devanāgarī Script Tutor
- A compilation of Tools and Techniques for Hindi Computing
Alatan dan aplikasi
sunting- Chhahari Syllabic Unicode Editor
- Devanāgarī Tools: Wiki Sandbox, Devanagari Mail, Yahoo/Google Search & Devanāgarī Transliteration Diarkibkan 2008-05-22 di Wayback Machine
- IndiX, Indian language support for Linux Diarkibkan 2007-06-25 di Wayback Machine, a site by the Indian National Centre for Software Technology
- writeKA English-to-Hindi Online Transliterator Diarkibkan 2007-08-03 di Wayback Machine
- Romanized to Unicode Devanāgarī transliterator Diarkibkan 2006-07-02 di Wayback Machine
- HiTrans - Roman-Nagari transliteration scheme and conversion tool
- Hindi Kalam Online Phonetic Transliteration based Devanagari Editor with Spell Check and Auto Suggestion facility.