"Aku Stacy" ialah single pertama yang dipersembahkan oleh juara musim keenam Akademi Fantasia, Stacy, sejak beraksi di acara kemuncak pertandingan realiti tersebut.

"Aku Stacy"
Single oleh Stacy
daripada album Aku Stacy
Dilancarkan pada25 Mei 2008[1]
FormatPromo single
GenrePop rock
Panjang2:50
SyarikatMaestro Talent
PenulisIntan Norul Azlin, Layla Ismail
Kronologi single Stacy
"Aku Stacy" ""Gagap"
(2008)"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Am sunting

Mula-mula, lagu ini bertajuk "Aku Cinderella" tetapi kemudian diubah ke "Aku Stacy". Lagu ini bertemakan seseorang yang disakiti secara zahir dan batin oleh pencintanya yang suka mengambil kesempatan; tak kira apa jua caranya untuk menamatkan perhubungan mereka sia-sia sahaja. Akhirnya, dia sedar bahawa untuk bebas, dia harus berdiri teguh dan bersemuka dengan apa yang paling ditakutinya, iaitu mengorbankan kasih sayang dan cinta terhadap pencinta itu untuk menguasainya.

Stacy mempersembahkan lagu ini di konsert akhir Akademi Fantasia 6 sebelum dinobatkan sebagai juara musim ini. Pada hari keesokannya, lagu ini dikeluarkan sebagai single di Era FM.

Struktur lagu sunting

Kandungan lirik dalam versi rakaman studio ada bezanya dari persembahan konsert akhir AF, iaitu dalam rangkap kedua, bunyinya, "ingin mengaut apa saja yang ada/namun aku penghalang", padahal dalam persembahan asal, bunyinya "aku yang berlagak bagai raja di istana/jadikan ku sang abdi".

Video muzik sunting

Video muzik Aku Stacy tertumpu kepada Stacy yang bernyanyi sambil menari di hadapan latar serba putih tanpa apa-apa hiasan, dengan empat orang penari tambahan lelaki, maka menimbulkan unsur yang menekankan koreografi rumitnya sahaja. Tarian berterusan sehingga akhir video, selepas itu para penari and Stacy turning back comically to the them in a humorous way.

Senarai runut sunting

  1. "Aku Stacy [Studio]" – 2:50
  2. "Aku Stacy [Live]" – 2:55
  3. "Aku Stacy - MV – 2:58

Carta sunting

Carta (2008) Kedudukan
tertinggi
Carta Era 1[2]
Carta Muzik Muzik 3
Carta Muzik FM 1
Carta Hot FM 30 14
Malay Top 40 2

Anugerah sunting

Pada Disember 2008, lagu ini layak ke Anugerah Juara Lagu 2008 dalam kategori Pop Rock. Biaprun tidak memenangi apa-apa anugerah, namun persembahan Stacy dimasukkan dalam senarai lima persembahan terbaik oleh sisipan Hits dalam Utusan Malaysia dalam acara AJL tersebut.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Akademi_Fantasia,_Season_6#Week_10
  2. ^ "Screenshot Aku Stacy at #1".
  3. ^ Shazryn Mohd Faizal (22 Januari 2009). "Kuasa baru industri muzik". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-22. Dicapai pada 11 Januari 2010.