Alam Flora Sdn. Bhd. (digayakan sebagai Alamflora) merupakan syarikat pengurusan alam sekitar Malaysia yang terlibat dalam pengurusan sisa dan bahan buangan, pelupusan sisa pepejal yang didedikasikan untuk berkhidmat kepada komuniti untuk menguruskan dan mengurangkan sisa dengan kesan alam sekitar yang minimum. Alam Flora ditubuhkan pada 1995 dan merupakan anak syarikat DRB-HICOM, konglomerat infrastruktur Malaysia.[1]

Alam Flora Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahSyarikat Sunting ini di Wikidata
IndustriSanitasi, pengurusan sisa, pelupusan sisa pepejal
Ditubuhkan1995; 29 tahun yang lalu (1995)
Ibu pejabatShah Alam, Selangor, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh penting
  • Mohamad Saib (Pengerusi)
  • Mohd Zain Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif)
  • Azhari Zainal Abidin (Ketua Pegawai Kewangan)
Syarikat indukDRB-HICOM
Tapak webwww.alamflora.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

sunting

Perkembangan terkini

sunting

Pada Jun 2011, Kerajaan Negeri Selangor memfailkan saman balas terhadap Alam Flora ekoran tindakan syarikat itu memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih kerja-kerja pembersihan di negeri itu.[2] Bermula 16 Oktober 2011, Alam Flora telah menghentikan penyediaan pembersihan tempat awam dan pengumpulan sisa pepejal di Selangor. Langkah ini dibuat berikutan keputusan kerajaan negeri mengambil alih perkhidmatan ini.[3][4]

Syarikat ini juga memperkenalkan peralatan pembersihan berkonsep hijau sempena Sukan SEA ke-29 (KL2017) sejajar dengan inisiatif meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap penjagaan alam sekitar dan pengurusan lestari sisa pepejal.[5]

Pada Ogos 2018, DRB-HICOM mengumumkan cadangan untuk menjual seluruh pegangan saham 97.37 peratus dalam Alam Flora kepada Malakoff Corporation Berhad dengan nilai kira-kira RM944.6 juta.[6][7]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Alamflora: Corporate Information". Alam Flora. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 24 November 2015.
  2. ^ Nurul Ain Mohd Hussain (23 Jun 2011). "Selangor Fail Saman Balas Terhadap Alam Flora". mStar Online. Dicapai pada 24 November 2015.
  3. ^ "Alam Flora no longer collects solid waste in Selangor". Edgeprop. 17 Oktober 2011. Dicapai pada 24 November 2015.
  4. ^ "Alam Flora stops collecting solid waste in Selangor". Malaysiakini. 17 Oktober 2011. Dicapai pada 24 November 2015.
  5. ^ "Alam Flora perkenal alat pembersih konsep hijau". Harian Metro. 21 Ogos 2017. Dicapai pada 24 November 2017.
  6. ^ "Anak syarikat DRB-HICOM jual pegangan dalam Alam Flora". Berita Harian. 1 Ogos 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2018.
  7. ^ "DRB-HICOM sells Alam Flora to Malakoff for RM944mil". The Star Online. 1 Ogos 2018. Dicapai pada 1 Ogos 2018.

Pautan luar

sunting