Ali Majod

penulis Malaysia

Mohamad Ali Majod adalah penulis cerpen, sajak, menulis drama dan esei dari Malaysia. Beliau terkenal sebagai penulis cerpen 'Pensel Sebatang'. Beliau pernah bekerja sebagai Ketua Unit Buku Remaja, Bahagian Penerbitan Am, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1990-an. Seterusnya sebagai penulis bebas, perunding sastera dan pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Ali Majod
Kelahiran
Mohamad Ali bin Majod

(1940-09-12)12 September 1940
Kampung Ayer Penaga, Gemencheh, Negeri Sembilan
Meninggal dunia20 Mac 2012(2012-03-20) (umur 71)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor
PekerjaanPenulis

Latar belakang sunting

Ali Majod dilahirkan pada 12 September 1940 di Kampung Ayer Penaga, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Pendidikan sunting

Beliau belajar di Sekolah Melayu Sungai Jernih (1848-1955) dan Sekolah Melayu Gemencheh (1956-1957). Ali Majod pernah menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (1958-1961) dan menyambung pengajian di Universiti Malaya (1975-1978).

Sebagai guru, beliau mengajar di beberapa sekolah di Negeri Sembilan, tenaga pengajar di Universiti Malaya (1980), pegawai penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei. Sewaktu menuntut di MPSI Tanjung Malim, Allahyarham telah memenangi Hadiah Tunas Sastera 1961, sempena Peraduan Mengarang Cerpen di maktab tersebut. Hasil karya Allahyarham memenangi hadiah RM100. [1]

Penulisan sunting

Beliau pernah menggunakan nama samaran Malinas. Beliau banyak menghasilkan cerpen remaja, cerpen dewasa, novel remaja dan buku cerita kanak-kanak. Kumpulan cerpen persendiriannya ialah Dalam Diri (DBP, 1974), Lampu-lampu Di Pelabuhan (DBP, 1982) dan Semacam Kepuasan (DBP). Kumpulan cerpen remajanya Sayang Si Tina memenangi hadiah pertama dalam penilaian Hadiah Sastera Remaja ESSO-GAPENA 1 pada tahun 1981 dan diterbitkan oleh DBP (1982). Beliau juga menghasilkan buku cerita kanak-kanak lnilah Ceritaku dan Ani Yang Sihat.

Biografi penulis Othman Puteh berjaya diterbitkan. Beliau juga menulis novel remaja Kasihanilah Dia (DBP) dan menyelenggara kumpulan cerpen remaja Biarkan Aku Sendiri (DBP, 1985) dan Impian Murni (DBP, 1986).

Namun cerpen Pensel Sebatang (Dewan Masyarakat Oktober 1965) cukup popular dan sesuai dijadikan rujukan psikologi kanak-kanak dan sering digunakan sebagai model pengajaran guru di sekolah . Ali Majod mengangkat isu tentang sebatang pensel yang dibeli oleh Zahid daripada upah memungut getah skrap. Pensel itu dicuri oleh Dolah Udin. Zahid mempertahankan haknya lalu bergaduh dengan si pencuri, tetapi si pencuri, kerana pandai berlakon, tidak didenda oleh Cikgu Jamal. Yang didenda ialah Zahid sendiri sehingga menumbuhkan suatu perasaan lain dalam diri Zahid, khususnya terhadap Cikgu Jamal .

Pada tahun 1971 dan 1972, Ali Majod menerima Hadiah Karya Sastera untuk cerpennya, Penunggu (1971), Ngayau (1971) dan Semacam Kepuasan (1972). Beberapa buah cerpennya telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Jerman dan Rusia. Karyanya pernah memenangi Hadiah Karya Sastera 1971 dan 1972, Sayembara Esso-Gapena 1980 dan 1982, Hadiah Sastera Malaysia 1986/1987; serta pernah diangkat sebagai Tokoh Cerpen Negeri Sembilan 2005.

Era tahun 2000 , Ali Majod memiliki kolum khas di akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan untuk menilai dan mengulas cerpen-cerpen karya pengarang lama dan baru. Ulasan dan kritikan Ali Majod mendatangkan manfaat besar kepada para pengarang yang dikritik karyanya untuk diperbaiki lagi. Kemudian beliau diiktiraf dalam penilaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) bagi kategori esei / kritikan .

Ketika di DBP, beliau bersama Johan Jaafar , Abdul Ahmad dan lain-lain mengendalikan Minggu Penulis Remaja sekitar 1980-an. Antara penulis muda yang turut serta ialah Zaen Kasturi dan Rahimidin Zahari.

Penghargaan sunting

Ali Majod pernah dilantik menjadi panel hakim Sayembara Penulisan Kreatif dan Kritikan Sastera (bahagian cerpen) peringkat lnter-Varsiti, panel hakim peraduan mengarang cerpen antara sekolah-sekolah menengah berasrama penuh (1986) dan peraduan mengarang sastera remaja (Bahagian Cerpen) anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (1986).

Beliau juga banyak terlibat dalam membimbing penulis-penulis muda anjuran Minggu Penulis Remaja (MPR) DBP yang banyak melahirkan penulis-penulis terkenal dewasa ini.

Meninggal dunia sunting

Pada 20 Mac 2012, Ali Majod meninggal dunia pada usia 71 tahun setelah beberapa terlantar sakit, lumpuh dan tidak boleh bercakap. Penyakit saraf yang ditanggungnya sama seperti yang dialami oleh penulis lirik Allahyarham Seri Bayu dan bintang bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau berkomunikasi dengan menulis jika hendak bertanya sesuatu. Makanan pula terpaksa disalurkan menerusi tiub.[2] Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor pada 22 Mac jam 11.00 pagi.

Semasa hayatnya, JK Yayasan Nusantara Melayu Raya (Numera) pimpinan Sasterawan Negara ke-11, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah/Kemala pernah menziarahi beliau.[3]

Karya sunting

  1. Pantun jenaka : Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2006
  2. Pantun budi bahasa ;Kuala Lumpur ; Uutusan Publications & distributors, 2006
  3. Pantun ilmu : Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2006
  4. Pantun nasib : Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2006
  5. Pantun sahabat : Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors, 2006.
  6. Pantun kasih sayang : Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2006
  7. Sang kancil dengan burung kangkang kap ;Utusan Publications & Distributors, 2005.
  8. Sang kancil dengan Pak Belang : Utusan, 2005.
  9. Sang kancil dengan buaya : Utusan, 2005.
  10. Sang kancil dengan pembalak haram : Utusan, 2005.
  11. Hidup sihat : Utusan Publications & Distributors , 2005.
  12. Orang yang bijak : Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors , 2005.
  13. Dengarlah nasihat : Utusan Publications & Distributors , 2005.
  14. Hidup beradat : Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors, 2005
  15. Semacam kepuasan : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005.
  16. Hidup berbudi : Utusan Publications & Distributors , 2005
  17. Orang yang bijak : Utusan Publications & Distributors, 2005
  18. Padah menyamar : Utusan Publications & Distributors , 2005.
  19. Hidup berbudi : Utusan Publications & Distributors , 2005.
  20. Hidup beradat : Utusan Publications & Distributors , 2005.
  21. Sang kancil dengan musang : Utusan, 2005.
  22. Sang kancil dengan ketam ; Utusan, 2005.
  23. Sayang Si Tina; Dewan bahasa dan Pustaka. : 2004.
  24. Hikayat Banjar / penyelenggara;Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
  25. Hikayat Patani / penyelenggara;Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004.
  26. Penghayatan antologi : sehijau warna daun / [diselenggarakan oleh : Othman Puteh, Ali Majod, Sharif Putera; DBP, 2003.
  27. Biografi Othman Puteh : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.
  28. Kasihanilah dia : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992.
  29. Ram dan Rim ke planet zerak : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991.
  30. Impian murni : (kumpulan cerpen remaja / diselenggarakan oleh Ali Majod. ; DBP, 1986.
  31. Lampu-lampu di pelabuhan : sebuah kumpulan cerpen ;DBP, 1982.
  32. Dalam diri;Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1981
  33. Aku terpaku ; Sasbadi [4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Kepulangan Cerpenis "Pensel Sebatang" Mohd Ali Majod". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2012-08-22.
  2. ^ Jasa Ali Majod dalam sastera[pautan mati kekal]
  3. ^ [Karya Ali Majod mendahului zaman, kawan baik budi: Kemala. Berita Harian 21-March-2012]
  4. ^ Ali Majod[pautan mati kekal]