Koordinat: 51°35′33″N 000°20′08″W / 51.59250°N 0.33556°W / 51.59250; -0.33556 (01 - Harrow & Wealdstone station)

Aliran Bakerloo merupakan salah satu aliran dalam London Underground. Dalam peta, aliran ini diwarnakan perang. Aliran ini mempunyai landasan atas permukaan tanah dan juga di bawah tanah, iaitu dari Elephant and Castle (di tenggara London) ke Harrow & Wealdstone yang terletak di barat laut London. Daripada 25 buah stesen yang ditetapkan untuk aliran ini, 15 daripadanya merupakan stesen bawah tanah.

Aliran Bakerloo
Bakerloo line flag box.png
Warna dalam peta Perang
Tahun dibuka 1906
Jenis aliran Aras bawah tanah
Pusingan simpanan
(Rolling stock)
1972 Tube stock
7 gerabak
setiap kereta api
Stesen dalam
perkhidmatan
25
Panjang 23.2 km (14.4 batu)
Depoh Stonebridge Park
London Road
Bilangan penumpang 104 juta (2002)
(setahun)
Perkhidmatan kereta api
Transport for London
Aliran kereta api London Underground
  Aliran Bakerloo
  Aliran Central
  Aliran Circle
  Aliran District
  Aliran Hammersmith & City
  Aliran Jubilee
  Aliran Metropolitan
  Aliran Northern
  Aliran Piccadilly
  Aliran Victoria
  Aliran Waterloo & City
Aliran-aliran lain
  Docklands Light Railway
  Tramlink
  London Overground

SejarahSunting

Aliran Bakerloo dahulunya dikenali sebagai Kereta Api Baker Street & Waterloo. Dibina oleh Underground Electric Railways Company of London (UERL), aliran ini dimulakan khidmatnya pada 10 Mac 1906. Aliran ini pada mulanya meliputi dari Baker Street ke Lambert North (selepas itu dikenali sebagai Kennington Road). [1] Pada 5 Ogos, tahun yang sama, aliran ini dipanjangkan sehingga Elephant & Castle. Pada waktu ini, aliran ini mendapat jolokan "Bakerloo", lalu pada Julai 1906, aliran ini ditukar nama menjadi Bakerloo.[1]

Menjelang tahun 1913, kerja-kerja pemanjangan aliran ini dijalankan dari perhentian penghabisan asal di Baker Street.

Cabang WatfordSunting

 
Platform menghala ke arah selatan Aliran Bakerloo di stesen Paddington

Pada tahun 1915, aliran ini dipanjangkan ke Queen's Park. Walau bagaimanapun, khidmat tren ke Watford dikurangkan pada sekitar tahun 1960, dan akhirnya dihentikan. Perhentian penghabisan diubah ke Stonebridge Park.

Cabang StanmoreSunting

Pada 1930-an, Aliran Metropolitan mengalami kesesakan akibat muatan terhad rel di semua stesen antara Baker Street dan Finchley Road. Bahagian baru terowong dibina di platform stesen-stesen antara Baker Street dan Finchley Road. Tiga stesen daripada aliran Metropolitan (stesen Lord's, Marlborough Road dan Swiss Cottage) turut ditukarkan menjadi dua stesen baru dalam aliran Bakerloo iaitu St. John's Wood dan Swiss Cottage. Pada 20 November 1939, perkihdmatan aliran Metropolitan ke Stanmore diambil alih menjadi perkhidmatan aliran Bakerloo. Cabang Stanmore ini menjadi sebahagian daripada perkhidmatan aliran Bakerloo sehingga 1 Mei 1979. Hal ini demikian kerana masalah kesesakan aliran Bakerloo yang disebabkan oleh dua cabang rel yang tertumpu di stesen Baker Street. Ini membawa kepada pembukaan aliran Jubilee, pada asalnya hanyalah menyambung cabang Stanmore dengan terowong baru antara stesen Baker Street dan Charing Cross.

Sambungan CamberwellSunting

Pada tahun 1931, usul untuk pemanjangan dari stesen Camberwell dan Denmark Hill telah dipersetujui sebagai sebahagian London Electric Metropolitan District and Central London Railway Companies (Works) Act, 1931. Pada bulan April 1937, kos anggaran bagi penambahan ini ialah sebanyak £5 juta (£263 juta nilai sekarang). Akibat kenaikan harga bahan mentah, projek ini ditunda.[2]

PetaSunting

StesenSunting

Hentian Imej Tarikh dibuka[3] Maklumat tambahan
Harrow & Wealdstone         16 April 1917 Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
Kenton     16 April 1917 Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
South Kenton     Error in Template:Date table sorting: 'July' is not a valid month Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
North Wembley     16 April 1917 Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
Wembley Central       16 April 1917 Dahulunya dibuka sebagai Wembley Central for Sudbury. Dinamakan semula: 5 Julai 1948. Perkhidmatan dihentikan: 24 September 1982. Perkhidmatan disambung semula: 4 Jun 1984.
Stonebridge Park     Error in Template:Date table sorting: 'August' is not a valid month
Harlesden     16 April 1917
Willesden Junction       10 May 1915
Kensal Green     Error in Template:Date table sorting: 'October' is not a valid month
Queen's Park      Error in Template:Date table sorting: 'February' is not a valid month
Kilburn Park   Error in Template:Date table sorting: 'January' is not a valid month
Maida Vale   6 Jun 1915
Warwick Avenue   Error in Template:Date table sorting: 'January' is not a valid month
Paddington   (  Kereta api ke Heathrow)   Error in Template:Date table sorting: 'December' is not a valid month
Edgware Road   15 Jun 1907
Marylebone     Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month Dahulunya dibuka sebagai Great Central. Dinamakan menjadi Marylebone: 15 April 1917
Baker Street   Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month
Regent's Park   Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month
Oxford Circus   Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month
Piccadilly Circus   Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month
Charing Cross     Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month
Embankment   Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month
Waterloo     Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month
Lambeth North   Error in Template:Date table sorting: 'March' is not a valid month Dahulunya dibuka sebagai Kennington Road. Dinamakan menjadi Westminster Bridge Road: 5 August 1906, dinamakan pula menjadi Lambeth North: 15 April 1917
Elephant & Castle     Error in Template:Date table sorting: 'August' is not a valid month

Stesen-stesen terdahuluSunting

Cabang WatfordSunting

Stesen Tarikh dibuka Tarikh khidmat dihentikan Maklumat tambahan
Watford Junction 16 April 1917 16 September 1982
Aatford High Street 16 April 1917 24 September 1982
Bushey & Oxhey 16 April 1917 24 September 1982 Dinamakan semula menjadi Bushey: 6 Mei 1974
Carpenders Park 5 April 1919 24 September 1982 Ditutup pada 16 November 1952 tetapi dibuka semula di tapak baharu pada 17 November 1952
Pinner & Hatch End 16 April 1917 24 September 1982 Dinamakan semula menjadi Hatch End (for Pinner): 1 February 1920. Dinamakan semula menjadi Hatch End: 1956.
Headstone Lane 16 April 1917 24 September 1982

RujukanSunting

  1. ^ a b Day, J.R. and Reed, J. (2005). The Story of London's Underground. Capital Transport Publishing.
  2. ^ "Rising Cost of Steel - London Transport Economics - Extensions Delayed". The Times. London. 10 April 1937. m/s. 14.
  3. ^ Rose, Douglas (1999). The London Underground, A Diagrammatic History. London: Douglas Rose/Capital Transport. ISBN 1-85414-219-4. OCLC 59556887.

Pautan luarSunting