Aliuddin Mohd Tahir
Datuk Pengiran Awangku Aliuddin bin Pengiran Haji Mohd Tahir ialah ahli politik Malaysia dari Sabah. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kimanis selepas memenangi pilihan raya kecil Kimanis 1977. Beliau mengekalkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kimanis selepas menang dalam pilihan raya umum 1978 hingga meletak jawatan pada 1981. Pada pilihan raya umum 1986, beliau sekali lagi bertanding di kawasan sama mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) namun tewas. Pada pilihan raya umum 1990, beliau juga bertanding di kawasan sama sebagai calon bebas, namun tewas.
Datuk Aliuddin Mohd Tahir Pengiran Aliuddin Pengiran Tahir P.G.D.K., J.M.N., A.D.K. | |
---|---|
Ahli Parlimen Malaysia bagi Kimanis | |
Dalam jawatan 1977–1981 | |
Didahului oleh | Pengiran Tahir Pengiran Petra |
Digantikan oleh | Pengiran Othman Pengiran Rauf |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 30 Ogos 1944![]() |
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() BEBAS (kini) |
Pekerjaan | Bekas Ahli Parlimen |