Alstom Metropolis C751A

Alstom Metropolis C751A ialah unit kereta api elektrik berbilang generasi pertama yang menggunakan kawalan kereta api berasaskan komunikasi (CBTC) dalam Sistem Pengangkutan Gerak Cepat di Republik Singapura. Ia memberi khidmat untuk laluan Timur Laut sejak tahun 2003. 25 buah set kereta api telah dibeli bagi laluan tersebut.

Gambaran sunting

Kereta api enam gerabak pada laluan Timur Laut telah dikuasakan oleh katenari atas, yang pertama seumpamanya dalam sejarah MRT Singapura. Stok-stok kereta api yang lain menggunakan rel ketiga kerana pihak berkuasa beranggapan bahawa wayar atas tidak sedap untuk dipandang dan tidak membenarkan kereta api untuk dikuasakan menggunakan kaedah ini pada laluan bertingkat (atas jejambat). Kerana laluan Timur Laut merupakan laluan MRT yang sepenuhnya berada di bawah tanah, pihak berkuasa mempunyai pilihan sama ada menggunakan talian atas atau rel ketiga. Stok kereta api ini juga adalah yang pertama mempunyai tempat duduk dengan warna yang sama dalam setiap kompartmen kereta api.

Alstom telah diberi kontrak pada tahun 1997 dan 1998 (dikenali sebagai Kontrak C751A) oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di Singapura untuk membekalkan kereta api bagi laluan Timur Laut.[1]

Pengendalian tanpa pemandu sunting

C751A adalah stok kereta api metro pertama yang beroperasi sepenuhnya tanpa pemandu di Singapura. Namun, pihak SBS Transit mempunyai pekerja terlatih untuk memandu kereta api secara manual jika diperlukan.

Kawalan kereta api berasaskan komunikasi (CBTC), yang mengekalkan "komunikasi digital dua hala berterusan" di antara setiap kereta api yang dikawal dan dan pusat kawalan, di mana ia boleh mengawal kawasan laluan kereta api. Baru-baru ini, kajian menunjukkan bahawa sistem CBTC mengurangkan kos kitaran hayat untuk keseluruhan aset kereta api dan meningkatkan kebolehlenturan dan kawalan pengendalian.[2]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Singapore Northeast Line – The first fully automatic heavy metro system" (PDF). Alstom. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-09-29. Dicapai pada 2008-02-25. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ "Urbalis control system". Alstrom. Dicapai pada 12 Julai 2017 – melalui alstrom.com.