Amal Hijazi

Amal Hijazi atau Amal Higazi (Arab:أمل حجازى) (lahir di Beirut, Lubnan, 20 Februari 1977; umur 44 tahun) ialah penyanyi, model, dan ikon pop Lubnan yang popular di seluruh dunia Arab. Kejayaannya yang utama bermula dengan penerbitan Zaman (Masa Lalu), albumnya yang kedua yang menjadi kegemparan blokbuster. Hijazi terkenal kerana daya cipta video muziknya yang tinggi serta juga kerana suara dan gaya menyanyi yang tersendiri.ia seorang Sunni Lubnan.[1]

Amal Hijazi
أمل حجازى
Kelahiran (1977-02-20) 20 Februari 1977 (umur 44)
Lubnan Beirut, Lubnan
GenreMuzik Arab
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif2000 — sekarang
Syarikat rakaman
Dilara Master (2000—2001), Music is My Life (2002—2003), Rotana Records (2004—2014), Awakening Records, Universal Music Indonesia
Laman sesawang
Official Amal Hijazi FanClub

Hijazi telah dibandingkan dengan berbagai-bagai penyanyi Lubnan yang termasyhur seperti Nancy Ajram, Haifa Wehbe, Nawal Al Zoghbi, dan Elissa.[2] Bagaimanapun, beliau enggan dibandingkan dengan mereka dan berkata bahawa beliau tidak bergantung kepada rupa dan gaya yang menggoda untuk mencapai kepopularan, tetapi sebaliknya hanya menumpukan perasaan untuk menyampaikan pesanan kepada penonton. Beliau menambah bahawa tidak sekali pun pada sepanjang kerjaya penyanyiannya bahawa beliau berasa terpaksa akan keperluan untuk membuat video muzik yang menggoda demi mencapai kepopularan dan hanya bergantung kepada bakat sendiri dan hormat kendiri untuk bernyanyi.[3]

Kini merupakan salah satu penyanyi Lubnan yang paling aktif, Hijazi telah memberi persembahan dalam sebilangan konsert di seluruh dunia serta juga membuat kemunculan TV yang tidak berbilang. Beliau juga terkenal kerana sokongannya kepada berbagai-bagai projek amal, selain daripada merupakan duta jenama Panasonic yang terkenal.

Hijazi kini memiliki empat buah album blokbuster dan telah mencapai kejayaan yang cemerlang di banyak negara Arab, selain daripada Eropah dan Amerika Syarikat.

RujukanSunting

Pautan luarSunting