Elissa

Pelakon dan penyanyi wanita Lubnan

Elissar Zakaria Khoury, (Arab: إليسار زكريا خوري; lahir di Deir el Ahmar, Lubnan, 27 Oktober 1972; umur 51 tahun) lebih dikenali sebagai Elissa (Arab: إليسا) adalah merupakan seorang penyanyi Arab yang berasal dari Lubnan yang terkenal.

Elissa
إليسا
Latar belakang
Nama asalإليسا
Nama lahirElissar Zakaria Khoury
إليسار زكريا خوري
Juga dikenali sebagai
Elissa
Kelahiran (1972-10-27) 27 Oktober 1972 (umur 51)
Lubnan Deir el Ahmar, Lubnan
GenreMuzik Arab, Muzik dunia
Pekerjaan
Tahun aktif1992—kini
Syarikat rakaman
Laman sesawang
Official website

Latar Belakang sunting

Elissa dilahirkan pada 27 Oktober 1972 di Deir El Ahmar, yang terletak di Lembah Beqa'a, Lubnan.

Beliau mempunyai ijazah sarjana muda dalam Sains Politik dari Universiti Lubnan. Beliau mula berjinak dalam industri hiburan apabila beliau menyertai kumpulan teater satira politik Théatre de 10 heures bersama seorang penghibur terkenal Wissam Tabbara.

Karier Muzik sunting

Elissa memulakan karier nyanyiannya pada tahun 1992 dengan menyertai satu rancangan hiburan Studio El Fann (Studio Seniman) yang disiarkan oleh stesyen televisyen Lembaga Penyiaran Lubnan (LBC) apabila beliau berjaya memenangi pingat perak.

Selepas meninggalkan dunia hiburan seketika, kemudian beliau kembali dengan sebuah single yang bertemakan Sepanyol-Arab yang bertajuk Baddi Doub pada tahun 1998. Albumnya yang pertama, Baddi Doub merupakan antara album terlaris yang dijual di Lubnan dan seluruh timur tengah dengan jualan sebanyak 150,000 unit. Di atas kejayaan album pertama beliau, maka Elissa dicalonkan di dalam Festival Muzik Antarabangsa di Cannes pada tahun 2000.

Pada tahun 2000, beliau telah berduet dengan artis lelaki Lubnan yang terkenal iaitu Ragheb Alameh di dalam lagu Bitgheeb Bitrouh yang dimasukkan di dalam album keduanya W Akherta Ma'ak yang telah berjaya dijual sebanyak 1,600,000 unit.

Kemudiannya, Elissa telah digabungkan bersama penyanyi Ireland yang terkenal Chris DeBurgh di dalam sebuah lagu dwi-bahasa Arab dan Inggeris yang bertajuk Lebanese Nights (Malam-Malam Lubnan) yang telah ditulis dan dicipta oleh Chris DeBurgh sendiri. Chris telah menulis lagu ini ketika beliau melawat Lubnan. Beliau mahukan seorang artis Lubnan untuk bergabung dalam nyanyian lagu ini, dan akhirnya beliau memilih Elissa. Lagu ini dirakamkan di London dan telah dimasukkan ke dalam album Chris DeBurgh yang bertajuk Timing is Everything pada tahun 2002.

Album Elissa yang ketiga, iaitu Aychallak yang dipasarkan pada Jun 2002 di mana klip video atas tajuk yang sama telah dibuat di Paris dan diarahkan oleh seorang pengarah Perancis bernama Fabrice Begotti, di mana pakaian dan solekan Elissa telah ditaja oleh Christian Dior. Elissa merupakan orang Arab pertama yang dipilih untuk mewakili Christian Dior. Klip video dan lagu Aychallak merupakan satu lagu yang amat berjaya. Dengan bantuan komposer lagu terkenal Jean-Marie Riachi, Elissa telah mencipta satu lagi kejayaan dengan lagunya Agmal Ehsas (Perasaan Terbaik). Lagu ini terkandung di dalam albumnya yang ketiga, Aychallak. Klip video Agmal Ehsaas' telah diarahkan oleh seorang pengarah Lubnan, iaitu Selim El Turk. Elissa dan Selim telah memenangi anugerah Murex D'or untuk 'Artis Wanita Terbaik' dan 'Klip Video Terbaik'.

Pada akhir tahun 2002, Elissa telah merasmikan pembukaan Virgin Megastore di Kuwait bersama-sama Sir Richard Branson, pemilik Virgin Megastore yang terkenal itu.

Elissa juga mendapat kejayaan besar apabila tersenarai di dalam buku anthologi 100 Pioneers of Lebanon (100 Peneraju-Peneraju Lubnan) bersama-sama dengan selebriti-selebriti Lubnan yang terkenal antaranya Fairouz dan Wadih El Safi.

Pada September 2003, Elissa telah membuat persembahan untuk Hope Charity Gala di Dewan Royal Albert, London. Elissa merupakan artis tunggal dari Timur Tengah dan berganding bersama artis-artis antarabangsa yang lain seperti Sarah Brightman, Zucchero dan Joaquin Cortes

Album keempat Elissa, Ahla Dunya telah dilancarkan pada tahun 2004. Album itu telah berjaya dijual dengan larisnya di dunia Arab. Album tersebut merupakan album pertama Elissa yang dikeluarkan oleh syarikat rakaman yang terkenal di dunia Arab iaitu Rotana. Album tersebut dimuatkan dengan pelbagai lagu hits seperti Koll Yowm fi Omrey, Erga'a lil Shoa, Hobbak Waga' dan Ahla Dunya.

Pada tahun 2005, album Ahla Dunya telah mendapat anugerah 'Album Terlaris di Timur Tengah dan Afrika Utara pada Anugerah Muzik Dunia di Monte Carlo, Monaco.

Pada tahun 2007, lagu Halili di mana beliau berduet dengan Cheb Mami menjadi popular di dunia Arab.

Imej sunting

Pada tahun 2001, beliau telah mengambil bahagian di dalam Fiesta Latina yang dianjurkan oleh negara Jordan. Beliau juga telah membuat persembahan pembukaan di dalam konsert artis British terkenal Sting di piramid Mesir.

Beliau juga merupakan satu-satunya artis Arab yang telah membuat persembahan di Stars Charity Show di Dubai dan ditontoni oleh bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton, Permaisuri Jordan iaitu Permaisuri Rania dan Putera Mahkota Dubai iaitu Sheikh Mohamed Bin Rashid Al Maktoum.

Pada tahun 2003, beliau telah mengikat kontrak dengan Pepsi. Ini diikuti dengan satu lagi kontrak dengan Ray Ban pada tahun 2004. Beliau juga mempromosikan barangan Lux.

Pada waktu ini, Elissa merupakan spokeperson untuk Pepsi di dunia Arab. Pada tahun 2006, beliau dan penyanyi terkenal Christina Aguilera telah bersama-sama mempromosikan Pepsi di dalam sebuah iklan bersama-sama.

Diskografi sunting

Album studio sunting

  • Baddy Doub (1998)
  • W'akherta Maak (2000)
  • Ayshalak (2002)
  • Ahla Dounya (2004)
  • Bastanak (2006)
  • Ayami Bik (2007)
  • Tesada'a Bemeen (2009)
  • Asaad Wahda (2012)
  • Halet Hob (2014)
  • Saharna Ya Leil (2016)
  • Ila Kol Lli Bihibbouni (2018)
  • Sahbit Raey (2020)

Himpunan sunting

  • Best of Elissa (2011)

EP sunting

  • Aghani Min Hayati (Live) (2021)

Single dan carta lagu sunting

Tajuk Tahun Kedudukan carta puncak Album
LBN
[1]
MENA
[2]
"Garrabt Fe Marra" 2012 * Single bukan album
"Asaad Wahda" 1 Asaad Wahda
"Law" 2014 1 Single bukan album
"Ya Merayti" 12 Halet Hob
"Mawtini" 2015 4 Single bukan album
"Ya Rait" 2016 6 Saharna Ya Leil
"Saharna Ya Leil" 1
"Anti L Tohro Ya Mariam" 2017 Single bukan album
"Zakaria"
"Isht Wa Shoft" 2018
"Krahni" 19 Ila Kol Elli Bi7ebbouni
"Ila Kol Elli Bi7ebbouni" 12
"Bokra Bteshroq Shams El Eid" Single bukan album
"Abl Ay Had" 2019
"Aam Thour"
"Ya Am Salamtak" 2021 19
"Damayer" 2022
"Min Awel Dekika"
(duet bersama Saad Lamjarred)
7 16
"Zahra Men El Yasmin"
"Ana W Bass" 16
"Ma Tendam 3a Shi" 2023 12
"Batmayel Aala El Beat" 1
"El Okd"
"—" menandakan item yang tidak dikeluarkan di negara itu atau gagal dicarta.
"*" menandakan carta tidak wujud pada masa itu.

Kolaborasi sunting

Kontroversi dengan Amal Hijazi sunting

Elissa pernah menuduh seorang penyanyi Lubnan yang terkenal Amal Hijazi kerana meniru stailnya terutamanya di dalam klip video Amal Hijazi Beddawar Albey (Mencari Hatiku). Walau bagaimanapun, Amal Hijazi telah menafikan tuduhan ini dengan menyatakan bahawa setiap penyanyi mempunyai stail yang tersendiri. Amal juga menyatakan bahawa klip video beliau Bedawwar Albey telah difilemkan lama sebelum klip video Elissa Hobbak Waga' .

Pada tahun 2004, Amal Hijazi telah mengetepikan kontroversi tersebut apabila beliau bertemu dan mengucapkan takziah kepada Elissa dan keluarganya di atas kematian bapa Elissa kerana penyakit kanser. Elisa telah menyambut Amal Hijazi dengan tangan terbuka dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sanggup bersama-sama Elissa pada masa yang mendukacitakan.

Rujukan sunting

  1. ^ Peak chart positions for singles and songs in Lebanon:
    • "The Official Lebanese Top 20 – Elissa Chart History". The Official Lebanese Top 20. Dicapai pada 20 Februari 2023.
  2. ^ Peak chart position for single in MENA:

Pautan Luar sunting