Amerisium adalah unsur transuranium bersimbol Am dan bernombor atom 95. Logam radioaktif ini berbentuk hablur putih perak, dan digunakan dalam penyelidikan, peranti elektronik, dan alat bantu diagnosis.

Amerisium di nawah mikroskop

Sejarah sunting

Amerisium pertama kalinya dihasilkan oleh sebuah kumpulan saintis yang diketuai oleh Glenn T. Seaborg di Universiti California, Berkeley pada musim luruh 1944, dan berkait rapat dengan Projek Manhattan. Oleh hal yang demikian, penemuan unsur ini, bersama dengan kurium dirahsiakan hingga tahun berikutnya, di mana pengumuman rasmi dilaksanakan pada 16 November 1945. Namun begitu, Seaborg berkongsi berita penemuannya lima hari sebelumnya menerusi sebuah rancangan radio kanak-kanak, Quiz Kids, di mana salah satu pendengar menyoal kepada beliau sama ada terdapat unsur transuranium yang telah ditemui selain daripada neptunium dan plutonium.[1]

Unsur ini dinamakan sempena benua Amerika sebagai penyesuaian dengan nama unsur europium yang berkedudukan di atas amerisium dalam jadual berkala.[2]

Penggunaan sunting

Amerisium paling umum digunakan dalam pengesan asap biasa, di mana isotop amerisium-241, dalam bentuk amerisium dioksida digunakan sebagai sumber sinaran pengion.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ Pepling, Rachel Sheremeta (2003). "Chemical & Engineering News: It's Elemental: The Periodic Table – Americium". Dicapai pada 7 July 2010.
  2. ^ Seaborg, Glenn T. (1946). "The Transuranium Elements". Science. 104 (2704): 379–386. Bibcode:1946Sci...104..379S. doi:10.1126/science.104.2704.379. JSTOR 1675046. PMID 17842184.
  3. ^ "Smoke Detectors and Americium", Nuclear Issues Briefing Paper, 35, May 2002, diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2002, dicapai pada 2015-08-26

Pautan luar sunting

  •   Kategori berkenaan Amerisium di Wikimedia Commons
  •   Takrifan kamus amerisium di Wikikamus