Amy Jean Klobuchar (/ˈklbəʃɑːr/ KLOH--shar; lahir 25 Mei 1960) ialah seorang peguam dan ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Senator Amerika Syarikat dari Minnesota sejak tahun 2007. Beliau mengumumkan pencalonannya untuk pemilihan calon presiden untuk presiden Amerika Syarikat parti Demokrat dalam pilihan raya 2020 pada 10 Februari 2019. Namun, pada 2 Mac 2020, beliau menarik diri dan mengumumkan sokongan kepada Joe Biden.[1][2]

Amy Klobuchar
Senator A.S.
dari Minnesota
Memegang jawatan
3 Januari 2007
Berkhidmat dengan Tina Smith
Didahului olehMark Dayton
Butiran peribadi
LahirAmy Jean Klobuchar
(1960-05-25) 25 Mei 1960 (umur 63)
Plymouth, Minnesota, U.S.
Parti politikDemokrat
PasanganJohn Bessler (k. 1993)
Anak-anak1
SaudaraJim Klobuchar (bapa)
PendidikanUniversiti Yale
Universiti Chicago
Tandatangan
Laman web rasmiLaman web Senat

Dilahirkan di Plymouth, Minnesota, Klobuchar adalah lulusan Universiti Yale dan sekolah perundangan Universiti Chicago. Beliau adalah rakan kongsi di dua firma undang-undang Minneapolis sebelum dipilih sebagai peguam daerah untuk Daerah Hennepin pada tahun 1998. Setelah menjawat jawatan itu, beliau bertanggungjawab untuk semua pendakwaan jenayah di daerah paling padat dengan penduduk di Minnesota. Klobuchar pertama kali dipilih ke Senat pada tahun 2006, menjadi senator wanita pertama dipilih di Minnesota dan dipilih semula pada tahun 2012 dan 2018.[3] Pada tahun 2009 dan 2010, beliau digambarkan sebagai "bintang menyerlah" dalam parti Demokrat.[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Schneider, Elena (March 2, 2020). "Klobuchar to drop out of 2020 campaign, endorse Biden". Politico (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada March 2, 2020.
  2. ^ Dan Merica; Kyung Lah; Jasmine Wright; Kate Sullivan. "Amy Klobuchar ends 2020 presidential campaign and endorses Joe Biden". CNN.
  3. ^ Bostock, Bill (November 7, 2018). "Amy Klobuchar is being talked up as a 2020 contender who could 'bury' Trump after she won re-election in Minnesota". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada November 9, 2018. Dicapai pada November 9, 2018.
  4. ^ Tsukayama, Hayley (March 15, 2010). "Huffington Post names Klobuchar the smartest U.S. Senator". Diarkibkan daripada yang asal pada September 10, 2017. Dicapai pada May 14, 2017.
  5. ^ Dizikes, Cynthia (May 20, 2009). "As state's only senator, Klobuchar gains sympathetic attention". MinnPost (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada September 10, 2017. Dicapai pada May 14, 2017.

Pautan luar sunting