Andre Anura Anuar (lahir 12 Jun 1999) ialah seorang atlet Malaysia.[1]

Andre Anura
Maklumat peribadi
Nama penuhAndre Anura Anuar
KewarganegaraanMalaysia
Lahir (1999-06-12) 12 Jun 1999 (umur 24)
Ketinggian169 cm (5 ka 7 in)
Sukan
SukanOlahraga
AcaraLompat kijang, lompat jauh
Rekod pingat

Kehidupan awal dan latar belakang sunting

Andre dilahirkan pada 12 Jun 1999 di Tenom, Sabah, Malaysia. Beliau bersekolah di Sekolah Sukan Malaysia di Sepanggar.[2]

Kerjaya olahraga sunting

Beliau memulakan kerjayanya pada usia 16 tahun dengan menyertai Sukan Sekolah ASEAN 2015 apabila beliau mendapat naib juara dalam lompat jauh.

Pada 2019, Andre mencuri tumpuan selepas memecahkan rekod lompat jauh 12 tahun Josbert Tinus dengan lompatan 8.02 meter (m) untuk memenangi pingat perak di Sukan Asia Tenggara 2019. Rekod itu, yang menyaksikan Andre memadamkan rekod sebelumnya 7.88m oleh Josbert Tinus pada Kejohanan Terbuka Thai CDI Bangkok pada Oktober 2007.[3]

Rujukan sunting

  1. ^ "Profil Anura". World Athletics. Dicapai pada 14 Mei 2023.
  2. ^ "Tenom lad flies M'sian flag". Daily Express. 16 July 2015. Dicapai pada 6 August 2022.
  3. ^ "Andre Anura lebur rekod kebangsaan berusia 12 tahun". Astro Awani. Dicapai pada 2022-08-05.

Pautan luar sunting