Gerakan Antifa di Jerman terdiri dari beberapa kumpulan kiri jauh, autonomisme, militan dan individu yang menggambarkan diri mereka sebagai anti-fasis. Penggunaan gelaran fasis terhadap lawan dan pemahaman kapitalisme sebagai bentuk fasisme merupakan asas gerakan ini. Gerakan Antifa telah ada di pelbagai era dan penjelmaan. Pertubuhan asal Antifa ialah Antifaschistische Aktion (1932–1933), yang diasaskan oleh para penganut Stalinisme di Parti Komunis Jerman (KPJ) pada akhir Republik Weimar dan menganggap semua pihak selain KPJ ialah fasis.[1] Di zon pendudukan Soviet dan Jerman Timur, saki-baki anggota dari gerakan pertama diserap ke dalam Parti Sosialis Jerman dan menjadi sebahgian dari aparatus rasmi, ideologi dan bahasa,[2][3][3] perkataan "anti-fasisme" difahami terutama sebagai ideologi anti-kapitalis dan anti-imperalis, yang kemudian dijadikan "doktrin negara" Jerman Timur.[4]

Logo Antifa moden berdasarkan pada logo bersejarah penjelmaan pertama, tetapi berbeza dengan logo asal dengan dua bendera merah yang mewakili komunisme dan sosialisme, bendera hitam pada logo Antifa moden yang bermula pada 1980-an melambangkan anarkisme dan autonomisme.

Gerakan Antifa moden berasal di Jerman Barat Pembangkang Außerparlamentarische (pembangkang ekstraparlimen), gerakan mahasiswa sayap kiri yang sebagian besar menggunapaki estetika dari gerakan pertama meskipun secara ideologi amat berbeza. Kumpulan Antifa pertama dalam tradisi ini diasaskan oleh Liga Komunis Maoisme pada awal 1970-an. Dari akhir 1980-an, pendudukan tanah Jerman Barat dan sayap kiri autonomisme merupakan penyumbamg utama bagi gerakan Antifa baru, bertentangan dengan gerakan sebelum ini yang cenderung bersandar kepada Anarko-Komunisme. Gerakan Antifa moden telah berpecah menjadi kumpulan dan faksi yang berbeza, termasuk satu faksi anti-imperialis dan anti-Zionis serta satu faksi anti-Jerman yang saling bertentangan satu sama lain, terutama mengenai pandangan mereka tentang Israel.

Lembaga-lembaga Pemerintah Jerman seperti Pejabat Persekutuan untuk Perlindungan Perlembagaan dan Pejabat Persekutuan Pendidikan Masyarakat menggambarkan gerakan Antifa kontemporari sebagai sebahagian dari ekstremis kiri dan juga sebahagian dari kekerasan, kumpulan Antifa dipantau oleh pejabat persekutuan dalam konteks mandat hukumnya untuk memerangi ekstremisme,[5][6][7][8] pejabat persekutuan menyatakan bahwa tujuan mendasar dari gerakan Antifa ialah "perjuangan melawan dasar demokrasi liberal" dan kapitalisme.[5][7]

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Hoppe, Bert (2011). In Stalins Gefolgschaft: Moskau und die KPD 1928–1933. Oldenbourg Verlag. ISBN 9783486711738.
  2. ^ "The Lost History of Antifa". Jacobin Mag. 15 August 2017. Dicapai pada 5 December 2014.
  3. ^ a b Pritchard, Gareth (2012). Niemandsland: A History of Unoccupied Germany, 1944-1945. Cambridge University Press. ISBN 110701350X.
  4. ^ Grunenberg, Antonia (1993). Antifaschismus – ein deutscher Mythos. Freiburg: Rowohlt. ISBN 978-3499131790.. Especially p. 9 and pp. 120–144 (ch. "Anti-Faschismus als Staatsdoktrin: Die DDR")
  5. ^ a b Linksextremismus: Erscheinungsformen und Gefährdungspotenziale [Far-left extremism: Manifestations and danger potential] (PDF). Federal Office for the Protection of the Constitution. 2016. m/s. 33–35. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-06-02. Die Aktivitäten „antifaschistischer“ Linksextremisten (Antifa) dienen indes nur vordergründig der Bekämpfung rechtsextremistischer Bestrebungen. Eigentliches Ziel bleibt der „bürgerlich-demokratische Staat“, der in der Lesart von Linksextremisten den „Faschismus“ als eine mögliche Herrschaftsform akzeptiert, fördert und ihn deshalb auch nicht ausreichend bekämpft. Letztlich, so wird argumentiert, wurzle der „Faschismus“ in den gesellschaftlichen und politischen Strukturen des „Kapitalismus“. Dementsprechend rücken Linksextremisten vor allem die Beseitigung des „kapitalistischen Systems“ in den Mittelpunkt ihrer „antifaschistischen“ Aktivitäten.
  6. ^ "Linksextremismus" [Far-left extremism]. Verfassungsschutzbericht 2018 (PDF). Federal Ministry of the Interior, Building and Community. 2019. m/s. 106–167. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-09-02. Dicapai pada 2020-07-13. Cite has empty unknown parameter: |5= (bantuan)
  7. ^ a b "Aktionsfeld 'Antifaschismus'" [The field of "anti-fascism"]. Federal Office for the Protection of the Constitution. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-05-15. Dicapai pada 2019-07-29. Das Aktionsfeld „Antifaschismus“ ist seit Jahren ein zentrales Element der politischen Arbeit von Linksextremisten, insbesondere aus dem gewaltorientierten Spektrum. [...] Die Aktivitäten von Linksextremisten in diesem Aktionsfeld zielen aber nur vordergründig auf die Bekämpfung rechtsextremistischer Bestrebungen. Im eigentlichen Fokus steht der Kampf gegen die freiheitliche demokratische Grundordnung, die als „kapitalistisches System“ diffamiert wird, und deren angeblich immanente „faschistische“ Wurzeln beseitigt werden sollen.
  8. ^ Pfahl-Traughber, Armin (6 March 2008). "Antifaschismus als Thema linksextremistischer Agitation, Bündnispolitik und Ideologie" [Anti-fascism as a topic of far-left extremist agitation, political alliances and ideology]. Federal Agency for Civic Education.