Antony John Blinken (lahir 16 April 1962) ialah seorang pegawai dan diplomat kerajaan Amerika Syarikat. Beliau ialah Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-71 dan terkini di bawah pentadbiran presiden Joe Biden sejak tahun 2021. Sebelum ini, Blinken berkhidmat sebagai Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat dari tahun 2013 hingga 2015 dan Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat dari tahun 2015 hingga 2017 di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama.

Antony Blinken
Potret rasmi, 2021
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-71
Memegang jawatan
26 Januari 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanWendy Sherman
Didahului olehMike Pompeo
Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-18
Dalam jawatan
09 Januari 2015 – 20 Januari 2017
PresidenBarack Obama
Didahului olehWilliam Joseph Burns
Digantikan olehJohn Sullivan
Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat
Dalam jawatan
20 Januari 2013 – 09 Januari 2015
PresidenBarack Obama
Didahului olehDenis McDonough
Digantikan olehAvril Haines
Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Amerika Syarikat
Dalam jawatan
20 Januari 2009 – 20 Januari 2013
Naib PresidenJoe Biden
Didahului olehJohn P. Hannah
Digantikan olehJake Sullivan
Butiran peribadi
LahirAntony John Blinken
(1962-04-16) 16 April 1962 (umur 61)
Bandar Raya New York, New York, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganEvan Ryan (k. 2002)
Pendidikan

Semasa pentadbiran Clinton, Blinken berkhidmat di Jabatan Negara dan dalam jawatan-jawatan kanan kakitangan Majlis Keselamatan Negara. Beliau juga merupakan felo kanan di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (2001–2002), Pengarah Kakitangan Demokratik Jawatankuasa Senat Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar Negeri (2002–2008), dan ahli peralihan kuasa presiden Obama–Biden dari bulan November 2008 hingga bulan Januari 2009. Dari tahun 2009 hingga 2013, Blinken berkhidmat sebagai Timbalan Pembantu kepada Presiden dan Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Amerika Syarikat.

Dalam sektor swasta, Blinken mengasaskan WestExec Advisors, sebuah firma perunding. Beliau juga merupakan rakan kongsi dalam firma ekuiti swasta dan ahli Majlis Hubungan Luar Negeri, sebuah badan pemikir dasar asing.

Kehidupan peribadi sunting

Pada tahun 2002, Blinken berkahwin dengan Evan Ryan dalam satu upacara dwi-denominasi yang dipengerusikan oleh seorang rabbi dan paderi di Gereja Katolik Holy Trinity di Washington, D.C.[1] Beliau fasih berbahasa Perancis.[2] Beliau minat bermain gitar dan mempunyai tiga lagu yang terdapat di aplikasi Spotify dengan alias ABlinken.[3] Blinken ialah orang Yahudi.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "WEDDINGS; Evan Ryan, Antony Blinken". The New York Times. March 3, 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada December 7, 2013. Dicapai pada September 28, 2013.
  2. ^ Sevastopulo, Demetri (23 November 2020). "Biden's 'alter ego' Antony Blinken tipped for top foreign policy job". Financial Times. Diarkibkan daripada yang asal pada November 24, 2020. Dicapai pada November 23, 2020.
  3. ^ Shaffer, Claire (2020-11-23). "Yes, Biden's Secretary of State Hopeful Antony Blinken Has a Band". Rolling Stone (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 24, 2020. Dicapai pada November 23, 2020.
  4. ^ Kaplan, Allison (2020-11-22). "Long-time Biden aide Blinken most likely choice for secretary of state". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 24, 2020. Dicapai pada 2020-11-24.

Pautan luar sunting

Pejabat-pejabat kerajaan
Didahului oleh
Mike Pompeo
Setiausaha Negara Amerika Syarikat
2021–kini
Pemegang jawatan kini
Didahului oleh
John P. Hannah
Penasihat Keselamatan Negara kepada Naib Presiden Amerika Syarikat
2009–2013
Diikuti oleh:
Jake Sullivan
Didahului oleh
Denis McDonough
Timbalan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat
2013–2015
Diikuti oleh:
Avril Haines
Didahului oleh
William Joseph Burns
Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat
2015–2017
Diikuti oleh:
John Sullivan