Denis Richard McDonough (lahir 2 Disember 1969) ialah seorang pegawai kerajaan dan ahli politik Amerika Syarikat. Beliau ialah Setiausaha Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat terkini yang ke-11 di bawah pentadbiran presiden Joe Biden.

Denis McDonough
Potret rasmi, 2021
Setiausaha Hal Ehwal Veteran Amerika Syarikat ke-11
Memegang jawatan
9 Februari 2021
PresidenJoe Biden
Didahului olehRobert Wilkie
Ketua Staf Rumah Putih
Dalam jawatan
20 Januari 2013 – 20 Januari 2017
PresidenBarack Obama
Didahului olehJack Lew
Digantikan olehReince Priebus
Timbalan Penasihat Keselamatan Negara
Dalam jawatan
October 20, 2010 – January 20, 2013
PresidenBarack Obama
Didahului olehThomas E. Donilon
Digantikan olehAntony Blinken
Butiran peribadi
LahirDenis Richard McDonough
(1969-12-02) 2 Disember 1969 (umur 54)
Stillwater, Minnesota, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganKarin Hillstrom
Anak-anak3
PendidikanUniversiti St. John, Minnesota
Universiti Georgetown

Beliau ialah bekas Ketua Staf Rumah Putih, menggantikan Jack Lew ketika penggal kedua Presiden Barack Obama bermula.[1]

Sebelum ini, McDonough pernah berkhidmat sebagai Timbalan Penasihat Keselamatan Negara dari tahun 2010 hingga tahun 2013. Beliau juga pernah menjadi Ketua Staf Majlis Keselamatan Negara dari tahun 2009 hingga tahun 2010.

Kehidupan awal sunting

McDonough dilahirkan pada 2 Disember 1969 di Stillwater, Minnesota.[2] Beliau ialah salah satu daripada sebelas anak Kathleen Marie (O'Mahony) dan William Joseph McDonough.[3][4] Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga Katolik Ireland yang taat. Datuk dan neneknya telah berhijrah dari Connemara Gaeltacht di Ireland.[5][6]

Pendidikan sunting

McDonough melanjutkan pelajaran di Universiti Saint John di Collegeville, Minnesota.[7] Beliau berkelulusan Universiti Georgetown's Edmund A. Walsh School of Foreign Service dengan ijazah MSFS pada tahun 1996.[8]

Pentadbiran Obama sunting

 
McDonough, duduk, tiga dari kanan, kemeja biru, ketika berada di bilik Situasi Rumah Putih semasa serbuan ke atas Osama bin Laden.
 
McDonough berunding dengan Obama mengenai Ucapan Kaherah bersama dengan Ben Rhodes pada 4 Jun 2009.

Setelah pemilihan Presiden Obama pada 2008, beliau menganggotai pentadbiran sebagai ketua komunikasi strategik Majlis Keselamatan Negara. Beliau juga berkhidmat sebagai Ketua Staf Majlis Keselamatan Negara.[9]

Pada 20 Oktober 2010, Presiden Barack Obama mengumumkan bahawa McDonough akan menggantikan Thomas E. Donilon sebagai Timbalan Penasihat Keselamatan Negara yang telah dinaikkan pangkat untuk menggantikan Jeneral James L. Jones sebagai Penasihat Keselamatan Negara.[10] McDonough dilihat dalam sekeping foto Bilik Situasi Rumah Putih yang diambil semasa pemantauan operasi SEAL di Pakistan yang membunuh Osama bin Laden pada Mei 2011.[11]

Pada 20 Januari 2013, pada awal penggal kedua, Obama melantik McDonough sebagai Ketua Staf beliau. Pada bulan Februari 2013 McDonough mendesak penggubal undang-undang untuk segera mengesahkan Chuck Hagel dan John O. Brennan ke jawatan mereka dalam pasukan keselamatan negara Obama, menyatakan "keprihatinan serius" mengenai penundaan itu.

Setiausaha Veteran sunting

Presiden Joe Biden dilaporkan telah memilih McDonough untuk memimpin Jabatan Hal Ehwal Veteran.[12] Pada 8 Februari 2021, Senat AS mengesahkan pencalonan McDonough dengan 87 senator menyokong dan 7 senator menentang. McDonough ialah individu bukan veteran yang kedua memegang jawatan ini.[13]

Kehidupan peribadi sunting

McDonough berkahwin dengan Karin Hillstrom.[6] Mereka mempunyai tiga orang anak.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ The Washington Post (2013). Denis McDonough to be Obama's new chief of staff. Retrieved 20 January 2013.
  2. ^ Michael Cooper (November 23, 2008). "The New Team". The New York Times. Dicapai pada October 23, 2010.
  3. ^ George Thole (April 17, 2008). "Thole: Remember sacrifices of those who serve". Stillwater Gazette. Dicapai pada October 23, 2010.
  4. ^ "FamilySearch: Sign In". Dicapai pada Dec 10, 2020.
  5. ^ "Who is Denis McDonough?". Our Daily Thread. 2013-01-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-05. Dicapai pada 2013-09-07.
  6. ^ a b c O'Dowd, Niall (2013-01-25). "Denis McDonough new Obama Chief of Staff deeply proud of his Irish heritage". Irish Central (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-02-03.
  7. ^ "Denis McDonough – Keough School – University of Notre Dame" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-21.
  8. ^ Arthur Eisele (Winter 2009). "At Home in the West Wing: An Interview with Denis McDonough '92" (PDF). Saint John's Magazine. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada January 4, 2011. Dicapai pada October 23, 2010.
  9. ^ Helene Cooper (July 9, 2010). "The Saturday Profile: The Adviser at the Heart of National Security". The New York Times. Dicapai pada October 23, 2010.
  10. ^ Peter Baker (October 22, 2010). "Obama Making National Security Appointment". The New York Times. The Caucus Blog. Dicapai pada October 23, 2010.
  11. ^ "Osama bin Laden Situation Room Photo: Where Are They Now?". Time (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-01-22.
  12. ^ @Transition46 (December 10, 2020). "Keluarga yang bekerja, veteran, petani dan pengeluar, dan mereka yang memperjuangkan tempat mereka di kelas menengah akan mempunyai rakan kongsi dalam pemerintahan sekali lagi. Kumpulan yang berpengalaman ini akan membantu kita mengatasi pandemik ini dan berkembang sebaik sahaja krisis selesai" (Twit). Dicapai pada December 10, 2020 – melalui Twitter.
  13. ^ Shane III, Leo (Dec 10, 2020). "Biden to name former WH Chief of Staff Denis McDonough as VA Secretary nominee". Defense News. Dicapai pada Dec 10, 2020.

Pautan luar sunting