Aris adalah sebuah album studio berkonsepkan pop dan rock nyanyian penyanyi popular Aris Ariwatan yang diterbitkan pada tahun 1994. Album ini merupakan album beliau yang paling berjaya dan cukup mempopularkan lagu "Lamunan Terhenti" yang kekal malar segar hingga kini. Lagu tersebut juga berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-10 sebagai finalis kategori balada. Video muzik lagu tersebut juga berjaya mempopularkan aktres Aida Aris yang ketika itu seorang peragawati asal Singapura yang baru berjinak dalam dunia lakonan.

Aris
Album studio oleh Aris Ariwatan
Dikeluarkan pada1994 (1994)
Dirakam padaMay 93 - Mar 94
GenreRock, Pop
SyarikatEMI
PenerbitAris Ariwatan
Mohd Arzmy
Kronologi Aris Ariwatan
"Balada Orang Berdosa"
(1992)
"Aris"
(1994)
"Kaya"
(1996)
Single daripada album Aris Ariwatan
  1. "Lamunan Terhenti"
    Dikeluarkan pada: 2 Jun 1994
  2. "Matador"
    Dikeluarkan pada: 30 Ogos 1994
  3. "1,2,3,4"
    Dikeluarkan pada: 23 Disember 1994
  4. "Ngajat vs Tango"
    Dikeluarkan pada: 11 Mar 1995
  5. "Hanyut Ke Syurga"
    Dikeluarkan pada: 22 Mei 1995

Album ini merupakan kali pertama Aris sendiri menggalas tugas sebagai penerbit di bawah seliaan syarikat rakaman EMI Music. M. Nasir juga tidak terlibat dalam pembikinan album ini, kali pertama sejak album pertama Aris. Album ini tersenarai sebagai finalis kategori Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik pada edisi kedua penganjuran.

ProduksiSunting

Penerbit: Aris Ariwatan
Penerbit Eksekutif: Mohd Arzmy
Penyelaras: Azmi Ali
Studio: King Studio: (May 93 - Mac 94)(kecuali lagu "Permaidani" yang dirakam semula pada Mei 94 di Channel II)
Jururakam :Izan (Channel II), David ,Reza, Sam, Jacky (King Studio)
Juruadun: Peter, David, & Aris Ariwatan
Jurutaip List: Ainul
Pakaian: FF3 Bazaar, Pertama Complex KL
Pemuzik2 Undangan:
Gitar: Samad, Aznan Alias,Man Keedal, Shahrul
Bass: Rosli Black, Jay Jay,Salman, Pacai
Drum : Mike, Gary Gideon, Tom, Alim
Keyboard: Belle, Firdaus, Man Keedal
Vokal Undangan : Sham (sawo matang), Peace Hafiz

Senarai LaguSunting

# Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Masa
1 "Lamunan Terhenti" Saari Amri Saari Amri
2 "Matador"
3 "Ngajat vs Tango"
4 "1,2,3,4" Asmin Mudin Asmin Mudin
5 "Ada Rasa"
6 "Permaidani" nyanyian semula Yusri Abdul Rahman Iman Zali
7 "Tepian Gelanggang"
8 "Hanyut Ke Syurga"
9 "Dewi Asmara"
10 "Sedari Azali"

RujukanSunting